DIY Langsir Bajet Untuk Kabinet Dapur Terbuka

Share

Ramai memilih untuk membina counter top sahaja tanpa kabinet bagi menjimatkan kos penyediaan ruang pengstoran di dapur. Yang menjadi masalah, bahagian pengstoran yang terbuka mengundang pemandangan kurang menarik dan tidak kemas. Bagi memastikan dapur kelihatan kemas, puan Fara Airullah berkongsi idea jimat dengan menyediakan langsir mudah dan bajet bagi menutupi ruang tersebut.

Artikel berkaitan: (GAMBAR) Dengan Modal Tak Sampai RM50 Langsir Kabinet Dapur Ini Nampak Lebih Kemas

Pilih material kain yang sesuai, mcm i pilih kain jersey sebab lebih berat and bila pasang nampak kemas jatuh ke bawah. Lagi satu sebab dia murah kahkahkah. Kain i hantar tailor untuk upah jahit, RM50 untuk 4meter.

Bahan-bahan:
Kain langsir
Velcro tape
gam dunlop

.


.

Cara-cara:
1. Ukur krtinggan tabble top sehingga ke lantai dan beli kain secukupnya untuk ukran tersebut

2. Jahit scallop untuk langsir kelihatan lebih menarik dan beralun. Boleh upah orang atau nak jimat jahit sendiri

3. Jahit valcro tape bahagian yang lembut pada bibir langsir

4.

Tampalkan valcro tape kasar pada tebing counter top dan biarkan kering sepenuhnya dengan menggunkan gam dunlop (gam kasut)

5. Setalah gam kering sepenuhnya, lekatkan langsir yang telah siap di jahit valcro tape bahagian lembut

Published by
Impiana