Dekorasi bilik anak lelaki, moden, praktikal dan malar segar, boleh guna sampai dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOT, yang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
Ads
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTING pastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Ads
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.
Pemilihan jubin bukanlah satu perkara yang ringkas dan mudah untuk kita membuat keputusan saat memasangnya. Tekstur, warna dan kemasan amat penting untuk menghasilkan satu gaya atau ciri mengikut konsep yang di kehendaki. Jika tersalah pilih boleh menyesal ye. Sila ambil perhatian! Jubin bukan boleh main pasang kalau tak suka kita boleh cabut dan ganti yang baru. Mungkin boleh jika anda terlalu banyak duit.
Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan jubin pilihan IMPIANA yang berkonsepkan Urban Heritage, mana tahu anda tertarik dengan konsep dan ciri jubin ini. Jom lihat koleksi dari Guocera Sdn Bhd.
Jangan lupa kempen Raya Dekor IMPIANA x Mamyhome Semakin menyegit hantar penyertaan anda mana tahu anda adalah bakal pemenang wang tunai yang bernilai RM1000, RM500 dan RM300. Kalau nak DUIT RAYA hias cepat Ruang Raya anda.
Artboard 2
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan mudah nak dpatkan kontraktor yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan cermat. Pemilihan kontraktor yang betul juga merupakan satu proses yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kontraktor yang diupah akan menentukan kualiti dan keadaan kediaman anda. Jadi buatlah pilihan bijak dan elakkan buat keputusan dengan gelojoh.
IMPIANA ingin kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum memilih kontraktor yang sesuai :
1. Ambil masa untuk lakukan kaji selidik dan menilai latar belakang kontraktor.
2. Dapatkan spesifikasi lengkap dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan kontraktor yang lain. Pastikan spesifikasi yang diberi adalah sama seperti keinginnan anda dan harag yang mengikut pasaran semasa.
3. Hitam dan putih atau dokumen persetujuan perlu disemak dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4. Jika boleh, minta kontraktor bawa anda lawat (site visit) tapak projek yang sedang dijalankan atau yang sudah disiapkan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kerja serta kualiti projek.
5.Semak semula bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dan sebagainya. Ramai pemilik yang terlepas pandang dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.
6. Beri keutamaan pada struktur binaan, ambil tahu jenis besi atau bahan yang digunkan. Pastikan ia menepati piawaian dan yang berkualiti.
7. Lebih menyakinkan jika kontraktor tersebut telah berdaftar dengan CIDB.Dengan lesen perniagaan yang sah, sudah tentunya mereka akan lebih profesional.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak menghias kedaiamn perlu bijak. Bukan sahaj bijak merancang dan suai padan, anda juga perlu pandai mengoleh sesuatu seperti yang dilakukan oleh Amni Nabihah. Dari rak buku yang dibeli di Giant pada harga tak sampai RM 200, Amni berjaya mengolah ia menjadi sebuah banku tempat duduk untuk ruang “Home Office” nya.
Nak lebih kukuh, boleh guna rak buku Kallax dari Ikea. Sya nak beli, masa tu dah habis pula. Jadi, jumpa yang ni masa tengah “sale”
Bahan-bahan:
OSB board
Sponge heavy duty (boleh beli dekat shopee)
Kain atau fabrik baldu untuk kemasan
Gam kraf
Gergaji
Gunting
Stapler gun
Cara-cara:
1. Potong Osb Bord mengikut size rak buku
2. Lekatkan span pada OSB board yang telah dipotong dengan menggunakan gam dan potong lebihan span
3. Balut pula dengan batting dan kemaskan dengan menggunakan stapler.
4. Terakhir, balut dengan fabrik velvet dan kemaskan kali terakhir dengan menggunakan stapler
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.