Sudah banyak idea dekorasi ruangan dapur yang kita lihat pasti tidak ketinggalan terdapat ciri tambahan iaitu counter top samada ianya ditatah dengan material kayu atau jubin. Posting kali ini mengetengahkan tentang keberanian seorang pemilik dapur iaitu Pn Lenna Raman yang memilih untuk menata rias dapurnya dengan hanya menggunakan simen sahaja.
Gambar menunjukkan sebahagian kabinet dapurnya tidak mempunyai laci dan dibiarkan kosong sahaja. Selain itu, beliau hanya menggunakan khidmat pekerja kontrak untuk segala kerja lepaan simen serta memasang kesemua kelengkapan dapur. Lebih menarik, mereka langsung tidak menggunakan khidmat konsultansi daripada pereka dalaman.
Menurutnya, dapur simple tetapi elegan ini hanya menelan belanja lebih kurang RM4.5K bergantung kepada syarikat kontraktor yang dilantik.
Apa yang penting adalah, anda perlu memastikan simen yang digunakan disaluti lapisan khas kalis air. Ia penting bagi permukaan counter top kerana dikhuatiri mudah menyerap air. Selain itu juga, anda perlu melantik kontraktor yang betul-betul mahir untuk menghasilkan permukaan simen render. Jika tidak, hasilnya bukan sekadar lebih buruk malah cepat rosak.
Berikut adalah beberapa paparan idea menarik table topkitchen yang hanya menggunakan simen dan ditatarias dengan aksesori serta kelengkapan memasak yang lain.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap wanita pasti inginkan rumah mereka kemas, cantik, tersusun dan sedap mata memandang, ada mereka juga yang menjadikan alasan ”banyak duit boleh lah nak deco cantik-cantik”sedangkan sebenarnya dengan modal tidak tinggi pun boleh mewahkan rumah asal kena dekonya. Dekorasi yang ditampilkan ini begitu mengujakan kerana ia telah mengubah landskap asal rumah tersebut kepada sesuatu yang menarik dan mewah
Gambar sebelum rumah diubahsuai :
Gambar selepas diubahsuai :
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Apartment yang didiaminya berkeluasan 960 kaki persegi berkapasiti sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering serta balkoni dan memilih konsep skandinavia sebagai tema utama dekorasi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar mengemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin, suaminya Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat mengemas rumah. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka kekemasan pada kediaman Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali. Sifat mereka ini mungkin kerana sudah terbiasa melihat bagaimana saya menguruskan rumah.
DIY SCANDINAVIAN
“Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringkas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak lebih cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimalis. Secara keseluruhan tampak lebih menarik apabila saya gandingkan dengan cermin. Agar cermin ini lebih menyerlah, saya gunakan pita pelekat murah untuk membuat bingkai.
DIY SCANDINAVIAN
Apabila memfokuskan setiap ruang di kediamannya, untuk ruang makan, dia memilih meja makan berkonsepkan Scandinavia, walaupun ringkas namun nampak menarik.Pada masa yang sama, ruang tamunya cukup selesa, walaupun hanya menempatkan satu sofa panjang namun tetap menarik malah mereka sekeluarga sangat seronok menonton TV di sudut ini. Akhir sekali, bilik tidurnya ditekap dengan rona ungu agar tampak ceria ditambah dengan bingkai gambar anak-anak pemilik menambahkan keunikan ruangan ini.
Dia mengakhiri perbicaraan dengan berkongsi beberapa tip dekorasi untuk kemudahan pembaca IMPIANA di luar sana.
-Pilihan perabot biarlah bersesuaian dengan saiz kediaman dan ia perlu disusun mengikut peranan ruang.
-Pentingkan keselesaan, jangan terlalu ikutkan trend sehingga lari dari tema asal.
-Tidak perlu berbelanja dengan banyak, anda boleh hasilkan apa jua produk hiasan dengan teknik diy.
“Saya mengambil masa selama 7 tahun untuk menyimpan duit membina mahligai kecil ini”, ujarnya yang turut membelanjakan sebanyak RM5000 untuk kos dekorasi dalaman rumahnya dan kos membina kediaman ini adalah RM105,000.
Tambahnya lagi, rumah ini berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan keluasan 1000 kaki persegi, manakala untuk tema hiasan, dia memilih moden minimalis kerana masih lagi muda dan mahu rumah ini nampak ringkas dan tidak serabut. Selain itu, dia amat gembira untuk menetap di kediaman ini walaupun belum berkahwin tetapi amat bersyukur kerana impiannya untuk memiliki rumah sendiri termakbul sebelum mencecah usia 30 tahun.
Selain itu, dia juga selalu membuat rujukan di laman group dekorasi yang di facebook dengan menumpukan posting tentang tema kegemarannya.
Penulis amat menyukai susun atur perabotnya yang mencerminkan kehidupan seorang lelaki yang masih lagi single dan bekerjaya. Pada masa yang sama, dia menggunakan paduan warna kelabu, putih dan hitam sebagai tona pilihan untuk mewarnai mahligai miliknya.
Ikuti perkongsian kompilasi gambar kediamannya agar ia menjadi inspirasi buat pembaca lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.