Dekorasi rumah kecil 800 Kaki Persegi, simple dan tak banyak perabot. Jika kediaman anda mempunyai keluasan terhad, dekorasi kediaman perlulah serba ringkas. Tidak perlu letak banyak perabot dan perhiasan.
Tidak dapat dinafikan kediaman dengan keluasan terhad memerlukan kreativiti pemilik kediaman untuk menghias kediaman agar tidak nampak sempit. Elakkan daripada memilih perabotyang bersaiz besar.
Berikut dikongsikan idea menghias kediaman yang memiliki keluasan terhad seperti yang dikongsikan oleh Hafifi Damanhuri
“Berkongsi sedikit hasil deko saya dan isteri di rumah kecil. Apa yang ditunjukkan dalam gambar adalah hasil dari tangan orang yang memang tak berseni. Kami main bedal je dan hanya menggunakan socmed sebagai rujukan.
“Most of the perabot kami beli dari IKEA dan Shopee sebab design pintu rumah ni ganjil sikit, so hanya perabot yang jenis DIY je boleh lepas masuk. Rumah ni kecil je. Hanya 800 kaki persegi so tak boleh nak sumbat macam-macam nanti jadi serabut. Insha Allah bila ada rezeki kami akan extend lagi rumah ni untuk tambah bilik lagi satu.”
Kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan atau liar yang merupakan antara haiwan yang istimewa disisi agama Islam kerana ia merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang amat disayangi.
Ramai juga yang masih merasa takut untuk memelihara kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan dalam kesihatan. Akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya mempunyai kegunaannya masing-masing sama seperti halnya dengan kucing.
Dan menurut perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia ini, ternyata kucing mampu memberi banyak kesan yang positif kepada manusia.
Berita baik untuk pencinta kucing!
Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui,
Pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.
Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik. Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik.
Kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif!
Rujukan : Qureshi, Adnan I et al. “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases. Results from the Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study.” Journal of vascular and interventional neurology vol. 2,1 (2009): 132-5.
Adab di meja makan, jangan ambil mudah. Meja makan adalah fokus utama ketika menerima kunjungan daripada tetamu. Tidak kiralah waktu musim perayaan ataupun tidak. Bukan sahaja makanan tersedia harus enak, malah perlu diatur dengan tertib.
Namun, dalam menghias meja makan pastinya ada tertib yang mungkin ramai terbawa-bawa budaya Barat sehingga menyebabkan tetamu tidak selesa menjamu selera. Oleh itu, IMPIANA sediakan tip adab meja makan ciri Melayu.
1) Alas Meja
Sebaiknya, pilih alas meja polos untuk mengelak keadaan kelihatan lebih serabut selepas terhidangnya makanan. Sebab itu, restoran atau hotel lebih gemar memilih alas meja putih. Tambahan pula, rona polos lebih membangkitkan selera berbanding corak yang serabut.
Tapi, jika rekaan meja anda menarik, IMPIANA nak cadangkan, anda tidak perlu menggunakan alas meja. Tonjolkan keunikan rekaan meja anda.
2) Place Mat
Bagi anda yang tidak menggunakan alas meja, place mat amat diperlukan. Ia bukan tujuan cantik semata. Fungsinya adalah bagi mengelak sisa makanan jatuh pada meja makan. Jadi, kerja-kerja mengemas anda lebih mudah. Hanya perlu alihkan place mat sahaja.
3) Pilihan Pinggan
Letakkan pinggan yang perlu sahaja di atas meja. Kenal pasti juadah yang disediakan. Cukup sekadar sediakan pinggan makan utama dan mangkuk sup sahaja. Mangkuk sup atau rim soup bowl sesuai untuk juadah berkuah sepert mi kari dan bihun sup, manakala dinner plate untuk makanan jenis kering seperti nasi dan mi goreng.
4) Padanan Sudu dan Garfu
Ikut table manner atau adab, posisi sudu di bahagian kanan dan garfu sebaliknya. Tak perlu dinner knife dan saiz sudu yang berbeza-beza. Jika perlu, sediakan dessert fork jika terdapat pencuci mulut.
5) Cawan atau Gelas Minuman
Sebaiknya, tanya tetamu pilihan minuman mereka. Sama ada panas, ataupun sejuk. Jika sejuk, cukup sekadar gelas minuman yang tidak berkaki. Jika anda menggunakan gelas minuman berkaki, ia membuatkan tetamu tidak selesa kerana sangat perlu berhati-hati. Cawan teh boleh disediakan selepas tetamu menjamu selera. Ia menjadikan keadaan lebih santai.
6) Napkin Cantik
Perlukah napkin atas pinggan? Budaya Melayu, bagaikan tidak sesuai dengan peraturan ini. Sebaiknya, sediakan napkin di dalam bekas atau tisu. Jadi, ia akan diambil apabila diperlukan. Tak perlu napkin kain.
7) Hiasan
Tidak perlu hiasan jika meja makan anda sudah sarat dengan makanan. Namun, bagi memberi keceriaan, rasanya tak lengkap tanpa jambangan bunga di atas meja makan. Tak perlu terlalu besar dan tinggi jambangan di atas meja makan kerana ia akan mengganggu interaksi anda ketika menjamu selera.
Hanya kerana ruang di kediaman terhad, tidak bermakna anda perlu korbankan fungsi dan praktikaliti. Pemilik kediaman kompak ini buktikan dengan perancangan dan reka bentuk yang tepat, “downsizing” bukanlah sesuatu yang wajar kit ahindari. Malah, keputusan berpindah dari rumah yang luas kepada yang lebih kecil telah memudahkan kehidupan seharian mereka.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.