Memang jarang-jarang kita dapat lihat dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala-ala New York City diketengahkan dan menjadi pilihan ramai. Meski pun begitu, konsep seperti ini tetap memiliki kelebihan serta keunikan yang tersendiri.
Bagi anda yang inginkan dekorasi hiasan dalaman rumah yang tampak lebih bergaya serta moden urban, mungkin konsep seperti ini boleh dijadikan sebagai pilihan anda.
Namun begitu, dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya ala-ala New York City ini lebih sesuai bagi anda yang memiliki jenis kediaman seperti apartment dan kondominium.
Ads
Selain itu, konsep seperti sememangnya amat sesuai digayakan dan dijadikan sebagai pilihan oleh golongan generasi muda khususnya. Bukan sahaja sesuai dan seiring dengan usia, ia juga merupakan pilihan konsep yang paling tepat untuk golongan muda.
Lihat sahaja pada perkongsian foto yang tertera, dengan menggunakan tona warna yang gelap dan kontra hasilnya dekorasi hiasan dalaman rumah tampak lebih elegan serta menawan.
Ads
Sumber: Facebook Kakidek
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ramai memilih untuk membeli hartanah atau kediaman yang baru dimajukan berbanding beli rumah lama atau 2nd hand. Mungkin ada yang beranggapan rumah baru ini lebih cantik rekaan nya dan kena sangat lah dengan jiwa berbanding rumah yang sudah mencecah usia lebih daripada 10 tahun ini.
Hakikat sebenar nya dari segi struktur dan material yang digunakan untuk membina kediaman atau rumah sebelum era 90-an mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding sekarang. Seperti pasangan arkitek Amir Zafri dan Syazzy Ismail. Walaupun rumah yang dimiliki berusia lebih 10 tahun dan dalam keadaan yang kurang menarik, mereka mengambil cabaran ini untuk mengubah sebuah rumah yang boleh dikatakan rekaannya agak vintaj (yer lah dah lama kan, kira vintaj lah tu) menjadi modern minimalis.
Kenapa konsep Moden minimalis dipilih?
Pemilihan konsep adalah sesuatu yang rumit , supaya tidak terlalu mengikut trend. Kerana konsep yg mengikut trend akan lapuk dari masa ke semasa.Jadi modern minimalis ini seperti evergreen yg mana ia mngikut peredaran masa dan tidak akan kelihatan lapuk di masa akan datang.
Berapakah kos dan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan renovasi?
Saya mengambil masa kira-kira 45 hari untuk menyiapkan rumah ni. Dengan bajet lebih kurang RM 85k. Saya cuba membuat beberapa perubahan mengikut bajet yang ada.
Disebabkan minat dan mahir dalam bidang seni bina, pasangan ini berkongsi idea dan pendapat untuk mereka bentuk rumah yang menjadi syurga buat mereka sekeluarga. Dari perkongsian gambar yang di berikan kepada Impiana, kelihatan 50% dari struktur asal dikekalkan dan pemilik tidak gemarkan rekaan dan dekorasi yang sarat.
JOM kita lihat transformasi ohsem yang telah dilakukan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah kulat di kediaman bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Lebih-lebih lagi kediaman anda terletak di kawasan dengan kelembapan tinggi, seperti di tepi sungai atau hutan, peratusan untuk perabot anda diserang kulat adalah lebih tinggi!
Sekali pandang, kulat pada almari terlihat seperti habuk atau debu dan boleh dilap dengan mudah sahaja. Tetapi malangnya, selepas beberapa hari kulat tersebut akan muncul dan kembali menghantui hidup anda.
Melalui perkongsian di akaun Facebooknya, Bijen Mohd ada berkongsi trik dan petua mudah bagi menghapuskan masalah kulat ini. Mari kita semak.
DIY Dehumidifier
Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY pula.
Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya.
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silikadengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing.
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan cepat.
Saya beli sepaket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya.
Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula. Jimat belanja!
p/s : Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Saluran outlet singki tersumbat, kebiasaanya orang akan cakap guna bahan kimia, garam, air panas dan pelbagai lagi. Tahu kah anda kaedah ini akan menyebabkan keadaan tersebut lebih teruk. Kerana, bahan yang menghalang aliran masih terperangkap di dalam saliran.
Kalau nak panggil plumber atau tukang paip, siap-siapkan sahajalah duitnya. Kalau plumber berlesan, harga boleh cecah RM 200-350. Sebenarnya, tak perlu peralatan rumit dan modal pun nak selesaikan masalah ini. Abang plumber dari youtube chennal Surihati Mr Plumber berkongsi trik mudah atasi masalah saliran singki yang tersumbat paling mudah dengan “0” kos. Jom tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.