Jangan biarkan dinding anda polos tanpa sebarang perincian atau dekorasi. Bangkit aura dekorasi dinding anda dengan rona ceria tali pelangi serba mudah dan comel ini. Secara tidak langsung, ia menjadikan dekorasi kediaman lebih unik dan pastinya mencuri perhatian para tetamu dengan suntikan insta worthy dalam dekorasi.
.
Bahan-bahan:
7 gulung benang bulu berlainan rona
Tali guni
Gam panas
Pembaris
Dawai bunga
Gunting
Pelekat kertas
Pen
Sikat kasar
Cara-cara:
1. Ukur panjang tali diperlukan dan sisakan dua inci pada hujung kedua -dua tali tersebut.
2.
Lekatkan pelekat kertas pada bahagian kedua-dua hujung tali bagi mengelak ikatannya serabut3. Potong tali yang telah ditentukan ukuran
4. Gamkan dawai bunga bagi memudahkan tali dilentur menjadi bentuk pelangi
5. Lekatkan benang pada ke tujuh tali yang telah dipotong dengan tona warna berbeza.
6. Lenturkan kesemua tali menjadi pelangi
7. Gam setiap satu tali mengikut susunan dengan menggunakan gam panas
8. Sikat bahagian sisa tali sehingga halus
9. Kemas dan ratakan bahagian hujung tali