Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh PRN (pusat racun negara) baru-baru ini, 50 daripada 100 orang pernah menggunakan racun semut yang berjenama Shang Jia Ants Clean seperti dalam gambar.

Produk ini merupakan salah satu contoh racun perosak yang tidak berdaftar di Malaysia. Menurut kajian PRN, racun semut ini menggandungi bahan pencemar organik yang tidak teeurai dan tidak didaftarkan.

Jika terkesan pada tubuh, ia akan menyebabka simptom seperti loya, muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan, degupan jantung yang tidak sekata dan dalam kes yang teruk boleh menyebabkan koma.

IKLAN

Akta Racun Makhluk Perosak 1974 memperuntukkan, jika seseorang didapati menggunakan racun perosak yang tidak berdaftar, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara 1 tahun atau denda sebanyak RM10,000 bagi kesalahan pertama dan penjara 3 tahun atau denda sebanyak RM20,000 atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kedua dan seterusnya.

Pesanan daripada Pusat Racun Negara: Elakkan daripada membeli racun tidak berdaftar kerana:

IKLAN

1. Racun yang digunakan mungkin sangat toksik kepada manusia atau berbahaya kepada alam sekitar sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.

IKLAN

2. Jika berlaku keracunan, pihak perubatan sukar untuk memberikan rawatan kerana tidak dapat mengenalpasti bahan kimia yang digunakan. Racun tidak berdaftar biasanya tidak mempunyai label yang lengkap atau tepat.Denda RM 10K Jika Di Dapati Guna Ubat Semut Jenama Ni

Sumber: Pusat Racun Negara

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI