Dinding batu bata antara feature penting bagi dekorasi berkonsepkan industri, hipster dan kediaman yang menekankan konsep english country. Namun, bagi anda yang nak makeover kediaman, tak perlulah robohkan dinding atau buat dinding baru dari batu bata. Ada kaedah yang lebih cepat dan mudah. Kebiasaanya, wallpaper bercorak batu bata menjadi pilihan. Namun bagi yang suka tekstur batu bata, wallpaper bukanlah pilihan terbaik. Apa kata cuba idea yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd razak.
1. Bancuh dulu cat mengikut arahan yang terdapat pada pek bungkusan
2. Sapukkan lapisan pertama (special effect) yang telah siap dibancuh (sapuan perlu rata seperti kemasan simen pada dinding
3. Bentukkan tekstur batu bata ketika lapisan “special effect” separuh kering
Ads
4. Pastikan dinding yang telah siap di corakkan kering sepenuhnya
5. Selepas kering sepenuhnya, sapukan cat. Anda mungkin perlukan 2-3 lapisan cat untuk menghasilkan kesan batu bata yang sebenar. Pastikan cat kering sepenuhnya sebelum lapisan berikutnya di sapu
6. Gunakan cat yang sedikit gelap bagi menghasilkan tekstur batu bata sebenar
Ads
7. Buat garisan pada joint batu dengan menggunakan cat hitam atau putih. Mengikut cadangan Nazihah, soft gray nampak lebih semulajadi.
Siapa selalu alami air dar sinki bukan sahaja melipah di atas “table top” malah lebih teruk meleleh ke lantai dapur? Hal ini sering berlaku apabila struktur kabinet dapur yang dibina tidak mengambil kra aliran air permukaan yang betul.
Hal ini akan menyebabkan anda perlu sentiasa lap air yang melimpah pada lantai. Jika tidak, ia akan menyababkan lantai dapur mudah kotor. Sebanarnya, ada satu penyelesaian yang paling mudah dan boleh dilakukan sendiri.
Penyelesaian mudah ini telah dikongsikan oleh Abeho Fadlulah di dalam group Tukang Apa Hari Ini iaitu menggunakan Shower door dam water stopper
Rak terbuka adalah idea terbaik untuk anda yang mencari ruang pengstoran tertutup. Sebenarnya banyak faedah penggunaan rak atau ruang pengstoran terbuka. Antaranya ialah ia mengurangkan kadar pembiakkan bakteria atau serangga perosak berbanding almari yang tertutup. Bagi barang dapur seperti bawang dan buah-buahan, ia menjadikan stok simpanan anda tahan lebih lama kerana terdapat aliran udara yang membantu mengurangkan kadar kelembapan di ruang simpanan.
Impiana Nak kongsi DIY rak cantik dari bakul bajet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sofa dengan kemasan kulit asli memang sesuatu yang ramai idamkan. Namun harganya bukan lah kepalang. Jadi, IMPIANA nak cadangkan, apa kata anda beli sahaja sofa kulit secondhand. Kenapa secondhand? kan dah tak cantik kulitnya kotor. Kotor atau warna kurang menarik boleh diselesaikan dengan mudah. Anda boleh tukar warna kulit sofa mengikut tema kediaman tanpa perlu upah orang atau hantar re-upholstery yang mahal. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengecat semula sofa kulit tersebut. Tapi, bukanlah sebarang cat yang boleh digunakan.
Antara peralatan dan keperluan yang perlu disediakan sebelum menukar warna sofa kulit anda adalah sepertti berikut:
Bahan-bahan:
Dye kulit (pilihan warna mengikut kehendak) Rubbing alcohol
sarung tangan getah
span basuh pinggan (pastikan teksturnya lembut bagi mengelak permukaan kulit luka)
plastik
Kain tuala kecil yang bersih
Cara-cara: 1. Basahkan kain tuala dengan rubbing alcohol 2. Lapkan keseluruhan permukaan kulit sofa. Langkah ini perlu di lakukan beberapa kali untuk menanggalkan kekotoran dan kesan pelindung kulit yang asal. 3. Biarkan sofa kering sepenuhnyas sekurang-kurangnya seharian 4. Aliskan dye kulit pada sofa dengan menggunkan span. Sapuan perlu dilakukan secara membulat dan perlu sedikit tekanan untuk memastikan dye dapat diserap fabrik kulit. pastikan anda menggunkan sarung tangan ketika melakukan sapuan dye 5. Lakukan beberapa sapuan dye sehingga lapisan warna yang diinginkan kelihatan rata. Kemungkinan, anda perlu lakukan lebih dari 5 kali sapuan dye namun untuk lapisan yang akhir, sapuan hanya dilakukan dengan lembut bagi mengelak lapisan dye sebelumnya calar
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.