DIY Cat Top Coating Guna Teknik ‘Stencil’, Berseri Lantai Driveway Rumah!

Share

Selain memasang jubin, ada pelbagai cara untuk menjadikan lantai kediaman menjadi lebih cantik, berseni dan berseri. Hanya perlukan kerajinan dan kegigihan, boleh buat sendiri je malah jimat kos.

Menarik idea DIY cat Lantai Driveway rumah guna teknik stencil yang dikongsikan oleh Puan Zarina Zul ini. Terus berseri lantai rumah.

Ini antara panduan yang dikongsikan sepanjang projek DIY tersebut yang boleh dijadikan rujukan.

MasyaAllah, alhmdulillah. Ni projek DIY saya yang pertama. Banyak cacat cela & kurang kemas, tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, “kalau cantik kemas & perfect, professional painter yang buat, bukan awak..”.

Selalu orang start small, stencil meja ke, almari ke.. saya buat driveway terus. Alhamdulillah setelah berbulan-berbulan. Akhirnya lantai driveway rumah saya siap.

Step 1: Bagi Concrete Lantai Rata

Berbulan-bulan tu sebab hire kontractor level kan concrete driveway tu. Sebelum ni ada bahagian licin ada yang kasar, tak sama tinggi. Lepas kontractor buat, problem pulak concrete tu bila ketuk bunyi berongga.. ketuk kuat sikit lagi pecah.

Dia kata ni patutnya hack semua lepas tu buat balik.. habis tu, kenapa tak buat? suruh betulkan, dia mintak bayar lagi.. sebab dia rugi la kena beli bahan-bahan semua lagi. Saya tak sampai hati & saya tak nak spend duit lagi & kalau nak orang tu betulkan kena tunggu dia siap projek dia buat rumah lain pulak.

Maka saya pun ketuk sendiri, bukak balik part-part yang potential boleh pecah tu, and belajar bancuh simen sendiri & tampal sendiri.

Learning point 1: Nak level concrete bagi rata, make sure hack dulu semua baru letak simen & bayar deposit je dulu. Hold balance payment setelah 3 hari siap.. dah takde rongga, tak pecah. Baru bayar full. Agree dengan contractor awal-awal. Semoga Allah ganti kerugian saya dengan yang lebih baik.

Step 2: Primer & cat stencil.

Walaupun dah study cat apa nak guna, bila sampai kedai cat terus jadi blur. Lama juga termenung kat situ sebab macam-macam ada. Akhirnya saya tebalkan muka PM salah seorang otai dalam group ni.

Alhamdulillah dia guide ambil cat apa and syukur sangat beli cat water based yang beliau recommend sebab bayangkan saya ambil masa berminggu-minggu nak cat stencil ni. Saya hampir beli cat epoxy. Epoxy kan ada hardener, kena guna dalam masa sehari kalau tak, nanti keras. Syukur sangat laa saya PM otai tersebut. Semoga murah rezeki beliau. Ameen!

Learning point 2: Untuk projek stencil kena guna water based paint. Senang nak handle. Senang cuci. Senang betulkan kesalahan, lap je dengan kain basah.

Step 3: Cat Top Coating

Akhirnya part yang dinanti-nanti, cat top coating.

Learning point 3: Penting sangat tengok ramalan cuaca & percayalah dengan ramalan cuaca tu. Silap saya tengok ramalan cuaca akan hujan. Tapi bila keluar tengok langit cerah je, saya pun mula lah cat coating. Lepas tu tiba-tiba mendung & hujan lebat sangat..separuh lagi tak sempat cat, saya masuk dalam tunggu hujan stop.

Bila hujan stop, dalam 2 jam, cat coating saya tu dah keras dalam tong. Sakitnya itu di sini sebab top coat sangat tak murah ye. Kena beli satu tong lagi sebab saya pilih top coat glossy. Separuh lantai berkilat, separuh tak.

Learning point 4: I recommend beli lah top coat matte. Design stencil akan lebih nampak. Ni glossy, nampak macam tengok permukaan air pun ada. Cantik tu cantik, tapi kalau top coat matte, design bawah tu akan lebih nampak, ni terlalu shining.

Jangan lupa add Non-Skid silica dalam Top Coat supaya permukaan tak licin.

Learning point 5 : Kalau nak beli stencil, untuk beginner belilah yang design dia ada design tebal & besar-besar. Ada design halus macam lace baju pun ada.. whoa.. yang tu memag mencabar.

Saya beli Stencil ni dari US di app Etsy. Beratus juga harga bila termasuk shipping. Tapi saya ada jumpa alternative di Shopee.

Sambil cat ni pun, saya banyak berdoa. “Ya Allah bagilah cat ni bertahan bertahun-tahun..” so far dah 3 minggu siap, alhamdulillah masih bertahan. Walaupun saya tahu cat lantai takkan tahan 10 tahun, boleh la buat ghaso ghaso beberapa tahun.. ameen!

Harap sharing saya ni membantu kut kut sapa-sapa nak buat projek stencil pulak. Terima kasih kepada semua yang share pasal cat lantai sebelum ni.

Actually ni dah jadi me time saya. Cat mcm ni berulang-ulang sampai lah siap. Nasib rumah tak besar rumah Dato’ Aliff Syukri.

Dah habis cat, Part ni paling best.. bukak tengok..

Kalau zoom in, banyak je cacat cela.. tapi sebab print dia besar-besar and garis tak halus, mana-mana cacat tu.. hanya saya yang tahu Painters tape tu pun saya belajar dari group ni… thank you semua yang share.

Anak pun suka bergolek di driveway meneman mak nye mengecat kat luar.

Tu dia.. bukti dah guna. Primer. Nippon Acrylic 5170 Wall Sealer. 5 liter. RM105

Nippon Multi Purpose Floor Coating 5L RM155 warna pastel. RM201 warna gelap. Nasib suami pun suka lantai rumah dah jadi purple.

Nippon PU Recoatable Finish (Top Coat) glossy. 5L RM255

Nippon Floor Coating Non Skid Silica RM17. Mix dalam top coat supaya tak licin.

Stencil yang saya guna beli dari Etsy. Nak yang lagi murah, ada yg shopee, tapi saya tak pernah guna.. tak semua boleh pakai untuk stencil ruang besar mcm ni.. kena cari yang design berulang.. nak link sila komen. Saya boleh share .

Saya beli dari Etsy tu mmg masyaAllah tahan lasak betul.. cat dah tebal saya boleh peel off & ada juga pernah rendam basuh… yang Shopee punya saya tak pernah guna.

MasyaAllah. End product. First time main cat, bila buat top coat glossy, agak ketara kalau ada part yg kita terskip. Dahlah newbie, cat Semua clear.. tak sure mana part dah kena, mana belum.. sebab top coat ni cepat keras, nak top up balik part yg termiss tu… mintak maaf la. Gone case dah.. next time sila guna top coat matte ye kawan-kawan.

Mesti Baca:Guna Cat Epoxy Dan Stencil Je Untuk Hasilkan Lantai Kemas Dan Cantik Macam Jubin
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri Lantai Simen Cara Mudah Dan Murah, Tak Payah Upah Tukang

IMPIANA: Menarik idea DIY cat lantai ‘driveway’ rumah dengan teknik stencil ni. Terus nampak berseri, unik lain daripada yang lain. Yang penting kena rajin dan gigih dalam menyelesaikan projek ni.

Sumber:Zarina Zul

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab