Tak semua perabot yang rosak di rumah tak boleh digunakan langsung!
Kalau kita kreatif, boleh berjimat dengan diy dan recycle perabot tersebut macam perkongsian dari Teejah Aqeel ini. Kerusi yang dah rosak ini digunakan kembali untuk dijadikan side table, untuk letak letak barang ataupun perhiasan.
Idea recycle kerusi meja makan rosak jadi side table
Caranya
1. Bahagian penyandar kerusi dipotong separuh, sama aras dengan tempat duduk.
2. Ambil bahagian penyandar yang dipotong tadi, buang sedikit bahagian tepi untuk dicantumkan di bawah side table.
Ads
3. Cantum guna skru atau paku, ikut kreativiti. Siap. Punyalah senang kan!
Ads
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua, selamat mencuba dan berdiy!
Jangan tak tahu ada kalanya barangan lama yang mahu dibuang seperti almari boleh digunakan semula.
Memang idea kreatif dan boleh dijadikan inspirasi malah menjimatkan kos tak perlu beli sangkar buat anda yang ada memelihara si bulus di rumah.
Idea menarik ini dikongsikan oleh Puan Izyan Suraya yang berkongsi video transformasi almari lama rumahnya di akaun TikTok beliau @izyanwasabee.
Rumah kucing tersebut dibuat khas untuk anak kucing kesayangan yang dipeliharanya. Menariknya almari yang telah diubahsuai ini menjadi rumah kucing yang dilengkapi dengan ruang tidur, kawasan bermain, laci simpan barangan, aksesori,pasir dan makanan kucing.
Malah ia turut dilengkapi dengan jejaring besi untuk pengudaraan dan pencahayaan. Wanita ini juga mengalas ‘lantai’ rumah kucing tersebut dengan underpad yang ‘waterproof’supaya tidak basah mahupun kembang sekiranya terkena air.
Berkongsi maklumat lanjut, katanya anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan sendiri ‘rumah kucing’ ini kurang dari RM150. Malah kebanyakan barangan dibeli secara online di shopee sahaja dengan harga berpatutan. Sebagai contoh;
Kreatif sungguh idea yang dikongsikan ini. Siapa sangka dari almari lama boleh dijadikan ‘rumah banglo’ untuk anak bulus kesayangan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Pasang pagar PVC untuk rumah lebih privasi dan cantik sambil jimat bajet. Pagar ini tahan lama dan mudah diurus, menjadikan ia pilihan bijak untuk keselamatan dan estetika.
Bagi rumah taman yang mempunyai jejaring pagar hijau seperti ini, jika nak buat kerja-kerja di luar rumah seperti membersihkan halaman, mencuci kereta, berkebun dan sebagai juga jadi kurang selesa. Bukan apa kawasan agak terbuka dan kurang privasi, memang nampak terus rumah jiran yang berhampiran.
Jika tiada bajet yang besar, sebenarnya boleh pasang PVC Fence Edge pada jejaring pagar hijau ini untuk rumah lebih privasi. Boleh beli di kedai hardware, atau di shopee pun ada.Lebih jimat berbaloi berbanding tukar pagar baru yang bertutup.
Menerusi perkongsian di Grup Tukang Apa Hari Ini, wanita ini kongsikan hasil selepas memasang PVC Fence Edge ini. Memang lebih privasi dan nampak kemas.
Pernah ternampak geng T.A.H.I pos pasal fence edge ni. Gigih scroll bace komen, akhirnya dapat.Terima kasih pada yang share idea.JASAMU DIKENANG
Sebelum…memang nampak terus rumah jiran.
Privacy sikit, ada lebih pulak PVC ni, try anyam ketupat.
Atas sekali tu saya lipat dan stapler, sebab tu saya lebih kan sikit semua bahagian hujung. Bila staple nampak kemas sikit. Bawah saya biarkan dan potong serong. Dia jadi terletak gitu.
200m settle. Kena tambah lagi nak settle kan sampai hujung.
Beli rumah dan miliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Harga kediaman sekarang juga bukan main mahal jadi pastikan kita membuat pemilihan yang betul.
Fenomena cuaca sekarang memang buat ramai mengeluh, di luar dah tentu panas, duduk dalam rumah pun terasa panas. Malah dalam rumah waktu malam pun terasa bahang. Kalau ini yang dirasa sekarang penyebabnya bukanlah semata-mata kerana cuaca panas tapi juga reka bentuk rumah yang kita duduki.
Untuk yang merancang membeli kediaman seeloknya info perkongsian perunding hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad ini dijadikan panduan.
Salah satu pesannya elakkan dari membeli kediaman dengan reka bentuk bumbung yang pendek dan beliau menerangkan sebabnya.
Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
1. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
2. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
3. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
4. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
5. Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
6. Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
7. Elakkan beli kediaman moden, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil reka bentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
Reka bentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Moga jelas dan makin faham.
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang sedang dalam proses memilih rumah, adalah penting untuk mempertimbangkan nasihat pakar dan mengkaji reka bentuk yang bukan hanya cantik tetapi juga praktikal. Pilihan reka bentuk yang tepat bukan juga memastikan bahawa hartanah tersebut kekal menarik dari segi pasaran di masa akan datang.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!