Kediaman impian yang sempurna adalah subjektif dan tertakluk pada pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya hidup dan kemampuan pemilik. Seperti yang dibuktikan lelaki bujang ini, dengan bajet kurang dari RM1,000 rumah flat 2 biliknya berjaya ditatarias menjadi lebih menarik dan selesa. Menurut saudara Muhd Faddie, rumah ini siap didekor dalam masa 2 hingga 3 bulan sahaja.
Keadaan kediaman sebelum dihias
SELEPAS
Bagi mendapatkan kediaman yang lebih selesa, teratur serta menarik, pemilik telah memilih konsep dan warna-warna yang bersesuaian dengan personalitinya.
Pemilik juga dapat berjimat dan mengurangkan kos perbelanjaan dengan menggunakan semula barangan terpakai yang masih elok selain membeli perabot “second hand” yang baginya masih bagus dan berbaloi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mari Kenali Jenis-Jenis Soket Dinding Yang Ada Di Dunia. Part 1
Anda pasti fikir, soket dinding yang ada di rumah itu, merupakan itu sahaja jenis soket yang ada di dunia kan? Ternyata anda salah. Soket dinding ini, ia ada bermacam-macam jenis kerana setiap negara, berkemungkinan, mereka menggunakan jenis wayar plug yang berlainan bentuk. Maka, pada hari ini, saya akan memperkenalkan kepada anda semua, jenis-jenis bentuk soket dinding yang lain daripada dalam Malaysia.
Info terkini yang saya dapati, soket dinding ini ada 15 jenis dan setiap jenis itu dilabelkan dari huruf A hingga huruf O, oleh Department of Commerce International Trade Administration (ITA), Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, setiap huruf yang dilabelkan itu, tidak memberi apa-apa makna pun.
JENIS A
Jenis A, mempunyai 2 pin dan tidak mempunyai ground. Soket A ini menggunakan voltage yang di antara 100 sehingga 127 V sahaja. Selalunya, soket ini popular di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Jepun. Plug yang sesuai dengan soket ini hanyalah plug jenis A.
JENIS E
Sama seperti jenis A, ia mempunyai 2 pin tapi ia mempunyai ground. Voltage yang digunakan pula sangat tinggi, iaitu 220 sehingga 240 V. Soket ini boleh dimasuk oleh jenis plug C,E,dan F. Soket jenis E ini hanya ada di Perancis, Belgium, Poland, Slovakia dan Czechia.
JENIS G
Soket ini, anda mesti pernah nampak kan? Mestilah sebab ini lah soket dinding yang digunakan di Malaysia. Bukan di negara kita sahaja yang menggunakan soket jenis G ini, ia juga digunakan di United Kingdom, Ireland, Malta dan juga Singapura. Soket G ini adalah soket yang mempunyai 3 pin dan mempunyai ground, malah, Cuma plug yang jenis G sahaja yang sesuai untuk soket dinding ini. Tambahan pula, voltage yang digunakan juga tinggi seperti soket jenis E, iaitu 220 sehingga 240 V.
Jadi, itu sahaja dari saya, penunjukkan jenis-jenis soket dinding yang ada di dunia. Masih banyak lagi jenis soket yang belum saya tunjukkan tapi akan juga saya tunjukkan lagi di artikel yang selanjutnya.
Sumber: Libur (https://www.libur.com.my/jom-ambil-tahu-jenis-soket-dinding-yang-ada-di-tempat-penginapan-di-seluruh-dunia/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inspirasi “Breakfast Counter” Untuk Ruang Dapur Terhad
Sebuah dapur yang dilengkapi kaunter pulau atau “breakfast bar” boleh dikatakan sebagai solusi terbaik buat kediaman yang mempunyai ruang dapur yang terhad. Tidak perlu lagi bimbang dimana meja makan perlu diletakkan. Gabungan kaunter dan tempat duduk iniboleh menjimatkan banyak ruang selain menambah ruang penstoran jika dirancang dengan baik.
Disini IMPIANA sediakan beberapa idea yang boleh anda jadikan contoh dan inspirasi dekor. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Bahan Berupaya Mencegah Anai-Anai
Rata-rata rakyat Malaysia pernah mengalami atau mengenali seseorang yang pernah berhadapan dengan masalah anai-anai di kediaman mereka. Selain memberi ancaman terhadap struktur bangunan, masalah serangga perosak ini juga dilihat amat serius sehingga boleh menyebabkan kecederaan bahkan kematian. Mengikut berita, seorang pelajar perempuan jatuh dan kakinya tersekat apabila dia terpijak papan lantai yang telah reput akibat masalah anai-anai. Bahaya juga boleh timbul sekiranya anai-anai memakan bumbung menyebabkan risiko runtuh.
Disebabkan oleh sifat anai-anai yang makan rumah anda secara senyap, mereka sering ditemui hanya setelah kerosakan yang teruk telah dilakukan. Jangan tunggu lagi dan basmikan anai-anai sebelum terlambat!
1. Garam Dapur
Campurkan air garam dengan tembakau. Biarkan sekurang-kurangnya 24 jam. Sebelum disemburkan ke tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Anda juga boleh menaburkan sahaja garam di sarang anai-anai. Walaubagaimanapun cara ini dianggap kurang efektif kerana garam hanya membasmi dibahagian permukaan sahaja.
2. Tembakau
Untuk kesan yang lebih efektif berbanding garam, anda boleh gunakan sahaja tembakau Campurkan dengan air lalu dibiarkan lebih kurang 12 jam agar tembakau larut sepenuhnya. Kemudian, semburkan air larutan tembakau itu pada kayu yang diserang dan juga sarang anai-anai.
3. Air Cucian Beras
Ramai yang tidak tahu air pertama daripada basuhan beras dapat mencegah anai-anai kerana ianya pekat. Anai-anai kurang gemar bau pekat beras ini. Siramkan atau sembur sahaja air bilasan beras tersebut pada sarang.
4. Air Kapur Sirih
Air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai . Ini kerana air kapur bersifat hangat dan tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang dan juga sarangnya.
5. Minyak Tanah + Serai
Caranya cukup mudah iaitu semburkan minyak tanah di kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Untuk kesan yang lebih optimum, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
6. Racun
langkah terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menggunakan racun anai-anai. Pastikan anda mengikut betul-betul aturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kecelakaan yang tidak diingini. Jika kurang yakin untuk lakukan sendiri, anda boleh juga hubungi syarikat pest control yang berhampiran.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI