Sebelum Bina Kaunter Sarapan, Kaji Dulu Keperluan Untuk Elak Kerugian

Share

Kita mempunyai budaya atau gaya hidup yang agak berbeza dari orang barat. Ini termasuklah gaya kita mengadap juadah dan memasak serta juadah yang kita nikmati. Jika kita lihat kini rekaan dapur hampir semua yang menyediakan ruang sarapan yang juga menjadi sebahagian daripada komponen dapur tersebut.

Soalnya adakah kita perlukan kaunter sarapan ini? Adakah kita bersarapan di kaunter tersebut atau ramai-ramai makan di meja makan sebenar? Jika tidak apakah peranan kaunter tersebut? Bagi kediaman yang agak besar dan mempunyai ruang makan yang selesa, Jadi tidakkah ia membazir? Tidak kerana banyak peranan kaunter seumpama ini. Adakala kaunter seumpama ini boleh kita manfaatkan untuk anak-anak menikmati juadah terutama mereka yang sibuk dan terpaksa memenuhi jadual harian anak-anak.

BIAR PUN TIDAK BESAR DAN LUAS, IA ADAKALANYA BERFUNGSI UNTUK GOTONG – ROYONG TERUTAMANYA KETIKA PENYEDIAAN JUADAH ATAU BAHAN MASAKAN.

RUANG SEMPIT? OLAHKAN KEMBALI KAUNTER INI MENJADI MEJA MAKAN. GAYA MODEN YANG KREATIF.

KARYA SENI, DUA ELEMEN MODEN DAN TRADISI BERSATU DALAM GAYA CLEAN CUT. MENYERLAHKAN NILAI MEWAH SEBENARNYA.

Bagi kaunter di kediaman kecil ia boleh dijadikan ruang penyediaan makanan, anak-anak membuat kerja rumah sambil kita memasak, tempat meraikan tean baik datang bertandang sambil menyediakan juadah dan sebagainya. Ia seemangnya menjimatkan ruang dan masa. Cuma, bagaimana anda menghias ruang ini agar tidak nampak asing daripada rekaan dapur? Kini terdapat banyak rekaan kerusi kaunter sarapan yang cukup menarik dan ia bagaikan satu tarikan di dapur.

MENCURI RUANG. KERUSI KAUNTER JARANG PILIHAN TERBAIK UNTUK MENGELAKKAN RASA SEMPIT DAN SESAK DI KAWASAN DAPUR . MALAH IA SERASI DENGAN KAUNTER DAPUR.

ILHAM BIJAK. PERANAN MENJADI KAUNTER PENYEDIAAN BAHAN MASAKAN DAN SARAPAN/ BIAR KAWASAN SANGAT SEMPIT TETAPI MASIH ADA CARA UNTUK KITA MEMANIPULASIKAN RUANG

SEKADAR DIPINGGIRAN. MASIH LAGI BERTEMAKAN RUANG SEMPIT DAN MEMANFAATKAN IA AGAR TIDAK TERBIAR BEGITU SAHAJA.

PILIHAN URBAN. GAYA CLAN CUT MINIMALISM DENGAN ILHAM GARISAN TIRUS. MENOLAK REKAAN KETERLALUAN DAN MEMENTINGKAN  KESELESAAN.

UNIT ISLAND YANG DITAMBAH FUNGSI SEBAGAI KAUNTER SARAPAN. CANTIK DAN PRAKTIKAL.

Published by
Faizal Yunus