Dekorasi rumah teres setingkat bertemakan warna hijau zamrud (emerald green) menawarkan efek yang fleksibel untuk dipadukan dengan hampir semua warna terang dan juga natural. Ketika diterapkan sebagai warna utama, hijau zamrud memberikan pernyataan berani serta mewah.
Trend warna datang dan pergi, tetapi daya tarikan hijau zamrudtidak pernah lekang dek waktu. Jika anda siap untuk perubahan berani di dapur, pertimbangkan untuk mengaplikasikan hijau zamrud untuk dinding atau kabinet dapur.
Berikut dikongsikan dekorasi dengan tema hijau zamrud yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd Razak. Kediaman jenis teres setingkat.
Memiliki rumah sendiri merupakan salah satu kejayaan yang diinginkan oleh semua orang selepas berhempas pulas menabung bertahun-tahun. Kebanyakannya juga terpaksa menyewa untuk seketika malahan terpaksa menempuhi dugaan terhadap kelulusan pinjaman bank yang agak merumitkan demi untuk memiliki sebuah kediaman sendiri.
Lupakan kisah jerit perih yang lalu, sekarang kunci kediaman sudah dimiliki, timbul pula isu, apa perlu kita buat sebelum memasuki rumah baru nanti..
Oleh itu, IMPIANA ingin menggariskan 6 panduan memasuki kediaman baharu.
1) Azan dan baca doa memasuki rumah baharu
Jangan keliru dengan doa selamat ye, ini bukan masa yang terbaik untuk anda anjurkan kenduri. Anda boleh mengajak saudara rapat atau kawan-kawan yang boleh dipercayai untuk membantu anda mengazankan di setiap penjuru rumah dan apabila selesai, buat bacaan Surah Yassin untuk kesejahteraan anda dan keluarga yang mendiami rumah baharu. Tujuan lainnya adalah untuk menghalau makhluk yang tidak diingini tinggal bersama anda.
2) Bersihkan rumah
Habuk dan debu binaan yang ada di dalam rumah, haruslah di nyah keluar. Ianya boleh menjejaskan kesihatan anda seisi keluarga jika ianya berlegar di udara serta masuk ke dalam rongga pernafasan malahan anda berisiko tinggi untuk sakit tekak serta batuk kering disebabkan menghela masuk habuk yang bertebaran ini.
3) Tetapkan bajet
Pastikan anda menyimpan dahulu pinjaman perumahan sebanyak 15-10% untuk hiasan dalaman rumah. Ini termasuk, ubahsuai dalaman dan pembelian perabot. Tetapkan di setiap ruangan utama kediaman seperti ruang tamu, dapur, dan bilik tidur (master bedreoom sahaja) keperluan yang akan dibeli. Ini untuk mengelakkan terlebih belanja sehingga anda gagal membeli keperluan yang wajib.
4) Beli yang perlu
Sudah ada bajet, tetapkan keperluan dan buat senarai pembelian seperti tilam, kelengkapan lampu, meja makan dan kipas berdiri. Ya, memang nampak kurang selesa. Ketika ini kesabaran anda memang tercabar, tetapi orang kata, biar sedikit nanti jadi bukit. Anda boleh berterusan membeli keperluan apabila anda sudah selesai dengan membeli barang utama dahulu.
5) Berbelanja dengan bijak
Kalau anda bijak mencari peluang jualan murah untuk pakaian dan kelengkapan yang lain. Perkakas rumah juga sama, jangan terus membeli dari jenama yang terkenal. Di pasaraya juga ada menjual keperluan yang kadangkala jauh lebih murah dari jenama yang sedia ada. Selain itu, anda boleh berkunjung ke jualan lambak atau pasar karat di seluruh negara, terdapat banyak perabot berkualiti tinggi tetapi dijual dengan harga yang murah. Duit jimat, rumah cantik, siapa yang tak nak kan.
6) Beli Indoor plant
Takkan tak boleh beli pokok hiasan. Bukan tak boleh beli, Ingat, anda masih di peringkat awal dalam proses dekorasi kediaman pertama. Habuk pembinaan rumah serta renovasi tidak diserap oleh manusia, tetapi tumbuhan hidup yang akan menyerap segalanya untuk proses fotosintesis. Untuk ini, anda boleh membeli indoor plant seperti pokok labah-labah atau Spider Plant (chlorophytum Comosum), ianya mampu menyelesaikan masalah pembersihan udara di dalam kediaman dan mudah untuk dijaga. Selain itu, anda juga boleh dapatkan Pokok Heart-leaf Philodendron (Philodendron Oxycardium) merupakan tanaman yang paling mudah untuk tumbuh serta dijaga. Ianya terkenal dengan kekuatannya dalam menyerap wap dalam ruangan bertoksik dan pelbagai lagi tumbuhan indoor lain yang mempunyai pelbagai manfaat jika ianya tumbuh dalam kediaman anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi seseorang atau sebuah pasangan suami isteri ataupun sebuah keluarga yang baru sahaja membeli rumah dan di dalamnya, pasti perkara pertama yang anda fikirkan adalah almari. Ini kerana almari adalah perkara yang penting untuk meletakkan barang dapur, perabot, gambar dan juga pakaian kita. Oleh kerana itu, saya akan kongsikan beberapa jenis almari yang sesuai untuk permulaan rumah anda.
