Bulan Ramadan dan Syawal bukan sahaja bulan penuh keberkatan, tetapi turut menjadi masa yang paling ideal untuk menyemarakkan lagi suasana kediaman dengan sentuhan dekorasi yang indah lagi memukau pandangan.

Tahun ini, Astro Rewards memperkenalkan kempen istimewa, Dekorasi Raya Borak Seeni yang menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan Astro untuk memenangi hadiah dekorasi rumah bernilai sehingga RM57,000 daripada jenama tersohor, Fella Design.

Transformasi Ruang Tamu dengan Sentuhan Elegan

Tidak dinafikan, dekorasi kediaman memainkan peranan penting dalam mencipta suasana perayaan yang indah dan penuh semangat. Melalui kempen ini, pelanggan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti set sofa mewah, sepasang kerusi wing elegan, bangku storan serbaguna dan baucar eksklusif Fella Design. Menariknya ia bukan sahaja menambah keselesaan pada ruang tamu, malah dapat menyerlahkan nilai estetika kediaman dan sentuhan penuh elegan menjelang sambutan Aidilfitri.

Dekorasi Raya Lebih Meriah dengan Astro Rewards & Borak Seeni

Ads

 

Penyertaan Mudah, Peluang Menarik

Pelanggan Astro yang berminat untuk menyertai kempen ini hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

Ads
  1. Muat turun aplikasi My Astro (MAA)
  2. Klik pada banner “Dekorasi Raya Borak Seeni”
  3. Tekan butang ‘Redeem’ dan isi maklumat peribadi
  4. Penyertaan anda akan didaftarkan secara automatik

Pemenang akan diumumkan melalui aplikasi My Astro dan akan dihubungi secara langsung oleh pihak penganjur.

Kerjasama Eksklusif Bersama Borak Seeni

Istimewanya, kempen ini turut diadakan dengan kerjasama program popular Borak Seeni, sebuah talkshow santai yang membincangkan pelbagai isu semasa dan gaya hidup terkini, dan mengetengahkan kepelbagaian kisah yang mampu memberi inspirasi kepada penonton. Dalam kempen ini, Borak Seeni turut berkongsi idea menarik serta tip dekorasi daripada pakar-pakar hiasan dalaman. Inisiatif ini bertujuan membantu penonton mencipta ruang kediaman yang bukan sahaja sedap mata memandang, malah selesa dan selari dengan kehangatan suasana perayaan.

Ads

Dekorasi Raya Lebih Meriah dengan Astro Rewards & Borak Seeni

Sertai Sekarang dan Serikan Raya Anda

Kempen Dekorasi Raya Borak Seeni berlangsung dari 4 Mac hingga 30 April 2025. Peluang ini terbuka eksklusif kepada pelanggan Astro, jadi jangan lepaskan peluang untuk menata hias rumah anda dengan gaya yang lebih moden dan elegan sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Muat turun aplikasi My Astro hari ini dan mula langkah pertama untuk merealisasikan rumah impian Raya anda!

 

Dekorasi Raya Lebih Meriah dengan Astro Rewards & Borak Seeni

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI