DIY backsplash 3D sticker, kena tahu cara pasang supaya dinding tak rosak. Pemilihan backsplash dinding kabinet memberikan impak besar bagi rekaan dapur sesebuah kediaman. Fungsi utama backsplash ialah sebagai pelindung dinding daripada terkena kesan kotoran masakan selain menjadikan dinding anda lebih tahan lama.
Kemasan pada dinding iaitu backsplash mampu menaikkan seri kediaman anda. Bagi mereka yang masih kekurangan bajet untuk memasang jubin backsplash, ada cara murah dan lebih jimat untuk anda lakukan. Sempatlah anda menabung untuk jubin backsplash yang lebih berkualiti.
Berikut perkongsian Wirdalina Tauhed
“Sementara tunggu backsplash idaman, kita pakai diy punya dulu. 3D sticker, kos RM40.00.
NOTA: Lapik dengan plastik sebagai alas. Elakkan daripada melekatkan sticker secara terus pada dinding. Ia bagi memudahkan kerja-kerja ‘mencabut’ semula sticker apabila ingin memasak backsplash yang kekal.
SEBELUM STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
SELEPAS STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, dikongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut:
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality.
Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan untuk backsplash:
Kaca
Batu Marmar (Marble)
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Jubin Seramik atau Porselin
Kredit: Wirdalina Tauhed
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.