Jika bijak memanfaatkan kawasan bawah tangga ia boleh dijadikan ruang tambahan pada sesebuah kediaman. Hanya perlu letakkan partition ia boleh menjadi ruang tambahan seperti stor simpanan barangan.
Boleh cuba buat sendiri dekor partition ruang bawah tangga guna MDF Board seperti yang dikongsikan oleh Danial Farhan ini. Memang cantik sungguh hasilnya, malah berjaya menyorokkan pintu yang ada pada ruang tersebut.
Akhirnya siap projek sendiri yang ambil masa 1 bulan lamanya hahaha. Bermula 7 April panggil orang buat partition biasa dulu. Lepastu lain semua buat sendiri.
Masuk pula bulan Ramadhan, fokus ibadah so tangguh lagi Fikir nak dekat raya, baru usaha untuk siapkan hahaha. Panggil adik beradik dan cik tunang tolong cat sekali. Leceh betul nak cat sebab ikut citarasa minat buat design strip banyak macam ni.
Proses pembuatan seperti di dalam gambar di bawah.
RM100 = 40 batang mdf strip tapi guna 39 batang je (1 inci x 8 kaki) beli kat shopee tapi collect sendiri di Sungai Buloh.
RM35 = Cat Jotun hitam kilat.
RM14 = Gam x-bond x 2 unit
RM5 = Gap filler (tak pakai sangat)
RM30 = Mitre box and back saw
RM30 = Anggaran tape, berus cat, sesiku L dan lain-lain
Total = RM204
Partition guna partition board tapi frame pintu kayu dan pintu plywood sebab nak dapatkan frameless hidden door. Kalau nak lagi tak nampak, engsel buka ke dalam, tapi ruangan terhad. Macam ni dah puas hati dah.
Cabinet Door Damper Buffer Push to Open Magnetic Latch System
Gypsum Board sebagai partition asas RM1,200. Wiring dan lampu sedia ada.Gypsum Board sebelum cat tak kalis air. Sifatnya macam plaster ceiling sikit tapi lebih kalis dan kuat.Saiz stor ini dalam 62 kaki persegi.
Rangka menggunakan aluminium dan C channel untuk partition.
Gam yang digunakan. Ada teknik untuk letak ni. Kena nipis nipis je supaya tahi gam tak ada. Senang comot.
Hasilnya.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Ini Barang-Barang Yang Anda Perlukan Untuk DIY Pintu Kabinet Dapur Aluminium Sendiri
Baca Lagi Di Sini:Guna Barang Kedai Bajet “Makeover” Bilik Tidur
Artikel Menarik:Pasangan Ini Ubahsuai Rumah Hanya Dalam Masa 2 Bulan Berkonsepkan Minimalis Skandinavia. Hasilnya Ohsem!
IMPIANA: Lawa sungguh hasilnya buat dekor partition guna mdf strip ni. Buat sendiri je, terus ruang bawah tangga merangkap stor ni nampak berseri.
Sumber: Danial Farhan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.