Batu bata hiasan ataupun decorative bricks mahupun stone verner memang cantik.
Namun bagi memastikan kesan rustik dari penggunaan batu ini ini kekal cantik, berkilat dan nampak mewah ada tip penjagaan yang perlu dilakukan. Tip ini dikongsi oleh アリフ モクタル.
Tip untuk jaga stone verneer atau decorative bricks (boleh juga facing bricks)
Gunakan Glass Finish Topcoat ini (acrylic base atau special blend untuk jenama bricks) untuk:
Naikkan warna semula jadi bata (seperti red bricks). Warna akan jadi lebih ‘deep’, ‘darker’ dan evergreen.
2. Kesan berkilat atau glossing effect. Nampak ‘mewah’ sikit.
Ads
3. Waterproofing, untuk mengelakkan air hujan/ lembapan masuk ke celah-celah rekahan grouting atau liang-liang bricks (porousities). Lapisan pertama kena sapu topcoat pada semua bahagian, liang-liang, rekahan antara bata dan grouting. Guna berus dan roller.
4. Kalis kotoran / stain proofing, untuk mengelakkan kotoran (air hujan dan tanah) yang merecik kepada bata melekat. Hanya dengan sembur air senang hilang kotorannya. Lumut pun susah nak lekat atas permukaan yang telah ‘coat’.
INFO
Ads
Pastikan sapu minimum 2 lapisan dan dibuat ketika cuaca kering dan panas, minimum 30-60 minit tempoh pengeringan antara coating pertama dan coating kedua.
NOTA: Saya adalah DIY Guy, bukannya professional, cuma berkongsi apa yang saya telah buat, dan hasilnya memuaskan.
5 Sebab Dekorasi Rumah Jadi Tak Menarik Nampak Lagi Serabut. Atas kekangan bajet dan ingin menjimatkan kos, tak salah pemilik kediaman mahu dekorasi rumah sendiri tanpa melantik mana-mana pereka dalaman. Namun demikian, perlu tahu asas dalam dekorasi kediaman supaya ia kelihatan cantik, menarik dan sedap mata memandang.
Bukan apa, jika tersilap dekorasi rumah ruang kediaman menjadi semakin sempit, nampak tak menarik malah bertambah serabut pula.
IMPIANA kongsikan antara tip asas dalam mendekorasi rumah untuk dijadikan panduan.
1. Ukuran Langsir Pendek
Kediaman akan lebih nampak luas dan mewah apabila menggunakan langsir yang labuh. Pastikan buat ukuran langsir yang besar dan panjang dari paras syiling hingga ke lantai. Bukan hanya sekadar menutupi tingkap mahupun cermin kaca ‘sliding door’.
Untuk pemasangan langsir nampak lebih kemas, boleh pasang ‘pelmet’ atau ‘curtain box’ ketika buat ‘plaster ceiling’ supaya trek langsir dapat disorokkan.
Malah pemilihan jenis kain serta corak langsir juga memainkan peranan penting. Pastikan tidak terlalu mempunyai corak menonjol kerana ia boleh membuatkan ruang nampak sempit dan serabut.Sebaiknya pilih langsir polos tanpa corak supaya nampak lebih menyerlah.
2. Terlalu Berwarna Warni
Elakkan memilih rona terang dan terlalu berwarna warni. Tak kiralah pada pemilihan perabot mahupun kemasan dinding.
Ramai pemilik kediaman sering membuat silap dengan memilih warna tema kediaman mengikut citarasa warna kegemaran peribadi. Hakikatnya ia tidak bersesuaian dengan saiz mahupun konsep kediaman itu sendiri.
Sebagai contoh ruang tamu warna ungu, ruang makan warna hijau, dapur warna merah, bilik tidur warna kuning. Pelbagai warna dalam kediaman membuatkan ia jadi tak menarik dan dekorasi nampak ‘murah’.
Sebaiknya pilih rona neutral seperti beige, off white, putih, coklat, kelabu atau warna pastel supaya kediaman tampak lebih cosy dan elegan.
3. Rak Terbuka
Ruang rak terbuka mungkin nampak cantik jika ia teratur dan disusun sempurna. Namun jika sebaliknya ia akan jelas nampak semak dan serabut, malah mengundang habuk.
Sebagai contoh elak guna rak kasut terbuka, sebaliknya gunakan rak kasut yang jenis tertutup supaya nampak lebih kemas. Begitu juga wayar kabel yang menempatkan pelbagai wayar elektrik dan elektronik. Pastikan tersorok dan tersimpan kemas dari pandangan mata.
Sangat tidak digalakkan untuk memasang rak terbuka pada kabinet dapur. Melainkan anda ‘super rajin’ untuk mengelap habuk-habuk pada rak tersebut dan sentiasa memastikan barangan mahupun perkakasan selalu disusun sempurna. Sebaiknya guna kabinet dapur bertutup supaya dapat mengelakkan habuk dan semua barangan dapat ‘disorok’ sempurna dan tak nampak serabut.
4. Jenis Lampu
Pemilihan rekabentuk dan jenis lampu memainkan peranan penting dalam menyerlahkan ‘mood’ dan seri kediaman. Pilih jenis lampu berdasarkan fungsi ruang. Pelbagaikan jenis lampu seperti LED warm light atau cool light dan sebagainya.
Sebagai contoh rekabentuk dan jenis pencahayaan lampu di ruang tamu dan dapur pastinya berbeza di bilik tidur dan bilik air.
Di ruang tamu mungkin sebaiknya gunakan ‘LED Track Lighting’, lampu gantung atau chandelier dengan ‘Neutral white’ berbanding lampu jenis kalimantang ‘cool white’ supaya ruang nampak lebih estetik dan menarik.
