Modal Tak Sampai RM50 Sahaja Untuk Dapatkan 20 Keping “Stepping Stone” Corak Kayu

Share

Lantai laman apabila dilengkapi dengan stepping stone bukan sekadar memudahkan pergerakan. Malah ia menambah tekstur dan warna pada keseluruhan laman. Terdapat pelbagai reka bentuk dan material yang digunakan untuk menghasilkan stepping stone. Yang membezakannya adalah reka bentuk yang dizahirkan.

Sebelum ini, Laman Impiana pernah siarkan artikel macam mana nak buat stepping stone dengan kemasan pebbles wash. Kali ini, apa kata kita cuba buat design stepping stone

seakan kayu atau senang cakap macam railway slipper. Tak memerlukan bahan rumit. Hanya asasnya adalah menggunakan bancuhan simen

1. Sediakan bingkai kerja atau workframe dengan menggunakan kayu 1×2 inci. Buat bentuk 4 segi dengan saiz 1.5m x 0.35 dan alaskan kotak atau kertas surat khabar di bahagian bawahnya

2. Sediakan campuran simen. Terdapat pelbagai nisbah campuran simen yang boleh digunakan. Namun, resepi yang dicadangkan adalah 20:15. Di mana 20 bahagian pasir dan 15 bahagian simen. Pasir perlu lebih untuk memudahkan bentuk dan tekstur jalur kayu dibentuk. Campuran simen tidak boleh terlalu cair bila diadun bersama air. Kalau tidak, bentuk dan tekstur kayu sukar dibentuk. oleh itu, untuk selamat bancuh dengan air sedikit demi sedikit.

3. Selesai membancuh, tuangkan simen di dalam framework yang telah disiapkan. Ketuk sekeliling framework untuk memastikan simen padu di bahagian bawah dan ratakan

4. Gunakan pisau atau sebarang peralatan yang halus untuk membentuk jalur seperti di kulit kayu. Untuk membuat knot, letakkan gumpalan kertas surat khabar dan benamkan sedikit di dalam simen.

5. Jemur simen yang siap diukir. Tapi nak jemur tak boleh di bawah terik matahari. Ia akan menyebabkan simen mengeras secara drastik yang bakal menyebabkan rekahan. Jemur di bawah teduhan. Kebiasaannya, biarkan simen dalam tempoh 24 jam untuk mengeras sepenuhnya.

6. Apabila sudah cukup keras, tanggalkan framework dari simen. Sebagai kemasan untuk nampak lebih kelihatan seperti kayu, anda dicadangkan menggunakan 2 rona warna iaitu hitam sebagai keseluruhan asas dan coklat atau perang sebagai perincian. Perlu kreatif dalam menghasilkan perincian. DAH SIAP

Sumber: http://diyeverywhere.com/

 

Published by
Impiana