
Tempoh PKP sudah pasti bil elektrik akan berlaku peningkatan. Al maklumlah, penggunaan tv, kipas, modem internet 24 jam digunakan. Tu belum masuk kira penggunaan penghawa dingin.
Sedar akan keadaan tersebut, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah diumumkan. Pelbagai bidang dan peringkat menerima pakej rangsangan dan tidak terkecuali adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Pengguna akan menerima diskaun secara automatik dan beraganting kepada jumlah penggunaan seperti berikut:
Pemberian diskaun yang telah diberikan ini tidak bermakna anda boleh melakukan pembaziran. Nak diskaun yang banyak, perlu lah berjimat ye.
Untuk keterangan lebih lanjut, boleh ke laman sesawang TNB Prihatin https://www.tnb.com.my/prihatin/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Impiana Makeover Ruang Selebriti, Kini Telah Bersiaran Di Saluran Astro Ria & On Demand

Satu khabar gembira buat peminat dan pengikut setia IMPIANA kerana kini telah mempersembahkan sebuah rancangan terbaharu iaitu Impiana Makeover Ruang Selebriti di kaca televisyen anda.
Mesti ada yang tertanya-tanya mengenai rancangan program terbaharu ini, untuk maklumat anda Impiana Makeover Ruang Selebriti adalah sebuah program yang memaparkan hasil dekorasi di kediaman para selebriti tanah air.
Rancangan yang dihiasi dengan Ella Furniture ini bakal bersiaran sebanyak 10 episod akan memaparkan hasil dekorasi makeover seramai 10 kediaman para selebriti terkenal tanah air antaranya Zulin Aziz, Raja Azura, Izreen Azminda, Vanidah Imran, dan ramai lagi.
Menariknya lagi, rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti turut dimeriahkan lagi dengan hos Catriona Ross dan digandingkan bersama pakar hiasan dalaman, Ben Firdaus Azrai.
Di samping itu, rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini dekorasi hiasan dalaman turut diserikan dengan Ai Curtains, Embun Group of Companies dan Kayangan Living.
Ingin lihat bagaimana hasil dekorasi yang telah dilakukan di kesemua kediaman para selebriti tanah air kita? Jadi, jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti mulai 6 Januari 2023, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Rangka Katil LEIRVIK Paling Laris & Digemari Ramai, Sudah Lebih 13 Tahun Di Pasaran Ikea Malaysia!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sudah Bosan Dengan Tempat Peranginan Yang Biasa? Apa Kata Cuba Resort Tasik Kebun Di Serendah, Sangat Menarik!

Apabila menjelang sahaja musim cuti persekolahan, sudah pasti ada yang di kalangan anda sudah mula merancang percutian bersama keluarga tercinta. Meski ada pelbagai tempat peranginan yang menarik di serata negara, pasti ada yang berasa bingung dalam membuat pilihan lokasi percutian.
Tahukah anda, kini ada sebuah tempat peranginan dan penginapan yang sangat menarik terletak di kawasan Serendah, tidak jauh dengan pusat bandar Kuala Lumpur iaitu Tasik Kebun Resort.
Mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa yang menariknya mengenai tempat penginapan Tasik Kebun Resort ini. Untuk maklumat anda, Tasik Kebun Resort ini telah dibangunkan di sekitar kawasan perkebunan yang sangat cantik.
Di samping itu, di sekitar kawasan tempat penginapan ini dikelilingi dengan pohon-pohon hijau semula jadi. Maka oleh itu, lokasi tempat penginapan ini sememangnya amat sesuai bagi anda yang pencinta alam semula jadi.
Selain itu, Tasik Kebun Resort ini menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa dan cantik. Lihat sahaja lah dekorasi hiasan dalaman ruang kamar yang disediakan, tampak begitu sangat kemas dan cantik.
Sudah pasti, dengan kelengkapan yang sangat kemas dan cantik ini akan memberikan pengalaman penginapan yang sangat selesa buat anda. Tak begitu?
Kolam renang yang disediakan juga kepada para penggunjung juga boleh tahan, tidak begitu menghampakan kerana ia kelihatan seperti sebuah kolam renang hotel yang bertaraf lima bintang!
Lihat sahaja di kawasan kolam renang, anda pasti akan merasai pengalaman yang menyeronokkan!
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
SSF Kini Lebih Menambat Hati Pemilik Rumah

Bilik Pameran Tanda Tangan SSF Kini, Lebih Besar, Lebih Berani dan Lebih Baik
Mencetuskan gaya hidup yang hebat melalui inspirasi SSFHOME One-Stop Center atau pusat sehenti perkakas dan kelengkapan rumah yang menyempurnakan gaya hidup masa kini.
Sebelum ini SSFHOME dikenali sebagai SSF, berfungsi sebagai pusat dekor yang penuh dengan inspirasi dan idea yang cukup menarik . Pengembangan di dalam dan luar negara adalah matlamat strategi perniagaan ini untuk menjadikan gaya hidup yang hebat dan mudah dicapai di seluruh dunia.
SSFHOME + di Pusat Beli-Belah MyTown, adalah bilik pameran perabot rumah terbesar yang pertama bertujuan untuk membawa pengalaman menyeluruh bagi pelbagai pemilik rumah yang inginkan keselesaan dan kehangatan serta bergaya dan menawan seperti kediaman yang lain juga. Di sini segalanya, ada demi untuk masa depan keluarga tercinta.
Bilik pameran berukuran 60,000 kaki persegi, terdiri dari 21 konsep rumah, 4 konsep rumah penuh yang sebenarnya dan bersama dengan 14 bahagian jabatan yang menawarkan pelbagai jenis barang-barang rumah, perabot, peralatan dapur, bilik mandi, bunga tiruan dan tanaman, jam, lampu, peralatan tempat tidur, perhiasan lembut, hiasan rumah, tirai, permaidani, dan bersama dengan auditorium yang bertaraf dunia untuk semua jenis majlis. Wow! tidak terkata saya bila melihat SSFHOME yang cukup lengkap dengan apa sahaja keperluan dalam dekorasi rumah anda. Jika anda ingin merasai pengalaman ini sendiri anda boleh la berkunjung ke SSFHOME di MyTown.
Dengan reka bentuk rumah yang sebenar dapat di realisasikan oleh pasukan visual SSF, yang mambantu pemilik untuk memilih rekaan yang sesuai dengan tema pilihan mereka. Kini SSFHOME juga menyediakan perkhidmatan pelanggan kelas kayangan, untuk mereka dapat menikmati perkakas hiasan rumah mengikut citarasa dan idaman mereka. Bilik pameran yang indah serta sempurna di sini memberi rasa puas untuk pemilik rumah menikmati rasa serta sentuhan yang sebenarnya dengan konsep yang diinginkan.
Pembukaan utama disambut oleh Pengasas, Wong Choong Loong aka King Wong (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SSF) bersama isteri dan ahli keluarganya, Pauline Chin, Albert Wong Choong Lian, dan Sally Tan. Pengasas dan ahli keluarga amat berharap agar SSFHOME dapat menyempurnakan konsep yang diidamkan selama ini.
Sempena meraikan majlis pembukaan yang hebat ini, SSFHOME + menawarkan promosi masa terhad yang luar biasa iaitu 50% + 10% dari 17 hingga 25 April 2021. Jangan ketinggalan!
Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh melayari laman web www.ssfhome.com atau hubungi di 016-299 9111.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI