Payah adakala untuk kita ungkapkan kepuasan memandang. Apatah lagi dengan karya hias yang begitu subjektif. Benda yang tidak bernyawa namun cukup hebat menggoda pandang. Apa pun di bawah sedar timbul rasa senang dan puas bila menatap sesebuah karya terutamanya pada dinding utama di ruang tamu kediaman. Umpama tempat bersemayam sang ratu , sofa tiga tempat duduk yang dihias indah pada sekitarnya.
Keseimbangan hiasan meja sisi kiri dan kanan, lampu meja gah, permaidani, dan deretan kusyen kecil megah umpama barang kemas yang menyerlahkan keindahan ruang utama tersebut. Itu belum lagi warna pilihan feature wall di belakangnya dan aksesori dinding yang pelbagai ibarat mahkota. Kata orang, inilah ruang atau kawasan yang penting bagi kita hias secantik mungkin. Ini kerana sejurus langkah kaki ke dalam kediaman, pandangan mata akan segera mendarat pada rekaan elegan set sofa tiga tempat duduk sebagai kerusi utama bersama segala hiasan dan feature wall di belakangnya. Dari sini juga tetamu sudah boleh membuat asumsi, orang jenis bagaimanakah kamu, karakternya….
Ads
Ads
Ibarat mengadap ratu, kita selalunya cukup cerewet dalam menghias kawasan ini. Ia secara tidak langsung memberi maksud tersurat akan personaliti kita sebagai tuan rumah. Ada yang memilih tema mewah denan susunan serba seimbang. Ada yang lebih suka memberontak dengan memilih gaya bebas dan padanan kreatif. Malah jangan terkejut jika ada yang menempatkan segala macam jenis bingkai gambar atau sekeping dua sahaja itu pun cukup di bahagian sisi dinding. Minimalism….Jangan lupa jambangan bunga hidup sebagai penyeri suasana.
Ads
Apa pun pilihan anda, komposisi ini antara perabot aksesori lantai dan dinding perlu ada satu kesinambungan yang harmoni. Satu ragam padanan yang saling melengkapi , dan memberi identiti pada ruang. Bukanlah bermakna segalanya perlu mahal sampai menjerut leher harganya tetapi padanan pintar ini juga memberi anda satu kepuasan. Perlu diingat kita pun perlu menukar kusyen, langsir aksesori sekali sekala sekitar enam bulan sekali misalnya. Jadi pastikan anda membuat perancangan rapi terutama dari aspek kemasan dinding. Adakah mahu dicat atau disempurnakan dengan kertas dinding. Apa pun pilihan anda jangan sampai ruang yang ada tidak boleh keluar masuk kerana terlalu sesak. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .
Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna gelap untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.
Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer dalam proses mengubahsuai kediaman.
Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!
Pencahayaan bukan sahaja membantu menyerlahkan reka bentuk dalaman, tetapi juga mengubah dan mengundang suasana kepada ruang. Begitu jugalah dengan ruang makan. Pilihan lampu yang sesuai dan menarik mampu membuat ruang makan yang kecil menjadi besar dan ruang yang besar menjadi mewah. Namun harus diingatkan juga, sebelum memilih elemen pencahayaan, perkara penting yang perlu diambil kira ialah mengetahui reka letak dan susun atur terlebih dahulu. Seterusnya barulah anda anda dapat menggabungkan lampu yang bukan sahaja sesuai dengan ruang malah menepati selera dan cara hidup anda. WEB IMPIANA kongsikan dengan anda pilihan lampu gantung yang menarik di ruang makan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot yang paling penting dan utama di bilik tidur semestinya katil. Oleh kerana itu lah apabila anda memilih katil pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Jangan hanya memandang atau menilai pada reka bentuk yang cantik semata. Anda harus juga pertimbangkan beberapa perkara lain agar anda tidak menyesal atau tersilap membuat pilihan. IMPIANA kongsikan panduan memilih katil di bilik tidur.
TIP PILIH KATIL
1. Buat ukuran bilik tidur anda terlebih dahulu. Ini penting bagi membolehkan anda mengetehui saiz sebenar bilik tidur anda supaya memudahkan anda mengenal pasti saiz katil pilihan
2. Pilih katil mengikut penataan gaya pilihan anda. Jika menggemari rekabentuk yang ringkas dan mudah, pilih mengikut cita rasa anda agar tidak menyesal di kemudian hari.
3. Pilih tilam yang betul. Tilam yang betul penting bagi menjamin waktu tidur yang baik dan selesa. Buat perbandingan antara jenama tilam di pasaran yang ada di pasaran. Yang penting, tilam tersebut dapat mempunyai struktur tampungan yang baik.
4. Membeli katil. Luangkan masa yang lebih lama untuk membuat keputusan dalam pembelian katil dan tilam. Seeloknya, jika pasanagn suami isteri, bawa pasangan anda sekali agar turut terlibat sama dalam pembelian.
5. Cari harga yang terbaik. Dengan pelbagai jenama tilam di pasaran, cari jenama dengan tawaran yang terbaik. Begitu juga dengan perabot katil anda. Cari rekabentuk yang benar-benar menambat hati anda pada harga yang berpatutan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.