DIY Barn Door Untuk Kabinet, Bila Naik ‘Sheikh’ Cepat Ja Siap

Share

Barn Door atau pintu gudang ini sudah menjadi satu tarikan kerana rekaannya dan nilai estetika yang ada dalam gaya penataan pintu ini. Ia mampu menjadi satu tarikan yang menonjol dalam mana-mana elemen. Kali ini IMPIANA bawa anda untuk DIY sendiri pintu gudang ini. Jom dapatkan inspirasi daripada Encik Fauzi Ahmad.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk DIY Barn Door

Material
Plywood 15mm
Plywood 9mm
Plywood 3mm

Lepas gam, sebelum tembak air nailer. Kepit dulu, sat lagi dia lari jenuh ligan.
Trim lebihan plywood di bahagian tepi bagi ngam-ngam cun. Lupa nak bagitau, material plywood ajer. Save Budget!
Bahagian belakang plain saja, gosoklah sampai lebam kertas pasir grid 80, lepastu grid 240.
Settle gosok letak gam dan tampal. Lepas tampal tembak lah air nailer setiap kaki/pcs paku.
Penjuru potong 90°, tapi lari jugak sikit. Biaq p ke dia, tak larat ligan dah.
Settle pasang lapisan kedua, tampal cela dengan woodfilla bagi segak sikit. Lepas tu gosok dan gosok lagi dengan kertas pasir grid 240.
Siap gosok. Ready to paint.
Settle cat. Ni dah lapisan ketiga. Lapisan pertama sealer dulu (lupa ambik gambar), lepastu baru sapu cat.
Tunggu cat kering baru tebuk untuk roller barn door. Tebuk kena tepat, senget kalu keat la pintu
Nindia roller siap dah pasang. Tapi sebenarnya Bolt yg dia bagi panjang, so kena pandai-pandai la potong ikut tebal pintu kita.
Lepastu ikutlah guide dalam kotak tu ikut dinding kita. Dinding ni material gypsum (partition) saja, so kena tambah tulang untuk railling dia supaya betul-betul kukuh.
Roller kit beli di Shopee
https://invol.co/cl5mmnk
Published by
Impiana