Almari Pakaian Terbuka/Open Walk-in Wardrobe
Selalunya almari sebegini akan diletakkan di ruangan tertentu seperti bilik tidur utama atau bilik pakaian. Jika untuk bilik tidur utama, ia memerlukan ruangan yang besar kerana ada penambahan dari segi partition wall supaya ia boleh menutup ruang almari tersebut. Selain itu, jenis almari pakaian terbuka ini, kelihatan bergaya kerana susunan dalam almari dapat dilihat dengan jelas dalam sebuah ruang. Malahan, ia mudah untuk di ambil kerana ia tidak mempunyai pintu. Sedikit tips jika anda membeli almari ini, sebaik-baiknya kerap Menyusun pakaian supaya ia nampak kemas dan sedap bila melihat.
Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Swing Door)
Almari ini adalah almari yang berkonsepkan rekaan dalaman. Almari berpintu swing door ini boleh digabunkan dengan meja belajar, rak buku dan lain-lain lagi. Peringatan kepada semua juga, ia perlukan ruang tambahan untuk pembukaan pintu dan jika ruang di dalam bilik terhad, maka ia tidak sesuai untuk menggunakan almari berpintu swing door ini.
Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Sliding Anti Jump Door
Ini juga adalah almari berpintu, cuma ia menggunakan sliding door dan rekaan almari ini adalah rekaan yang terkini. Almari ini mempunyai bingkai aluminium pada pintu sliding dan ia memudahkan masalah dari pembukaan pintu swing yang dimana memerlukan runag tambahan. Disebabkan ianya adalah sebuah bentuk dan rekaan yang terkini, almari berpintu sliding ini dapat menahan pintu terkeluar dari landasan. Dari sini kita boleh nampak, yang dimana ia merupakan konsep moden dan minimalis. Cuma, almari berpintu sliding ada satu kelemahannya, iaitu, dapat membuka dengan separuh sahaja.
Itu sahaja daripada saya menceritakan tentang jenis almari bagi permulaan sebuah rumah. Sedikit info yang berguna, kesemua almari yang telah saya bahaskan, mampu bertahan selama 10 tahun. Jadi, ia dapat menjimatkan wang kita dan tidak merisaukan apa-apa kerosakkan dalam masa terdekat.
Ruangan outdoor peribadi adalah impian bagi kebanyakan orang yang tinggal di bangunan tinggi seperti apartmen atau pangsapuri di sekitar bandar. Biarpun ia hanyalah sebuah balkoni kecil, ruangan seperti ini amat berharga lebih-lebih lagi buat mereka yang mahu dekat dengan alam sekitar kerana sudah penat terkurung didalam rumah tanpa halaman.
Jika anda bernasib baik untuk mempunyai ruang ini di rumah high-rise anda, maka wujudkan sebuah santuari atau tempat untuk keluarga dan rakan-rakan duduk bersantai menikmati keindahan pemandangan.
Ini bermakna anda perlu lakukan lebih daripada sekadar meletakkan rumput karpet dan kerusi sahaja. Tidak kira berapa kecil pun, balkoni anda mempunyai banyak potensi reka bentuk. Sedang mencari idea untuk menghias cantik balkoni anda? Teruskan membaca untuk 5 idea menarik dan lihat bagaimana anda boleh mengubah ruang luar anda 100%!
#1 BINA TEMPAT DUDUK BUILT-IN
Maksimakan penggunaan ruang anda dengan membina bangku atau tempat duduk. Selain itu, anda juga tidak perlu risau perabot diterbangkan angin.
#2 LETAKKAN BEANBAGS ATAU BANTAL
Jika perabot built-in adalah diluar kemampuan atau anda hanya menyewa, boleh juga letakkan beberapa beanbang atau bantal besar yang empuk di atas lantai untuk suasana ala picnic.
#3 BAWA TUMBUHAN HIDUP
Penuhi ruang in dengan tanaman atau tumbuh-tumbuhan hijau yang segar dan subur untuk mewujudkan perasaan nyaman.
#4 BUAT SESUATU PADA DINDING
Jangan hanya biarkan dinding di balkoni kosong tanpa sebarang fungsi. dDengan ruang yang terhad, anda perlu gunakan semuanyan dengan bijak. Gantung pasu atau lampu pada dinding sebagai contoh.
#5 BERIKAN DIRI ANDA PRIVASI
Jika anda mahukan lebih privasi daripada jiran-jiran sekeliling, anda boleh saja gunakan tumbuhan ataupun perhiasan tinggi yang secara tidak langsung bertindak sebagai penghadang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.