DIY “Kitchen Island” Dalam Ruang Terhad Dengan Kos RM300 Sahaja!

Share

Dapur yang sempurna mengikut keperluan dan kegunaan masing-masing sudah tentunya menjadi idaman setiap pemilik rumah. Selain kelengkapan serta perkakas lengkap, sesebuah dapur juga akan lebih menarik dengan adanya sebuah kaunter pulau ataupun dalam bahasa inggerisnya, kitchen island.

Bukan sahaja cantik semata, kaunter pulau juga dapat menjadi ruang tambahan bagi membuat kerja penyediaan hidangan. Praktikal dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri, kini lebih ramai orang ingin memiliki kaunter pulau didapur mereka. Tetapi malangnya, tidak semua keluasan dapur dapat menampung kaunter built-in

atau tempah khas (custom-made). Selaini tu, bajet yang terhad juga menjadi salah satu punca ramai yang terpaksa menguburkan niat untuk membina kaunter pulau sebagai aksesori tambahan di dapur mereka.

Lain pula bagi pasangan ini yang telah menggunakan kreativiti mereka bagi merealisasikan impian sang isteri. Dengan hanya 4 barang yang dibeli dari IKEA, dapur mereka telah tersergam indah dengan kehadiran kaunter pulau mini ini. Menurut Puan Yatt, kos yang dianggarkan sekitar RM300 itu dianggap amat berbaloi memandangkan dimensi kaunter tersebut hanyalah 86cm (t) x 92cm (p) x 53cm (l). Jom kita lihat transformasi dapur beliau!

Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Takpe, DIY sajee

Semua ni I buat sendiri and beli from Ikea. Total dalam RM300 jer. Murah kan?? Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN DARI IKEA ;

Kitchen island ni impian setiap perempuan or isteri kot. So korang yg suami tu kalau tak tau nak bg hadiah ape untuk isteri, sediakan lah dia kitchen island ni. Makin rajin lah si isteri tu masak nnt. Tiap hari ada je resepi baru dia buat nnt

 

Bagi memastikan kaunter top kukuh dan tidak tertanggal, Puan Yatt menggunakan L Bracket kemudian di skru kan saja. Boleh dibeli di hardware berhampiran.

P/S ; Since island ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya utk kita ada treatment oil tu

tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak or patah. Cara dia lap saje oil tu guna kain or tisu atleast sebulan sekali. Kalau hari2 guna so buat lah 2 minggu skali

SUMBER

Published by
amalina