Berita

Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Buat Pinjaman Peribadi Semata-Mata Mahu Renovate Rumah, Luahan Anak Muda Ini Raih Perhatian Ramai

Share

Pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad ada berkongsi satu kisah seorang anak muda yang telah meluahkan perasaan terhadap masalah keluarga yang dialaminya, baru-baru ini. 

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook miliknya, pemuda yang baru sahaja berusia 23 tahun itu telah memberitahu bahawa dia telah dipaksa membuat pinjaman wang peribadi permintaan oleh ibu bapanya.

Maklumnya lagi, dia telah diminta untuk berbuat demikian oleh kerana kedua orang tuanya mahu menggunakan wang pinjaman peribadi tersebut bagi bertujuan untuk mengubahsuai kediamannya. 

 

Dalam pada itu, Azizul juga turut ada menggulas dan memberikan pendapatnya berhubung perkara tersebut yang dianggap sangat tidak wajar untuk dilakukan oleh para ibu bapa.

DUIT HABIS FAMILY NAK RENOVATE RUMAH?

1. Cabaran generasi hari ini makin besar, bila dah bagus ada kesedaran menabung dan menyimpan Dana Kecemasan. Ada yang meminta.

2. Mereka masih dikelilingi oleh golongan yang merasakan ‘menyimpan itu bukanlah penting’, ‘anak mesti ikut apa sahaja kehendak ibubapa’, ‘tak dengar cakap itu menempah neraka’.

3. generasi ini tidak ada sokongan moral dan sistem sokongan yang kuat dari persekitaran mereka. Mereka dah bijak kewangan, persekitaran mereka akan mula perli, sindir dan anggap mereka kedekut.

4. Mereka boleh sahaja buat buat ‘keras’ tak dengar pandangn orang lain, tetapi nanti mereka akan di cop sebagai menempah masuk ‘melaka’.

5. Mereka tersepit dan kasihanilah mereka. 

6. Jadilah orang yang tegas dan elakkan rosakkan diri dengan buat hutang untuk orang lain akhirnya. walaupun keluarga sendiri, bila tukang bayar hanya kita sendiri.

7. Boleh membantu, tetapi janganlah sampai membina hutang. Bantu itu ada asas dan batasnya. Jangan sampai merosakkan diri 

Kawan kawan, 

Kita semua akan jadi ibubapa akan datang. Jadilah ibubapa yang bijak kewangan dan sokong usaha anak anak untuk menyimpan dan ada pelaburan masa depan. Azizul Azli Ahmad

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

 

Baca artikel berikutnya: Ibu Mertua Beri Privacy Untuk Anak Menantu Bina Keluarga Sendiri, Tapi Tetap Tinggal Bersama

 

Published by
Nazar Rafiqhi