Dekorasi rumah teres setingkat bertemakan warna hijau zamrud (emerald green) menawarkan efek yang fleksibel untuk dipadukan dengan hampir semua warna terang dan juga natural. Ketika diterapkan sebagai warna utama, hijau zamrud memberikan pernyataan berani serta mewah.
Trend warna datang dan pergi, tetapi daya tarikan hijau zamrudtidak pernah lekang dek waktu. Jika anda siap untuk perubahan berani di dapur, pertimbangkan untuk mengaplikasikan hijau zamrud untuk dinding atau kabinet dapur.
Berikut dikongsikan dekorasi dengan tema hijau zamrud yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd Razak. Kediaman jenis teres setingkat.
Mewah betul dekorasi rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang. Segenap ruang dihias indah. Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Dapur kaca meletup, elak lakukan perkara ini untuk keselamatan diri. Ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in.
Tarikan utama dapur jenis ini ianya nipis dan kelihatan bergaya, ramai surirumah yang memilih untuk menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan dapur jenis ini cantik tetapi hakikatnya ia agak berbahaya.
Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan? Oleh itu, IMPIANA ingin berikan beberapa tips penjagaan dapur kaca dan kebanyakkan insiden yang berlaku adalah atas kecuaian diri sendiri. Hati-hati!
BAHAYA JIKA PERIUK TERLALU BERAT
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat. Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebelum pilih langsir, ambil tahu ketebalan, keperluan dan kegunaan. Terdapat pelbagai pilihan ketebalan langsir di pasaran. Setiap jenis sebenarnya bukan hanya direka bergantung kepada ketetapan konsep tetapi juga dari segi kegunaannya. Sebab itu, ada antara kediaman akan menggunakan langsir lebih dari satu lapisan.
Ketebalan serta pilihan warna kain langsir amat penting dalam kegunaan kita seharian di dalam rumah. Oleh itu, sebelum memilih fabrik untuk membuat langsir. Tentukan terlebih dahulu ketebalan langsir yang anda perlukan. Bukan sekadar melihat rekaannya sahaja
Penapis Cahaya Matahari
Langsir di bahagian tingkapfabriknya tidak terlalu tebal kerana fungsinya sebagai penapis cahaya matahari bagi tujuan menerangi kediaman di siang hari. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung perivasi bagi mengelak orang luar dapat melihat bahagian dalam kediaman. Orang kata, privasi penghuni rumah terjamin.
Ada juga pemilik yang gemar memilih 2 gabungan atau lapisan langsir iaitu langsir siang dan malam. Langsir malam dipilih daripada fabrik tebal, jacquard, baldu, linen, satin, polyester, scotchguard, kain kapas atau berwarna kegelapan. Manakala pada waktu siang tirai langsir malam akan di singkap ke sisi.
Hanya menggunakan langsir siang jenis nipis agar cahaya boleh masuk tetapi masih dapat mengekalkan privasinya. Langsir siang ini kebiasaanya terdiri daripada fabrik yang nipis bercirikan polos cahaya serta dikenali sebagai sheers. Jenis fabriknya adalah daripada kapas, silk dan polyster.
Penghadang bising
Selalunya apabila kita makan di dapur, pasti kita tidak mahu diganggu walaupun bunyinya datang dari ruang tamu. Solusi terbaik adalah dengan memasang langsir berkain tebal dengan pilihan warna yang tidak gelap seperti kelabu muda dan lain-lain. Ini kerana ia berupaya mengurangkan kadar bunyi bising sebanyak 40% daripada bunyi asal. Oleh itu, pemasangan langsir tebal sebagai pemisah di ruang dapur tidak dapat mengganggu aktiviti di ruang tamu
Penyeri dalam rumah
Selain daripada dua point di atas, langsir juga berperanan sebagai cerminan kepada pemilik kediaman. Langsir berupaya bertindak sebagai penyeri kepada pintu dan tingkap yang menjadi elemen utama dalam rumah, ia mampu untuk menyembunyikan bentuk asal tingkap yang rekaannya kurang menarik. Kalau tingkap saiz kecil, langsir potongan lebar mampu untuk mengubah skop mata agar ianya menjadi ilusi luas pada ruang berhampiran tingkap berkenaan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!