DIY Kiddie Car Wash Dari Paip PVC Untuk Aktiviti Anak Di Musim Cuti Sekolah

Share

Cuti sekolah dah hampir tiba. Mesti ramai ibu bapa yang plan macam-macam program untuk anak-anak kan. Selain melancong, aktiviti di rumah pun perlu dipelbagaikan bagi memadatkan waktu cuti supaya anak-anak tak bosan.

Bina kiddie car wash untuk anak-anak antara perkara yang menarik yang boleh anda lakukan. Ini kerana ia tidak memerlukan kemahiran dan peralatan yang rumit. Sudah pasti aktiviti mandi manda menggunakan kiddie car wash

lebih menarik walaupun tak ada kolam.

Bahan-bahan: 

8 batang PVC paip 3/4″ berukuran 10 kaki
11 biji PVC T-joints
7 biji PVC elbow-joints
4 biji PVC cross joints
4 biji PVC caps
1 biji hose connector
7 batang pool noodles (pilihan)
5 biji span
Pelbagai warna tali nylon
Mesin gerudi dengan mata 1/16″
Gunting
Pemotong PVC
Permanent marker

Cara-cara:

1. Potong PVC mengikut ukuran yang telah ditetapkan dengan menggunakan pemotong PVC

  • 3 batang 3 kaki paip PVC
  • 26 batang 2.5 kaki paip PVC
  • 2 Batang 1 kaki paip PVC
  • 3 batang 6 inci paip PVC

2. Gunakan satu batang paip PVC panjang 6 inci dan sambungkan terus ke penyambung hos. Untuk lebih kukuh, anda boleh gam menggunakan tape putih

3. Pasangkan bahagian paip PVC yang lain menjadi sebuah struktur seperti pergola. Seperti biasa, untuk lebih kukuh gam kan setiap bahagian sambungan

4. Apabila keseluruhan struktur siap dibina, Anda perlu tebuk lubang air pancuran di bahagian paip PVC yang anda rasakan perlu seperti atas dan sisi dengan menggunkan mata 1/16″. Jarak setiap lubang antara 2 hingga 3 inci

5. Terakhir, Hias kiddi car wash anda dengan menggunkan pool noodles, span dan tali nylon

Sumber: http://www.momendeavors.com

 

Published by
Impiana