DIY Alas Periuk Menggunakan Penyepit Baju

Share
Penyepit baju kayu bukan lagi sekadar berfungsi untuk menyepit helaian baju yang disidai di ampaian. Olahan idea kreatif dengan rona warna menarik mampu mengubah penyepit kayu menjadi alas periuk mahupun sebagai dekorasi hiasan dinding yang polos. Malahan, ruang dapur juga pasti tambah berseri dengan kehadiran alas periuk pelbagai warna ini, yang bukan sahaja murah malah mudah dilakukan. Jom kita cuba!
Anda Perlukan:
  • 2 pek penyepit kayu (1 pek 36 batang)
  • Penyembur cat (mengikut warna pilihan)
  • Botol kaca (diameter 4cm)
  • Gam tembak
  • Alat Pengering

  1. Tanggalkan dawai pada penyepit kayu dengan berhati-hati supaya penyepit tidak rosak.

2. Gamkan bahagian sisi penyepit kayu secara bertentangan. (seperti dalam gambar).

3. Selepas itu, gamkan bahagian hujung penyepit-penyepit kayu yang telah bercantum.

4. Susun penyepit kayu tersebut mengelilingi botol kaca bulat. Ia bagi menganggar ukuran agar membentuk bulatan yang sempurna.

5. Semburkan dengan cat warna pilihan.

6. Kemudian, keringkan ia dengan alat pengering rambut dan biarkan seketika. Siap!

Untuk menghasilkan alas periuk berukuran diameter 18.5cm memerlukan 26 batang penyepit kayu.

Jika tidak mempunyai alat pengering, boleh juga jemurkan ia seketika di bawah sinaran matahari.

Pilih warna-warna yang bertentangan (color blocking) untuk menyerlahkan lagi alas periuk berbanding rona senada.

Selain berfungsi sebagai alas periuk, ia juga boleh dijadikan dekorasi tambahan untuk menyerikan hiasan dinding.

Published by
Impiana