‘Design’ Kipas Cantik Moden Tapi Angin Perlahan

Share

IMPIANA mendapat luahan dari seorang pembaca tentang kipas angin yang baru dibelinya rekabentuk moden tapi angin perlahan.

” Kipas siling kawalan jauh semakin perlahan. Pada mulanya saya berpendapat hanya kipas siling dirumah saya sahaja mempunyai masalah ini, rupa-rupanya masalah yang sama terjadi pada kipas siling kediaman adik saya. Kipas kawalan jauh ini tidak berpusing laju dan kadangkala saya terfikir adakah fungsi kipas ini hanya sebagai untuk perhiasan”

Sebenarnya masalah ini berlaku biasanya berpunca daripada kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) yang ada di dalam kipas tersebut. Apabila menanggalkan kipas kawalan jauh yagn bermasalah itu, anda akan menemui PCB seperti dalam gambar dibawah ini.


Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor start dan kapasitor run yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pad PCB tersebut. Kapasitor start berwarna hitam manakala kapasitor run pula berwarna kuning atau coklat. kapasitor start inilah yang sering menjadi punca kepad masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor run menggelembung, ganti juga kapasitor tersebut. Tanggalkan kapasitor daripada PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru adalh lebih baik daripada 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan asal.

Published by
Impiana