
Jangan biarkan dinding anda polos tanpa sebarang perincian atau dekorasi. Bangkit aura dekorasi dinding anda dengan rona ceria tali pelangi serba mudah dan comel ini. Secara tidak langsung, ia menjadikan dekorasi kediaman lebih unik dan pastinya mencuri perhatian para tetamu dengan suntikan insta worthy dalam dekorasi.
.
Bahan-bahan:
7 gulung benang bulu berlainan rona
Tali guni
Gam panas
Pembaris
Dawai bunga
Gunting
Pelekat kertas
Pen
Sikat kasar
Cara-cara:
1. Ukur panjang tali diperlukan dan sisakan dua inci pada hujung kedua -dua tali tersebut.
2. Lekatkan pelekat kertas pada bahagian kedua-dua hujung tali bagi mengelak ikatannya serabut
3. Potong tali yang telah ditentukan ukuran
4. Gamkan dawai bunga bagi memudahkan tali dilentur menjadi bentuk pelangi
5. Lekatkan benang pada ke tujuh tali yang telah dipotong dengan tona warna berbeza.
6. Lenturkan kesemua tali menjadi pelangi
7. Gam setiap satu tali mengikut susunan dengan menggunakan gam panas
8. Sikat bahagian sisa tali sehingga halus
9. Kemas dan ratakan bahagian hujung tali
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu Siram

Aquaponics adalah sistem agrikultur yang sangat mampan. Ia menggabungkan akuakultur dan hidroponik yang telah mula di perkenalkan pada 1970-an. Ia merupakan sistem tanaman berulang di mana air dari kolam ikan digunakan bagi membasahi medium tanaman. Disamping itu juga, sisa dari ikan turut digunakan sebagai nutrien untuk keperluan tumbesaran tanaman.
Tanaman juga mempunyai peranannya yang tersendiri pada keseluruhan sistem aquaponics ini. Ia berupaya menjadi penapis biologi untuk air dari kolam ikan yang digunakan bagi tujuan membasahi medium tanaman. Secara tidak langsung,proses ulangan air dalam kitaran akan dihantar bersih ke tangki ikan semula.
KEBAIKKAN SISTEM AQUAPONICS
1. Mengurangkan kadar penggunaan air
Melalui sistem aquaponics, anda boleh mengurangkan kadar penggunaan air lebih dari 80% untuk tujuan penyiraman tanam. Ini kerana, kuantiti air yang digunakan bagi tujuan siraman tanaman akan dipulang semula ketangki ikan. Keperluan air hanya perlu di tambah terus ke dalam kolam ikan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika berlakunya penyusutan isi padu.
2. Hasilkan protein dan nutrien dalam satu masa
Melaui sistem ini, anda dapat menghasilkan satu set keperluan makan lengkap dengan tersedianya nutrien dari tanaman dan protein yang dibekalkan oleh ikan.
3. Tiada kegunaan bahan kimia
Di dalam sistem aquaponics, penggunaan bahan kima berbahaya terutamanya bagi tujuan pembajaan dan meracun tanaman amat di tegah sama sekali. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada hidupan akuatik. Oleh itu, ia merupakan salah satu cara untuk anda memastikan tanaman anda bebas dari sebarang bahan kimia terjadual.
4. Tanaman mudah hidup
Jika anda sering mempunyai masalah tanaman cepat mati dek kekangan masa untuk menyiram. Tidak lagi dengan sistem aquaponics ini. Selagi sistem berfungsi dengan baik, siraman dilakukan 24 jam setiap hari. Tambahan, medium tanaman yang digunakan seperti leca (butiran tanah liat yang telah di bakar pada suhu tinggi) menjadi kunci utama dalam memastikan pertumbuhan yang mampan
5. Kurang ancaman penyakit dan serangga
Kebanyakkan penyakit pada tanaman berpunca daripada medium tanaman iaitu tanah. Namun dengan penggunaan medium leca dan air, risiko ancaman serangan penyakit dan serangga yang banyak berpunca dari tanah dapat dielakkan.
6. Pelbagai jenis tanaman dan ikan dihimpun dalam satu sistem
Walaupun dalam ruang yang kecil, pelbagai jenis tanaman dapat diusahakan. Ini kerana sistem yang mudah diselenggara memberi toleransi yang tinggi untuk pelbagai jenis tanaman dalam satu masa.
7. Keadah berkebun tanpa perlu kotor
Dewasa ini, ramai minat berkebun namun tidak suka bergelumang dengan kotor terutamanya tanah. Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah tersebut, sistem aquaponics adalah pilihan terbaik kerana sistem ini tidak menggunakan medium tanaman tanah dan ia mudah diselenggara.
8. Sistem agricultur yang sangat ekonomi
Untuk memiliki sebuah sistem aquaponics yang lengkap memang memerlukan modal yang agak banyak diperingkat awal pembinaan. Namun, selepas sistem berjaya diusahakan dan dapat dituai ia berupaya mejimatkan kadar pembelanjaan anda bukan sahaja dapur malah pengurusan berbanding konvensional. Tiada penyediaan baja dan racun serangga secara rutin, tambahan penggunaan air juga dapat dijimatka.
Penghargaan: MAQ My Aquaponics
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sucikan Kain Buruk Dari Kotoran Degil Ikut Petua Ini, Memang Berkesan!

