Jika bijak memanfaatkan kawasan bawah tangga ia boleh dijadikan ruang tambahan pada sesebuah kediaman. Hanya perlu letakkan partition ia boleh menjadi ruang tambahan seperti stor simpanan barangan.
Boleh cuba buat sendiri dekor partition ruang bawah tangga guna MDF Board seperti yang dikongsikan oleh Danial Farhan ini. Memang cantik sungguh hasilnya, malah berjaya menyorokkan pintu yang ada pada ruang tersebut.
Berikut perkongsian tersebut yang boleh dijadikan panduan;
Akhirnya siap projek sendiri yang ambil masa 1 bulan lamanya hahaha. Bermula 7 April panggil orang buat partition biasa dulu. Lepastu lain semua buat sendiri.
Masuk pula bulan Ramadhan, fokus ibadah so tangguh lagi Fikir nak dekat raya, baru usaha untuk siapkan hahaha. Panggil adik beradik dan cik tunang tolong cat sekali. Leceh betul nak cat sebab ikut citarasa minat buat design strip banyak macam ni.
Proses pembuatan seperti di dalam gambar di bawah.
Kos anggaran:
RM100 = 40 batang mdf strip tapi guna 39 batang je (1 inci x 8 kaki) beli kat shopee tapi collect sendiri di Sungai Buloh.
RM35 = Cat Jotun hitam kilat.
RM14 = Gam x-bond x 2 unit
RM5 = Gap filler (tak pakai sangat)
RM30 = Mitre box and back saw
RM30 = Anggaran tape, berus cat, sesiku L dan lain-lain
Total = RM204
Partition guna partition board tapi frame pintu kayu dan pintu plywood sebab nak dapatkan frameless hidden door. Kalau nak lagi tak nampak, engsel buka ke dalam, tapi ruangan terhad. Macam ni dah puas hati dah.
Gypsum Board sebagai partition asas RM1,200. Wiring dan lampu sedia ada.Gypsum Board sebelum cat tak kalis air. Sifatnya macam plaster ceiling sikit tapi lebih kalis dan kuat.Saiz stor ini dalam 62 kaki persegi.
Rangka menggunakan aluminium dan C channel untuk partition.
Ads
Gam yang digunakan. Ada teknik untuk letak ni. Kena nipis nipis je supaya tahi gam tak ada. Senang comot.
Sedar atau tidak, ada antara kita yang mempunyai masalah kaki berbau. Bau semerbak yang meloyakan ini bukan sahaja boleh memalukan diri malah juga membuat orang sekeliling tidak selesa.
Pasti ramai yang ingin tahu cara untuk mengatasi masalah besar ini kan? Terima kasih buat pengguna Facebook, Puan Iza Abu Bakar yang telah berkongsi satu petua yang mungkin berkesan menyelesaikan masalah kaki berbau. Mari kita semak.
TIPS HILANGKAN BAU KAKI MENYENGAT HIDUNG DENGAN TIGA BAHAN JER
Masalah kaki berbau ni ramai yang mengalaminya kan. Nak nak lagi kalau kaki tidak dijaga dan dicuci dengan betul. Sekali buka kasut, ooo mak aiii boleh pengsannn uuuiii.
Tapi jangan risau, korang boleh cuba tips ni. Ianya senang je nak buat. Ok, jom kita try.
BAHAN BAHAN :
1. Listerine
2. Cuka putih
3. Air
4. Besen
CARA CARANYA :
1. Mula mula korang ambil besen dan tuangkan Listerine. Kemudian masukkan sedikit cuka putih dan air. Pastikan kuantiti ni cukup untuk kita merendam kaki ye.
2. Lepas tu korang rendamkan kaki korang dalam besen yang berisi campuran tu lebih kurang 30 minit. Sesambil tu korang pun boleh layan lagu atau baca majalah.
3. Jika korang amalkan secara konsisten, in syaa Allah segala bau yang menyengat hidung, kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau dan bercagu tu akan hilang tau.
4. Yang bestnya kulit kaki korang akan lebih cantik dan sihat je. Haaa, baru la best sarung kasut kan.
Selamat mencuba ok.
Korang yang nak share, dialu alukan tau. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kengkawan yang ada masalah ni.
SUMBER : IZA ABU BAKAR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penggunaan pintu gelongsoran atau “sliding door” adalah salah satu teknik untuk menjimatkan ruang jika di banding rekaan tradisional. Terdapat pelbagai rekaan pintu gelongsoran antaranya jenis barn door yang di minati ramai.
Terbaru, melalu perkongsian di group Tukang Apa Hari Ini, Fourzy Ozzy berkongsi hasil DIY pintu grlongsoran ringkas untuk memisahkan pandangan dari ruang tamu dan dapur.
Tak nampak langkah pemasangan dari awal sebab Hdah siap pasang. harap boleh beri sedikit gambaran pada mereka yg ingin mencuba. Track nya boleh beli di shopee. tak susah pun saya pasang dengan bantuan wife tolong pegang pintu dengan kos yang minimum tak sampai RM300 rumah flat ruang dapur agak limited.
Mural atau sering diistilahkan lukisan dinding merupakan hasil seni dari orang-orang yang mempunyai bakat melukis. Bagi menghasilkan sesebuah mural amatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun bagi ibu kepada dua orang anak ini, Rosmawati Rosli atau lebih mesra dipanggil Rose telah menunaikan permintaan anaknya untuk hasilkan mural berkonsepkan super hero. Walaupun sudah lama tidak melukis, Rose tidak kekok menghasilkan mural ini dan hasilnya sangat mengagumkan.
Untuk satu watak mengambil masa dalam dua hari sahaja. Rose mulakan proses mural ini dengan melakar dahulu karakter yang hendak dibuat iaitu Superman dan Batman. Kemudian, menggunakan campuran cat daripada pelaka dan cat dinding.
Dengan menghasilkan mural ini, Rose dapat merealisasikan bilik anaknya mengikut warna dan tema yang diminati. Selain itu, ia dapat memupuk minat anak-anaknya untuk melukis dan melakukan aktivti mural ini bersama. Sebenarnya, mural yang dihasilkan tidak memerlukan kos yang besar dan ia amatlah menjimatkan.
+TIP HASILKAN MURAL
1. Bersih kan dinding dari sebarang kotoran dan lubang dan retakan . Dinding disapu dengan sealer (undercoat warna putih) supaya tahan kulat .
2. Memilih warna yang sesuai
3. Lapik lantai dengan plastik dan alihkan sebarang parabot yang mungkin menganggu pergerakan.
4. Tutup dinding dengan lapisan cat dasar.
5. Penggunaan cat yang berbeza memberikan tempoh hayat yang berbeza.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.