5. Set Sofa
Bagi ruang tamu terutamanya bersaiz terhad elakkan membeli set sofa besar 3,2,1 rona sedondon.
Sebaliknya pilih sofa yang bersaiz sederhana dan boleh letakkan juga dengan perabot seperti Wing chair, Ottoman mahupun side table. Ia sebagai pelengkap gaya, menambah karakter dan menyerikan lagi ruang kediaman.
Beli rumah siap atau beli tanah lot, buat rumah design sendiri, mana lebih baik. Seringkali persoalan ini sering bermain difikiran mereka yang bercadang untuk memiliki kediaman sendiri.
Bingung memikirkan, apakah pilihan yang terbaik yang boleh dilakukan. Bimbang pula tersilap langkah, jadinya banyaklah ilmu selok belok membeli hartanah terus digali. Melalui perkongsian Burhan Yusuff Property lelaki ini berkongsi tip khas untuk anda yang masih berkira-kira sama ada ingin membeli rumah yang sudah siap dibina oleh pemaju atau membeli tanah lot, kemudian buat rumah sendiri. Moga bermanfaat.
Apakah pilihan terbaik antara beli rumah siap yang dibangunkan oleh pemaju atau beli tanah lot dan buat rumah sendiri atas tanah yang dibeli itu. Ramai yang menginginkan kediaman milik sendiri. Tak kan lah selama duduk di rumah sewa sahaja.
Mungkin anda sudah membuat tinjaaun di beberapa buah rumah dan lot tanah. Tengok harga rumah sekarang ini mencanak naik dari setahun ke setahun. Nak cari rumah yang harga bawah RM100 ribu memang susah.
Kebanyakan harga rumah sekarang RM200 – 300 ribu ke atas. Terlalu mahal bagi mereka yang bergaji RM3000 ke bawah. Ramai merasakan membeli rumah jauh lebih mahal. Bukan sebab itu sahaja,perkara lain yang perlu difikirkan ialah biasanya rumah yang dibeli daripada pihak pemaju perlu dibuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu untuk memenuhi citarasa tersendiri.
Kebiasaannya renovasi dilakukan pada bahagian bilik, dapur atau meluaskan bahagian parkir depan rumah. Dan ini sudah tentu melibatkan kos mungkin beribu-ribu ringgit! Aksesori, pendawaian dan lampu-lampu semuanya memerlukan kos yang berasingan.
KENAPA NAK BINA RUMAH SENDIRI?
Memandangkan harga rumah siap dibina semakin mahal sekarang ni, pilihan yang ada ialah dengan beli tanah lot untuk didirikan rumah di atasnya. Dari segi keluasan pun aku rasa puas hati untuk buat rumah mengikut design sendiri. Lagipun, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju.
PANDUAN DAN CARA UNTUK BELI TANAH
1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
2. Bandingkan harga dan ikut keluasan.
3. Cari tanah yang ada jiran dan telah membangun persekitarannya.
4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan nombor PT, lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
7. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
8. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak. Boleh ambil peguam untuk memudahkan urusan.
Kesimpulannya, buatlah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana keputusan untuk membeli dan membina kediaman perlu dirancang dan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Anai-anai adalah serangga perosak yang boleh menyebabkan kerosakan besar pada struktur kayu di rumah. Mereka memakan kayu dan bahan berasaskan selulosa lain, dan jika dibiarkan tanpa kawalan, boleh menyebabkan kerosakan serius.
Anai-Anai Perosak Struktur Kayu Di Rumah, Benteras Guna Air Beras
Jadi, selain mendapatkan khidmat kontraktor kawalan serangga, apa kata anda guna petua-petua mencegah dan merawat seranggan anai-anai dengan langkah-langkah mudah berikut:
Air cucian beras Selalu kita cuci beras, air basuhan pertama dan kedua pasti kita biarkan ianya mengalir ke dalam lubang singki. Tahukah anda ianya amat mujarab dalam usaha untuk mengusir anai-anai dari terus bersarang di rumah. Hanya siramkan sahaja air tersebut keliling sarang serta tuangkan ke dalam lubang untuk pembasmian mutlak.
Minyak tanah Ia amat sinonim dalam mencatikkan laman terutamanya menjelang hari raya untuk menyalakan pelita. Selain daripada menerangi malam anda, ia amat bermanfaat jika anda semburkan minyak tanah terus ke kayu yang menjadi bahaman koloni anai-anai. Nak lagi kesan yang efektif, campurkan dengan minyak serai, lagi mujarab.
Air Tembakau Dari anda rosakkan jantung sebab merokok, lebih baik invest sedikit wang pembelian rokok dengan mengambil daun tembakau daripada puntung dan campurkan dengan air serta perap selama satu malam. Semburkan Air perapan di sekeliling rumah dan koloni anai-anai. Sasarkan kepada kayu yang diserang serta ‘rumahnya’.
Air Garam Air garam memang banyak manfaatnya, nak sedapkan lauk, rawat luka dan juga basmi anai-anai. Cara nak buat air semburannya sama seperti guna daun tembakau, campurkan dengan air tawar dan biar selama satu malam dan sembur di setiap laluan anai-anai, di kayu dan juga dalam sarangnya.
Air Kapur Sireh Anatomi badan anai-anai bersifat lembut serta berkulit nipis. Air panas yang dihasilkan daripada campuran kapur sireh dan menyebabkan jisimnya mengecut dan mati dengan cepat. Untuk penggunaannya, sama sahaja iaitu melalui kaedah semburan.
Racun Akhir sekali, kalau tak jalan juga, guna air racun pembasmi serangga dan semburkan ke arah-anai, tapi pastikan sewaktu membancuhnya anda ikuti aturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar racun. Takut nanti, niat nak bersihkan rumah dari anai-anai, anda pula yang terjejas sebab racun makan tuan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.