Memang tidak sah kalau tiada kain lap atau lebih mesra dipanggil kain buruk untuk kegunaan didapur. Item penting ini sangat berguna untuk membersihkan segala jenis tumpahan atau sisa lauk serta kotoran dan minyak yang degil.
Dan selepas diguna, sudah tentu anda memerlukan tenaga yang lebih untuk menyental kotoran serta bau yang melekat. Kadangkala, kotoran tidak mahu tanggal dan terpaksa buang saja kain buruk tersebut.
Tetapi kini perkara tersebut sudah ada solusinya. Impiana ingin kongsikan bagaimana anda boleh mencuci kain buruk dengan mudah, supaya jadi lebih bersih dan wangi.
BAHAN-BAHAN
1. Air Panas
2. 1/2 cawan Soda Bikarbonat
3. Sedikit Cuka
CARA-CARANYA
1. Masukkan 1/2 cawan soda bikarbonat kedalam semangkuk air panas.
2. Tambahkan satu sudu cuka kemudian kacau sebati
3. Ambil kain buruk yang kotor dan masukkan kedalam mangkuk tersebut
4. Pastikan kain terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu
5. Biarkan kain direndam semalaman
6. Bilas kain dengan air bersih. Jemur hingga kering.
7. Hasilnya kain jadi bersih, bebas kotoran dan wangi!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pintu Ke Langsir? Pilihan Yang Membuatkan Anda Akan Terfikir Sampai Malam

Di bilik mandi, kadang-kadang kita boleh lihat yang sesetengah ada yang menggunakan pintu dan ada yang guna langsir sebagai penutup tempat mereka mandi. Kadang-kadang saya terfikir, pintu ke langsir lagi elok? Sebab macam saya, saya lupa sukakan pintu sebab dia lagi senang dan “proper”. Oleh sebab itu, saya akan menerangkan apa kelebihan menggunakan pintu sebagai penutup bilik mandi.
BILIK MANDI MENJADI LEBIH LUAS
Jadi, bilik mandi ini, jika kita menggunakan pintu, ia akan membuatkan ruangan di dalam bilik mandi menjadi lebih luas. Lagi-lagi kalau pilih pintu kaca. Tapi kebanyakkan memang guna pintu kaca kan sebab takkan guna pintu rumah ya idok? Hahahaha. Maka, penggunaan pintu kaca untuk bilik mandi amatlah efektif untuk keselesaan anda semasa mandi.
PENCAHAYAAN
Salah satu faktor kenapa pintu kaca lebih bagus dari langsir adalah pintu kaca dapat memberi sumber cahaya dan refleksi yang baik. Dengan adanya cahaya, anda boleh buat kerja dengan senang dalam tandas. Sebab lain pula, ada sesetengah bilik mandi, tidak boleh memasang lampu yang terlampau kuat. Jadi, memerlukan pencahayaan dari luar tingkap.
MAMPU UNTUK CUSTOMIZE MENGIKUT CITARASA
Salah satu faktor kenapa peminat pintu lebih ramai dari langsir adalah pintu ini, kita boleh customizenya mengikut saiz dan style yang kita mahukan. Berbanding dengan langsir, ia tidak bole customize sebab ia sudah siap dengan size dan coraknya kerana ia dari kain. Jadi, jika kita mahu customize, ia mesti sebelum ia siap dibuat.
LEBIH SELAMAT
Dan yang terakhir adalah, keselematannya lebih terjamin berbanding dengan langsir. Jikalau langsir, ia akan cepat labuh atau rosak bila terkena air. Kadang-kadang kita tidak perasan jikalau kita mandi itu terlampau lasak atau tidak. Bila dah terkena air di langsir, maka mulalah langsir tersebut cepat rosak dan boleh mengakibatkan koyak.
Akhir kata, pilihlah pintu, lagi-lagi pintu kaca, berbanding dengan langsir. Tetapi, itu apa pandangan dan pendapat. Terserah kepada anda semua.
Sumber: SantaiSini (https://santaisini.com/2021/05/11/bilik-mandi-pintu-vs-langsir-mana-satu-yang-lagi-ok/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI