Bulan Ramadan dan Syawal bukan sahaja bulan penuh keberkatan, tetapi turut menjadi masa yang paling ideal untuk menyemarakkan lagi suasana kediaman dengan sentuhan dekorasi yang indah lagi memukau pandangan.
Tahun ini, Astro Rewards memperkenalkan kempen istimewa, Dekorasi Raya Borak Seeni yang menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan Astro untuk memenangi hadiah dekorasi rumah bernilai sehingga RM57,000 daripada jenama tersohor, Fella Design.
Tidak dinafikan, dekorasi kediaman memainkan peranan penting dalam mencipta suasana perayaan yang indah dan penuh semangat. Melalui kempen ini, pelanggan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti set sofa mewah
, sepasang kerusi wing elegan, bangku storan serbaguna dan baucar eksklusif Fella Design. Menariknya ia bukan sahaja menambah keselesaan pada ruang tamu, malah dapat menyerlahkan nilai estetika kediaman dan sentuhan penuh elegan menjelang sambutan Aidilfitri.
Pelanggan Astro yang berminat untuk menyertai kempen ini hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
Pemenang akan diumumkan melalui aplikasi My Astro dan akan dihubungi secara langsung oleh pihak penganjur.
Istimewanya, kempen ini turut diadakan dengan kerjasama program popular Borak Seeni, sebuah talkshow santai yang membincangkan pelbagai isu semasa dan gaya hidup terkini, dan mengetengahkan kepelbagaian kisah yang mampu memberi inspirasi kepada penonton. Dalam kempen ini, Borak Seeni turut berkongsi idea menarik serta tip dekorasi daripada pakar-pakar hiasan dalaman. Inisiatif ini bertujuan membantu penonton mencipta ruang kediaman yang bukan sahaja sedap mata memandang, malah selesa dan selari dengan kehangatan suasana perayaan.
Kempen Dekorasi Raya Borak Seeni berlangsung dari 4 Mac hingga 30 April 2025. Peluang ini terbuka eksklusif kepada pelanggan Astro, jadi jangan lepaskan peluang untuk menata hias rumah anda dengan gaya yang lebih moden dan elegan sempena sambutan Aidilfitri kali ini.