DIY column divider, kos tak sampai RM1K, beli barang terus pasang sendiri.Column divider berfungsi sebagai pembahagi ruang. Kebanyakan rumah pada zaman sekarang menampilkan konsep ruang terbuka.
Ada rumah yang dapurnya bersambung dengan ruang tamu. Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa kurang selesa. Sebagai langkah untuk privasi maka column divider dipasang bagi mengasingkan ruang-ruang tertentu.
Column divider bukan sahaja berfungsi sebagai pembahagi ruang tetapi cantik bila dipasang. Bagi yang masih kurang bajet, tidak perlu upah tukang untuk memasangnya. Anda boleh melakukannya sendiri.
Guna 2×4 UPVC paip. Kegunaan asal paipini adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ini, kita wrap dengan wall sticker.
Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ini lebih kurang RM966.00
RM640.00 – 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash and carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).
RM208.00 – 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column itu end to end. Tapi cantik pula bila atas warna lain dan bawah warna lain.
Selebihnya kos untuk tools; drill bit, glue, xbond dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya, cara pemasangan bagi projek diy ini adalah seperti berikut:
1. 1/3 end cap perlu dipotong.
2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.
Ads
3. Masukkan wallplug.
4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.
5. Skrukan end cap tersebut.
6. Letak pvc glue pada both end cap.
7. Then slot in column divider tu dalam end cap.
8. Pasangkan semula 1/3 endcap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.
9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.
10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.
Ads
Dapatlah siapkan column divider seperti ini. Hasil kerja tukang amatur yang tidak bertauliah. Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai ‘divider bajet’.
Penggunaan kayu dalam struktur rumah sangat banyak dilihat tidak kira pada kediaman lama mahupun yang baru. Walaupun pada mulanya rumah kayu nampak kukuh, menarik dan klasik, perlu diingat bahawa sifat kayu boleh berubah bergantung pada faktor cuaca ataupun rapuh dimakan anai-anai. Jadi, pemilik rumah kayu haruslah lebih peka dan teliti menyelenggara kediamana masing-masing supaya tetap kekal utuh.
Ketika dalam proses merancang, pemilihan jenis kayu adalah hal yang paling penting kerana ia bakal mempengaruhi kos pembiayaan, penyelenggaraan dan kos baik pulih rumah yang ingin dibina kelak. Jenis-jenis kayu seperti kayu jati, kayu merbau, kayu meranti merah dan kayu cedar adalah antara spesis yang mejadi pilihan pengguna kerana sifat yang keras dan kukuh. Walaupun telah berjaya memilih jenis kayu yang sesuai, anda tetap perlu melakukan pemeliharaan supaya kayu struktur tersebut tetap kukuh dan tahan lebih lama.
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan dan ketahanan rumah kayu, antaranya ;
Pengaruh Cuaca
Kayu yang lama terdedah kepada cuaca tidak menentu terumamanya kawasan yang beriklim lembab akan menyebabkan kayu cepat rosak dan mengembang kerana kayu boleh menyerap air dan sifat ini lama-kelamaan akan memudaratkan struktur rumah. Selain itu, jika dibiarkan tanpa rawatan, kayu yang terdedah kepada kelembapan juga boleh menjadi lapuk dan berbau hapak. Lebih parah lagi sekiranya udara mengandungi bakteria atau hama menjangkiti kayu dan membenarkan pembiakan lumut pada kayu yang terlindung dari cahaya matahari.
Serangan Serangga atau Haiwan Perosak
Lipas, tikus dan anai-anai adalah antara musuh utama kayu. Anai-anai contohnya, memang menyukai tempat gelap yang lembab dan tinggal dalam satu kumpulan yang besar. Saiznya yang halus menyukarkan lagi pemilik untuk menyedari yang rumah telah diserang perosak ini. Begitu juga dengan tikus yang akan menggigit kayu sehingga sudah berlubang, barulah tuan rumah sedar akan perbuatan makhluk perosak yang amat menyakitkan hati ini.
Beban Tanggungan
Bebanan yang tidak sesuai dengan ketahanan kayu akan menimbulkan kesulitan kelak apabila kayu sudah mula melengkung dan membengkok sehinggalah patah. Perkiraan ukuran dengan beban harus dilakukan dengan tepat dan teliti terutamanya untuk bahagian tiang ataupun rangka rumah.
Rawatan Sesuai Untuk Rumah Kayu
Rumah kayu sememangnya memerlukan penjagaan yang amat rapi dan akan mengambil masa yang lama serta belanja yang banyak. Tetapi sekiranya dilakukan dengan kerap dan betul, banyak yang dapat dijimatkan. Jadi ikuti tips penjagaan dibawah agar rumah kayu anda kekal cantik dan kuat.
