Antara aksesori penting di hari raya untuk kediaman adalah balang kuih raya. Bukan sahaja isinya menjadi perhatian, reka bentuknya juga turut diteliti. Sudah pasti, balang kaya sentiasa menjadi pilihan dek rekaannya yang menarik. Terdapat juga balang kuih raya yang diperbuat dari plastik. Namun, krekaanya sangat terhad dan kalau yang cantik pun harganya mahal. Balang kuih raya plastik ini kebiasaanya menajdi pilihan mereka yang mempunyai anak atau cucu ramai. Almaklum lah takut pecah kan.
Tapi, kali ini IMPIANA nak ajar anda cara menghasilkan balang kuih raya cantik dari bekas plastik 90sen sahaja. Bekas ini juga kebiasaanya digunakan penjual kuih raya. Jadi kalau dah ada balang plastik macam ni, tak perlu beli dah. JIMAT!
Ads
Bahan-bahan:
Ads
Balang plastik
Tisu bercorak
Gam Kraf
Gunting
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi mengisi kekosongan pada cucur atap di ruang anjung, Gantungkan beberapa tanaman berpasu untuk memberi sebuah panorama yang menyegarkan. Selain memilih pasu yang direka khas untuk digantung, apa kata anda DIY sendiri tali gantung yang dihiasa rona ceria benang bulu.
Serangga atau haiwan perosak memang agak sukar untuk dikawal tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan. Sedarkah anda bahaya penggunaan racun serangga kimia ini? Kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka masa panjang terhadap sistem tubuh. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunkan racun serangga organik.
Terdapat banyak resepi racun organik yang telah dikongsikan oleh Laman Impiana. Ada yang diperbuat dari bahan-bahan mudah seperti bawang putih, cili, daun pudina dan sebagainya. Hari ini, Laman Impiana ingin berkongsi lagi satu resepi racun serangga dan haiwan perosak yang paling mudah dan mujarab denagn hanya menggunakan bunga cengkih. Umum tahu bunga cengkih mempunyai pelbagai kegunaan. Selain menjadi bahan dalam masakkan ia anata kandungan yang digunakan untuk membuat ubat gigi.
Manfaat penggunaan racun serangga dari bunga cengkih:
1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Memabantu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama
Resepi racun serangga dari bunga cengkih:
bahan-bahan:
50gm Bunga cengkih
1 liter air panas
air bersih
cara-cara:
1. Tumbuk kasar bunga cengkih
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas
3. rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan beaks yang tertutup
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih
Cara penggunaan:
Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang mengidam rak atau troli Ikea Raskog. Harganya boleh tahan ratusan juga, Tapi Puan Maria Ariana punya idea sendiri untuk membinanya dari barang kedai bajet.
Bahan-bahan:
3 biji bakul
4 biji roda (pastikan pilih tapak jenis rata)
Cable tight
8 pasang skru, bolt dan nut saiz 4cm
1 batang (20 kaki panjang) PVC saiz 15mm
Gam PVC
“L” Joint
“T” joint
Cara-cara:
1. Potong paip PVC mengikut ukuruan yang telah diberikan seperti di dalam gambarrajah
2. sambungkan bahagian tapak
-4pcs L joint
-4pcs T joint
-2pcs paip 2cm
-2pcs paip 36cm
-4pcs paip 9cm
Sambung dan gam ikut macam dalam gambar
3. Sediakan bahagian tiang pula
-4pcs paip 7cm(utk kaki bawah sekali tu)
-8pcs paip 23cm
-12pcs T joint
-12pcs paip 2cm(utk sambung bahagianT joint tu)dekat arrow kuning tu.
-4pcs L joint.
4. Cantumkan tapak dengan tiang. Jangan lupa gam
5. Tebuk lubang untuk ikat roda pada bahagian tapak. Ikat gunaan bolt dan nut
6. pasang bakul dan ikat ngan cable tie
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!