Deretan bangunan di pinggir tebing curam di El Alto, Bolivia, digelar sebagai ‘rumah bunuh diri’ kerana kedudukannya yang sangat berbahaya dan terdedah kepada tanah runtuh.
Bangunan ini terletak di Avenida Panorámica dan La Ceja, kawasan komersial sibuk di El Alto yang juga bandar ke dua terbesar di Bolivia.
Penghuni Enggan Berpindah
Meskipun hujan lebat baru-baru ini meningkatkan risiko tanah runtuh, para penghuni, termasuk peniaga dan dukun tempatan yang dikenali sebagai yatiri, enggan berpindah kerana ia merupakan lokasi penting bagi sumber rezeki mereka.
“Kami akan menjaga tanah ini, terutamanya mengalirkan air hujan supaya ia tidak terus menghakis tebing,” kata seorang yatiri.
Cerun 90 Darjah
Menurut Setiausaha Perbandaran, Pengurusan Alam Sekitar dan Risiko, Gabriel Pari, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan supaya penduduk mengosongkan kawasan itu kerana runtuhan semakin hampir.
“Lembah ini memiliki cerun 90 darjah, dan itulah sebabnya kami mahu mereka meninggalkan tempat ini dan jika mereka enggan berpindah, kami mungkin terpaksa menggunakan kuasa undang-undang,” katanya lagi.
Ads
Rumah Nilai Spiritual Tinggi
Rumah-rumah ini, yang dibina daripada bata dan beratap zink, sangat penting bagi para yatiri. Mereka percaya ia mempunyai nilai spiritual yang tinggi dan mencadangkan upacara persembahan kepada Pachamama, dewi yang dihormati masyarakat pribumi Andes, untuk menstabilkan tanah.
Kedudukan rumah-rumah itu telah lama berisiko, namun hujan lebat dan perubahan iklim dilihat mempercepatkan hakisan tanah dan meningkatkan kemungkinan berlakunya runtuhan.
Meskipun bahaya semakin nyata, penduduk masih berpegang pada kepercayaan mereka dan enggan meninggalkan kawasan itu, walaupun nyawa mereka berisiko melayang.
Tempat Kerja Dukun
Lokasi kediaman yang tidak stabil ini lazimnya dijadikan tempat kerja bagi dukun Aymara, atau yatiris, iaitu pengamal perubatan dan penyembuh komuniti di bandar ini.
Ads
Mereka percaya kesihatan manusia mempunyai hubungan erat dengan alam semula jadi dan sering berkomunikasi dengan roh untuk kesejahteraan.Dukun ini menggunakan ruang kecil berbentuk kotak di dalam rumah berkenaan untuk membuat persembahan kepada Pachamama, atau Ibu Bumi.
Seorang yatiri, Manuel Mamani berkata, “Kami tidak akan pindah dari tempat ini, kerana ini adalah tempat kerja harian kami.
“Tetapi kami akan menjaga tanah ini, terutama air hujan, kami akan menyalurkannya supaya air itu pergi ke tempat lain.”
Seorang lagi yatiri, Gabriel Lopez Chiva berkata, dia yakin Pachamama akan melindunginya.
Beliau menambah, “Kami boleh mengadakan upacara persembahan, kami melakukannya sebagai pembayaran dan dengan cara ini, tanah ini tidak akan bergerak kerana Pachamama memerlukan persembahan.
Ads
“Ia seperti memberi makanan dan dengan cara ini tempat ini tidak akan bergerak. Sebaliknya, ia akan menstabilkan.”
Terletak di antara pergunungan Andes, El Alto menawarkan pemandangan menakjubkan yang menarik ramai pelawat tempatan.
Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa punca yang membolehkan diri anda jatuh miskin apabila jumlah wang simpanan anda semakin sedikit saban hari. Bagi anda yang belum mengetahui secara terperinci punca-punca yang boleh membuatkan diri anda jatuh miskin, di sini IMPIANA kongsikan bersama anda.
Menurut pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya memaklumkan ada enam punca utama yang boleh membuatkan diri anda anda jatuh miskin antaranya;
1. Tak Boleh Kesan Penipuan
Masih mudah percaya bahawa ada skim bagi rumah dengan RM10, RM10,000 sahaja. Masih yakin dan percaya, letak artis seorang dua lagilah dia percaya. Bijak sungguh!
2. Suka Salahkan Orang
Ini semua kerajaan yang salah, punca semua ini dari pemaju sebab itu rumah mahal. Kita tak pernah menyimpan dan menabung, asik jalan jalan cari makan sahaja.
3. Tidak Pernah Berkata Tidak
Semua benda kita iyakan, sampai semua kerja pejabat kita yang buatkan. Balik marah anak bini banyak kerja dan kena tipu dengan orang.
4. Tak Pasti Duit Kemana
Kita rasa gaji cukup baik dan banyak, tapi tak pasti kemana duit pergi.
5. Terlalu Fikir Apa Orang Kata
Malulah mak kenduri nie nanti kecik kecik. Apa kak Markonah Baharom katakan kat emak nanti.
6. Tak Pernah Melabur
Akaun ASB pun tak pernah ada, umur dah nak masuk senja. Masih percaya teori konspirasi orang makan duit kita kalau melabur dalam ASB.
