Jika dahulu kita lihat barang-barang DIY ini kebiasaanya popular di negara Barat, nampaknya sekarang tidak lagi. Masyarakat Malaysia pun dah suka ber-DIY. Sebabtu, kedai-kedai serbanika DIY seperti Mr. DIY, Eco, Kedai RM 2 tumbuh macma cendawan. Rakyat Malaysia ni pun boleh tahan kreatif. Dengan barang yang murah boleh diolah menjadi sesuatu yang lebih bernilai dan cantik. Seperti artikel yang viral di kongsikan IMPIANA. Dengan hanya menggunakan bakul RM 2, boleh jadi rak baju [klik sini untuk artikel lengkap].
Kali ni IMPIANA nak kongsi DIY bunga gantung untuk hiasan dinding dengan hanya modal RM 16.32. DIY bunga gantung ini merupakan perkongsian dari Wana Shahidan . Inspirasi diperoleh dari kedai hiasan Romantika yang dijual pada harga RM 29.90. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara untuk hasilkan bunga gantung SUPER CANTIK + MUDAH ni
Bahan-bahan:
2 keping pelapik pinggan buluh
1 biji span bunga
Bunga artificial 3 tangkai
Pisau pemotong
Tali guni
Gam lilin
Cara-cara:
- Potong dua alas pinggan buluh. Namun sebelum dipotong, gamkan benang pada buluh untuk mengelak bilah buluh berderai
- Siap dipotong dua alas pinggan, lekatkan pula span. Potong span secukup dan sesuainya muat untuk ruang alas pinggan
- Susun alas pinggan yang telah di lekatkan span dan susun ikut kesesuaian jarak. Ukur tali yang diperlukan untuk dijadikan sebagai penggantung
- Gam kan tali gantung pada alas pinggan mengikut jarak yang telah ditentukan tadi. Letakkan tali di bahagian depan dan belakang
- Susunkan bunga mengikut kreativiti anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI