Gaya barn door memang jadi idaman ramai. Jenis pintu gelongsoran jimat ruang berbanding pintu biasa. Tapi, nak buat barn door ni kalau panggil kontraktor bagi sebut harga, boleh pengsan juga dibuatnya. Ia disebabkan oleh sistem railing yang nampak ringkas tapi komples ketika memasang.
Tapi, Fuad R Be berjaya buat sendiri barn door 2 pintu hanya dengan menggunakan kayu terpakai dan railling dibeli secara online. Jom kita tengok macam mana Fuad buat sendiri barn door ni
Projek kali ni mamang mencabar betul. Macam-macam mishap jadi untuk nak siapkan. Rancangan asal nak siap semua sampai finishing dalam 4 hari, tapi jauh panggang dari api. Cukup dah ni dulu, finishingnya kita tunggu la minggu depan, tak pun tahun depan
Untuk projek ni, aku letak difficulty level – 9/10. Memang struggle gila nak siapkan.
Day 1.
Misi mencari kayu. Plan asal nak cari kayu 3 “x 1/2” untuk tulang pintu. Sekali dapat harga RM2.50 sekaki, dalam drawing nak pakai dlm 128 ‘(total RM320). Sebab lari bajet, aku tukar plan cari kayu lain. Dapat la kayu sambung 3.5″x 2 hun kat Meru. Sebatang 20’ RM10 je. Amik 8 batang baru RM80.
Lepas dapat kayu tulang tu, terus pergi Alam Impian carik OSB board pulak.
Ni kedai aku dapat kayu sambung tu, kat Meru. Siapa-siapa minat boleh la dtg.
Day 2.
Start kerja buat pintu. Macam biasa la teknik gam paling senang
Gam dan clamping lagi. Amik masa la juga sebab aku ada clamp 8 butir je. Nak modal beli lain macam tak berbaloi pula. Kalau tetiap hari main kayu tak apa la jugak
Ni Kit untuk railling track. Total track system ni RM 480 beli di shopee. tapi kualiti memang terbaik
Ni brand Elitaco. Ada pilihan panjang 5.2 kaki (1 batang) hingga 9.8 kaki (sambung 3). Saya pakai tu 8 kaki. Pesanan, elak potong track railling ni sebab dia ada fungsi soft close. Takut dah potong tak berfungsi
Day 3
Pasang railling track. Nampak senang, tapi gila azab nak pasang sebab buat sorang. Track ni sebenarnya sambung 2 di tengah-tengah. Jadi nak dapatkan level yang seimbang agak sukar. Sebaiknya guna laser level.
Tambahan error tolerance untuk jarak setiap lubang skru tu boleh dikatakan zero. Terkurang atau terlebih walau 1mm, skru tak boleh masuk. Lebih 10 kali buka dan pasang balik nak bagi ngam. Akhirnya, lubang pada besi dibesarkan untuk mudah adjust kedudukan
Drop in anchor yang datang bersama kit railling patah sebab overtighten screw. Perlu korek lubang tersebut untuk keluarkan anchor yang patah. Selesai keluarkan bahagian patah, simen semula lubang tu dan biarkan kering sepenuhnya
Day 4
Pagi-pagi keluar cari anchor yang patah dekat hardware. Dah siap pasang railling, baru boleh naikkan pintu. Hari ni kerja dari 11 pagi sampai 12.30 malam. Memang kerja gila. Tapi kalau tak buat, bila lagi. Akhirnya siap
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI