Dekorasi Pangsapuri Servis 950Kps Interpretasi Konsep Mid-Century Modern. Saat kali pertama melihat ruang kediaman yang dikongsikan IMPIANA tertawan dengan gaya dekorasi yang ingin diserlahkan.
Cukup unik berseni dengan gaya yang tersendiri.Tak terasa kediaman ini hanya berkeluasan 950kps. Perancangan bijak pemilik dalam menyusun atur dan menghias kediaman, membuatkan suasana rumah kelihatan ‘cosy’, luas dan cantik mata memandang.
Pemilik kediaman, Jay Mustafa cukup ‘berani’ memilih konsep Mid-Century Modern, yang jarang sekali menjadi pilihan gaya dekorasi kediaman di negara kita. Acapkali yang sering menjadi pilihan pencinta dekorasi kediaman seperti konsep MUJI, Japandi, Minimalist, Scandinavian, Modern Luxury mahupun Farmhouse.
Inspirasi Konsep Mid-Century Modern
Pemilik baru sahaja menghuni pangsapuri servis ini pada penghujung tahun 2024. Interpretasi konsep Mid-Century Modern pada dekorasi kediaman jenis Pangsapuri Servis berkeluasan 950 kaki persegi yang baru sahaja sebulan didiami ini berjaya dizahirkan oleh pemilik dengan sebaiknya. Malah proses renovasi dan menghias kediaman pula hanya mengambil masa 5 bulan.
Istimewanya, pemilik menjadikan sumber di media sosial serta filem-filem yang pernah ditonton sebagai ilham dekorasi dan inspirasi bagi merealisasikan konsep rumah ini.
“Kediaman ini berkonsep Mid-Century Modern. Saya memilih gaya konsep ini kerana ia memberikan suasana estetik yang tak lekang zaman dengan gabungan konsep vintage dan moden,”
“Saya mendapat idea dan inspirasi dekor rumah berkonsepkan Mid-Century Modern ini adalah daripada sosial media dan dari filem-filem yang saya tonton,” jelas Jay.
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Tidak dinafikan pemilihan rona kediaman dan jenis perabot memainkan peranan penting dalam menyerlahkan lagi sesuatu konsep dekorasi kediaman yang menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi pada kediaman yang memiliki ruang terhad.
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah
penggunaan warna dan pemilihan perabot yang tepat. Ini kerana ia mampu menjadikan ruang yang kecil sekalipun boleh terasa lebih luas dan selesa.
Berkongsi ruang kegemaran atau ‘favorite spot’ di rumah pula, pemilik memilih bahagian ruang tamu yang tampak cukup ‘cosy’ dan selesa malah kebanyakkan masa juga dihabiskan pada ruang yang satu ini.
Definisi Rumah Buat Pemilik
Rumah pastinya mempunyai definisi yang tersendiri buat setiap pemilik kediaman. Bagi pemilik ini, ia melambangkan keperibadian serta mampu memberi sejuta kedamaian buat penghuninya.
“Dekorasi rumah melambangkan keperibadian pemiliknya. Rumah seharusnya menjadi tempat berteduh dari kesibukkan di luar yang memberikan sejuta kedamaian sebagaimana slogan Rumahku Syurgaku,” ujar Jay.
Memang cantik hasil dekorasi pangsapuri servis berkonsep Mid Century Modern ini. Meskipun hanya berkeluasan kecil 950kps namun tak terasa sempit, malah pemilihan padanan rona warna dan perabot yang tepat menyerlahkan dekorasi berkonsep ini. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Jay Mustafa
Usia Kediaman: November 2024
Konsep Hiasan Dalaman: Mid-Century Modern
Lokasi: Kajang, Selangor
Keluasan Kediaman: 950 kaki persegi
Jenis Kediaman: Pangsapuri Servis
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 bilik tidur, 2 bilik air, yard
Mesti Baca: Inspirasi Bina Rumah Sendiri Konsep Moden Atas Tanah Memanjang 3284kps
Baca Lagi Di Sini: Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang
Artikel Menarik: Tiang & Lantai Retak, DBKL Arahkan Projek Kondominium RUMAWIP, J.Satine Residensi Wilayah Dihentikan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI