Dekorasi konsep moden kontemporari, wanita puas hati hasil ‘air tangan’ suami. Konsep hiasan rumah moden kontemporari lebih tertumpu kepada pemilihan warna-warna neutral antaranya ‘beige’ dan kelabu bagi mewujudkan suasana damai.
Saat kaki ‘melangkah’ masuk ke kediaman ini, rona kelabu lembut menerpa anak mata, sekali gus mencipta suasana penuh damai. Warna kelabu lembut itu diterapkan pada sofa rekaan moden di ruang tamu yang diserikan dengan hamparan permaidani rona sama bagi menyuntik kesenadaan.
Dinding dibiar polos tanpa corak bagi memberikan efek kediaman yang lebih luas. Konsep moden kontemporari diterjemahkan dengan baik pada setiap sudut ruangan. Tidak terlalu sarat dengan perabot.
Menjengah ke ruang makan keluarga, sebuah meja makan panjang berwarna coklat pekat dengan padanan kerusi rona senada menjadi pilihan. Meja makan kayu sering menjadi pilihan pemilik rumah kerana nampak elegan, cukup selamat dan sesuai dengan hampir semua konsep kediaman.
Bagi menaikkan seri kediaman, beberapa unit pokok di letakkan di beberapa ruang kediaman. Biarpun ringkas, namun pokok-pokok tersebut menjadikan kediaman tampak lebih segar.
Jom kita tengok kediaman milik berkonsepkan moden kontemporari ini.
Sumber: Mohd Yazri
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.