Dekorasi ruang kediaman kondominium dengan keluasan 1000 sqft dan 3 bilik tidur. Sangat menarik dan cantik. Pemilihan warna tema dan susun atur perabot menjadikan ruang kelihatan lebih luas dan selesa.
Gambar dekorasi perkongsian dari Interior Designer, Puan Anis Syuhada.
Kredit: Anis Syuhada
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas
Sudah selalu sangat kita dengar tip penggunaan cermin untuk dapatkan ilusi ruang yang lebih besar tapi tahukah anda, ada pelbagai lagi cara untuk jadikan kediaman kecil anda nampak lapang dan lebih besar dari sebenarnya. Kali ini IMPIANA ada senaraikan enam lagi langkah yang boleh anda cuba bagi memastikan ruang kecil kediaman anda terasa luas, lapang dan besar.
Gunakan Cermin
Perkara paling asas untuk ruang kecil. Cermin berupaya memantulkan cahaya kepada seluruh ruang di kediaman justeru menjadikan ruang nampak luas serta lapang tanpa terlalu menyemakkan.
Kurangkan Perabot
Kuantiti perabot pada sesebuah ruang cukup hanya yang asas dan perlu sahaja. Takperlu pun perabot yang banyak, cukup dengan meletakkan sebuah statement piece sebagai penyeri ruang.
Susunan Perabot
Cuba jangan rapatkan sofa ke dinding dan ciptakan sebuah sudut di belakangnya. Jika kesemua perabot diletakkan rapat ke dinding, ruang akan nampak sempit dan terhad.
Bentangkan Karpet Corak Berjalur
Untuk menciptakan ilusi ruang lebih panjang dan juga luas, gunakan karpet dengan corak stripes atau jalur.
Cat Dinding Dengan Warna Terang
Warna terang atau cerah akan menjadikan ruang kelihatan dan rasa lebih lapang selain dapat mengurangkan haba terperangkap.
Pasangkan Wallpaper Pada Siling
Dengan menampal wallpaper pada siling, mata kita akan cenderung untuk memandang secara menegak atau upwards dan memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.
Gantung Wall Art Bersaiz Besar
Gantungkan sebuah art piece pada feature wall sebagai titik fokal sesebuah ruang. Ilusi saiz akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas berbanding saiz sebenar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman
Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.
Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.
MONOCHROMATIC
Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.
HARMONIOUS
Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna harmonious ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.
COMPLEMENTARY
Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ‘lively’ dan bersemangat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Deko Rumah Konsep Scandinavian Tanpa Perlu Perabot Atau Perhiasan Mahal
GAYA SCANDINAVIA SELESA & MENENANGKAN
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semulajadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota. Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar berkemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga.
Menurut Fatin suaminya, Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap ini kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat berkemas. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka berkemas. Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang kemas. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali.
“Walaupun saya tidak seperti wanita lain yang bekerja di pejabat dan saya habiskan masa di rumah dengan menjaga anak saya Qaira, Qayla dan Qisya, 6 bulan namun saya tidak duduk sahaja. Saya juga menjalankan pelbagai perniagaan secara online. Alhamdulillah saya juga biasanya membuka booth setiap hujung minggu apabila ada karnival. Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimaslis. Tampak lebih menarik apabila saya cermin yang ditepinya saya guna tape murah buat bingkai tampak lebih menyerlah.
“Pada saya dengan menggunakan pita pelekat untuk menggantung cermin di ruang meja makan adalah solusi yang sempurna. Ianya tidak kekal, dekorasi dinding dapat ditukar selalu, dan pita ini sendiri memberi statement tersendiri kepada ruang sekeliling,” jelas Fatin yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan rumah walaupun punya anak kecil.
Suka Lakukan DIY
Seorang yang cukup kreatif, Fatin menerangkan untuk mendapatkan kediaman yang cantik dan selesa tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Bagi dirinya seseorang itu hanya perlu kreatif dan bijak dalam melakukan DIY sendiri.
“Semua hiasan dirumah saya lakukan sendiri tanpa bantuan suami. Bila suami keluar bekerja bila dia pulang ke rumah tengok kediaman kami sudah berubah wajah. Saya suka DIY sendiri. Saya akan cat rumah sendiri malah saya juga mengecat rumah dengan cara sendiri dengan menggunakan span basuh pinggan. Malah saya yang aktif di laman sosial juga pernah memuatnaik teknik ini di laman sosial hingga menjadi viral.
“Jika kita lakukan DIY memang banyak berjimat. Contohnya botol kicap saya akan DIY menjadi botol yang cantik, tayar pula saya buatkan menjadi kerusi. Bingkai gambar pula saya akan print sendiri dan tampal di dinding,’ jawab Fatin berkongsi ilmu dekorasi dengan lakukan secara sendiri.
Mengusik tentang ruangan yang paling digemari Fatin menjelaskan dia tertarik dengan ruangan rehat yang menempatkan dua kerusi.
“Ruang rehat yang saya letakkan dua kerusi dan di dinding ada bingakai kayu. Ruangan ini memang menjadi kegemaran saya.
“Untuk pengetahuan akak, sewaktu berpindah kami cuma ada tikar dan sebuah almari baju. Kemudian bertambah sedikit demi sedikit. Perabot yang ada di rumah saya tidaklah terlalu mahu, saya beli di Ikea dan Kaison. Semuanya yang mampu milik. Cuma saya harus bijak dapat menyusun atur agar kediaman saya tampak menarik. Saya mula melakukan dekorasi di dalam bilik tidur. Pada waktu itu saya susun baju ikut warna. Kemudian saya berani mencuba ruangan lain dan akhirnya saya berjaya menghias seluruh kediaman dengan hasil kreativiti saya sendiri.
“Walaupun rumah saya jenis apartmen namun keluarga suka bertandang ke rumah kami. Saya tidak kisah dan sangat suka jika ramai tetamu yang datang. Walaupun saya suka kepada kebersihan namun tetamu yang datang juga sangat menghargai kediaman saya. Mereka juga suka melihat keindahan rumah yang saya lakukan dekorasi yang tersendiri.
“Keluarga saya dan suami akan bertandang ke sini bila tiba hujung minggu. Malah mereka juga menjadi sumber inspirasi dan sering memberi idea dalam mendekorasi kediaman,” jawab Fatin.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI