Dekorasi Dapur Simen Render Wanita Ini Walaupun Ringkas Tapi Ada ‘Style’

Share

Sudah banyak idea dekorasi ruangan dapur yang kita lihat pasti tidak ketinggalan terdapat ciri tambahan iaitu counter top samada ianya ditatah dengan material kayu atau jubin. Posting kali ini mengetengahkan tentang keberanian seorang pemilik dapur iaitu Pn Lenna Raman yang memilih untuk menata rias dapurnya dengan hanya menggunakan simen sahaja.

Gambar menunjukkan sebahagian kabinet dapurnya tidak mempunyai laci dan dibiarkan kosong sahaja. Selain itu, beliau hanya menggunakan khidmat pekerja kontrak untuk segala kerja lepaan simen serta memasang kesemua kelengkapan dapur. Lebih menarik, mereka langsung tidak menggunakan khidmat konsultansi daripada pereka dalaman.

Menurutnya, dapur simple tetapi elegan ini hanya menelan belanja lebih kurang RM4.5K bergantung kepada syarikat kontraktor yang dilantik.

Apa yang penting adalah, anda perlu memastikan simen yang digunakan disaluti lapisan khas kalis air. Ia penting bagi permukaan counter top kerana dikhuatiri mudah menyerap air. Selain itu juga, anda perlu melantik kontraktor yang betul-betul mahir untuk menghasilkan permukaan simen render. Jika tidak, hasilnya bukan sekadar lebih buruk malah cepat rosak.

Berikut adalah beberapa paparan idea menarik table top kitchen yang hanya menggunakan simen dan ditatarias dengan aksesori serta kelengkapan memasak yang lain.

 

 

 

 

 

Published by
Team Impiana