Rawatan Rutin :
Bersihkan kayu yang berhabuk dan berdebu menggunakan air. Kemudian biarkan kayu kering dengan sendirinya.
Untuk bahan pembersihan lantai dan dinding kayu, gunakan ramuan tradisional seperti air pelepah pokok pisang dan tembakau supaya kayu tetap kukuh dan bersinar seperti baru.Langkah ini menyebabkan kayu pada rumah tradisional tetap tahan hingga beratus tahun.
Hindari geseran kasar pada permukaan kayu. Sekiranya anda mahu mengalih perabot besar dan berat seperti meja makan atau sofa jangan tarik atau tolak, tetapi angkat dan alihkan dengan selamat.
Jangan biarkan dinding rumah ditutupi pokok atau tumbuhan. Cantas pohon-pohon sekeliling rumah supaya dinding dan ruangan didalam mendapat sinar matahari yang secukupnya.
Asap dari dapur sebaiknya dijauhi dari ruang yang menggunakan kayu kerana hal ini akan menyebabkan kayu cepat kusam.
Jika rumah anda menggunakan lantai kayu, jangan biarkan beban berat seperti peti sejuk, tong gas terlalu lama keranan ia akan menyebakan kayu cepat rosak.
Rawatan Berkala :
Rawatan berkala atau bermusim perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan major yang akan menggugat keutuhan rumah kayu. Jadi pastikan anda lakukan perkara-perkara ini apabila tiba waktunya. Panggil golongan profesional yang lebih arif jika anda tidak pasti cara yang betul untuk proses penyelenggaraan ini.
Pemusnahan dan Pencegahan Anai-Anai. Sekiranay bahagian kayu di rumah anda diserang anai-anai, lakukan segera proses pemusnahan. Kayu yang sudah teruk dimakan harus segera ditukar agar tidak menjangkiti bahagian lain pula. Ketika ini, terdapat banyak teknologi moden yang berkesan untuk menghindari dan membasmi anai-anai. Dapatkan konsultasi dari pihak yang sesuai tentang langkah pencegahan anai-anai.
Racun dan Perangkap Tikus. Segera pasangkan peragkap dan racun tikus jika anda merasakan yang rumah anda telah dikunjungi oleh Cik Ti. Biasanya tikus akan melalui sudut rumah yang tersorok atau tertutup jadi rancang dan pasang strategi dimana anda mahu letakkan perangkap tersebut. Jauhi dari kanak-kanak dan pastikan racun diletakkan jauh dari capaian mereka.
Pembersihan Exterior. Bergantung pada lokasi rumah kayu, kerja pembersihan menyeluruh dinding luar boleh dilakukan dalam 2 ke 3 tahun sekali. Ada beberapa cara berbeza yang boleh anda lakukan untuk membersihkan dinding kayu iaitu dengan menggunakan air bertekanan kuat ataupun wap panas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kerusi kayu yang sebelum ini nampak buruk terus nampak ‘wow’ lepas di ‘makeover.’ Ramai yang masih simpan kerusi kayu lama ini sebab ada nilai sentimental. Jangan dibuang kerusi kayu klasik ini kerana ia boleh diubahsuai.
Siapa sangka kerusi kayu yang nampak buruk dan usang yang sebelum ini siapa pun tidak mahu memandang kini berubah wajah. Terus nampak mahal! Mari kita lihat hasil ‘makeover’ kerusi kayu yang sebelum ini nampak buruk akhirnya bertukar menjadi kerusi mahal.
Rekaan ruang pengstoran di dapur bukan sahaja untuk tujuan penyimpanan barang optimum, ia juga perlu mengambil kira teknik atau cara penggunaan ruang dapur tersebut untuk memastikan segala kerja yang dilakukan menjadi mudah dan terurus. Jika sesebuah organisasi memntingkan ISO atau QMS (Sistem pengurusan kualiti), dapur pun ibarat sebuah organisasi yang perlu diperincikan. Setiap perletakkan dan ukuran perlu ikut saiz dan keselesaan pengguna.
Rupanya, rekaan dapur praktikal bukan sahaja banyak digunakan oleh masyarakat moden sekarang. Malah, ia telah diasaskan sejak 1949 secara “blueprint” oleh United States Department of Agriculture. Rekaan dapur yang dihasilkan bukan sahaja mengikut sistem pengurusan kualiti yang masih boleh diguna pakai sehingga kini, malah ia langkah penjimatan ruang yang disarankan. Nak tahu lanjut, tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.