Jadi kepada anda semua, ingat sentiasa menjadi seorang pengguna yang bijak dan tidak mudah percaya dengan skim cepat kaya atau terjebak dengan jenayah penipuan ‘scammers’ yang semakin berleluasa pada zaman masa kini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tahukah anda, dengan mengurus kewangan secara teratur dan betul adalah salah satu langkah permulaan bagi memiliki pengurusan kewangan yang lebih sihat? Adakah anda berasa kini sudah berjaya untuk memiliki pengurusan kewangan yang sihat? Mari kita semak bersama!
Sebenarnya, anda beberapa perkara dan langkah yang perlu anda lakukan bagi untuk memiliki kewangan yang bukan sahaja kukuh malah sihat menurut pakar kewangan dan hartanah, Enciik Azizul Azli Ahmad.
Menerusi perkongsian akaun di laman media sosial miliknya, Encik Azizul memaklumkan ada sebanyak tujuh langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kewangan yang sihat antaranya;
1.Bersyukur
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk sentiasa mempunyai sifat syukur dalam diri. Selain itu anda juga disarankan untuk sentiasa percaya bahawa semua pemberian rezeki aturan daripada Yang Maha Esa.
2.Bekerja cari duit juga ibadah
Wujudkan sifat dan perasaan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah merupakan salah satu ibadah. Jadi, jangan pernah berasa tertekan atau stres dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan dalam usaha mencari rezeki. Yang penting, haruslah halal!
3.Tidak mudah FOMO (Fear Of Missing Out)
Langkah seterusnya, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk tidak sentiasa mudah ketinggalan dengan rezeki atau kekayaan orang lain. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri dan jangan sampai biar papa asal bergaya pula oleh kerana semata-mata kita mahu meniru gaya hidup orang lain.
4.Bersedekah
Percaya atau tidak, amalan bersedekah juga merupakan salah satu cara atau langkah bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang lebih kukuh serta sihat? Tidak kira apa bangsa atau agama sekalipun, amalan bersedekah ini sememangnya diterapkan dalam kepercayaan agama masing-masing. Bak kata pepatah Melayu, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima, betul tak?
5.Menguruskan duit bukan untuk lebih kaya
Menguruskan duit bukan untuk supaya jadi lebih kaya juga antara salah satu faktor penting bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang lebih sihat. Anda juga harus percaya, mengumpul aset dan wang ringgit ini bukan untuk mencapai matlamat kekayaan semata-mata tetapi tujuan hidup anda adalah lebih bermakna kelak.
6.Mampu tahan keinginan
Tidak dinafikan, setiap orang pasti mempunyai keinginan masing-masing seperti memiliki sebuah rumah yang besar, barangan kemas, wang ringgit yang banyak, kereta mewah dan banyak lagi. Tetapi alangkah lebih baik sekiranya anda membuat pelaburan demi masa depan kewangan anda yang lebih cerah dan kukuh?
7.Siapkan dana kecemasan
Ini juga antara perkara yang tidak lakukan bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang sihat. Untuk pengetahuan anda, adalah sangat penting juga untuk sentiasa menyimpan sedikit wang untuk tabung kecemasan anda dan keluarga.
Foto: YouTube Filem Mami Jarum
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial TikTok, Juan Danza telah membuat satu pendedahan berhubung sejarah kewujudan sebuah bangunan lama, Vega Mall yang terletak di Bentong, Pahang.
Pendedahan yang dikongsikan oleh individu berkenaan menerusi satu rakaman video memberitahu pusat membeli-belah tersebut sememangnya menjadi tempat tumpuan ramai khususnya warga penduduk bandar Bentong, sebelum ini.
“Ini adalah Vega Mall di Bentong, waktu dulu meriah juga lah sebab ada kedai ‘The Store’, kedai jual telefon dan banyak juga event pernah buat dekat sini.
“Malah, ada juga pusat snuker dan kedai permainan dekat sini tapi aku pun tak ingat bila kali terakhir yang orang ramai boleh masuk tempat ni,” katanya.
Maklumnya lagi, Vega Mall telah menghadapi situasi penutupan premis untuk sekian lama ekoran masalah krisis dalaman yang berlaku.
Jelasnya, masalah krisis dalaman ini terjadi oleh kerana terdapat beberapa pemilik premis di pusat membeli-belah berkenaan mengalami masalah kewangan dan bebanan hutang yang tinggi.
“Tapi yang seingat aku agak dah lama juga lah. Apa isu yang berlaku di Vega Mall ini kerana kebanyakan premis dalam pusat membeli-belah ini dimiliki oleh individu yang berbeza.
“Jadi sukar sebab nak roboh pun susah, dia macam apartment yang ada ramai pemilik jadi susah untuk dibangunkan semula. Mungkin susah untuk diselesaikan kerana ada pemilik yang berhutang dari segi bil elektrik dan utiliti,” jelasnya.
Dalam pada itu, individu tersebut berharap agar masalah yang dihadapi oleh Vega Mall ini menemui jalan penyelesaian.
“Kita dah cuba cari jalan penyelesaian terhadap Vega Mall ni tapi susah disebabkan ramai pemilik. Tapi diharapkan kalau ada satu manusia yang betul-betul kaya boleh beli semua sekali InsyaAllah akan bernyawa semula.
“Aku pun tak tahu dah nak cakap apa sebab tempat ini memburukkan imej Bentong sebab dia macam dah teruk sangat dah,” katanya panjang lebar.
Sekadar informasi, bangunan Vega Mall ini telah siap dibina oleh pemaju Bentayan Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2000.
Sumber: TikTok Juan Danza, StarProperty Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.