DIY

DIY Litter Box Besar Guna Plastic Container, Elok Bertutup Pasir Tak Bersepah & Kurangkan Bau

Share

DIY Litter Box Besar Guna Plastic Container, Elok Bertutup Pasir Tak Bersepah & Kurangkan Bau. Bagi pemilik kediaman yang mempunyai kucing peliharaan, apabila ‘majikan’ semakin membesar, sukar untuk mencari ‘Litter Box’ yang sesuai dan selesa.

Sebenarnya ‘bibik’ boleh buat sendiri ‘Litter Box’ untuk ‘majikan’ ini di rumah dengan menggunakan ‘Plastic Container’. Paling penting memang elok bertutup, pasir tak bersepah serta dapat kurangkan bau.

Perkongsian daripada Eny Yusnizar Abdullah ini boleh dijadikan panduan;

Disebabkan kucing kat rumah ni ada sekor tu dah 7kg (identiti beliau terpaksa dirahsiakan demi menjaga maruah) 😂 maka litter box yang sedia ada dah tak selesa digunakan. Merata cari litter box yang lebih besar dari yang ada sekarang tapi tak jumpa.

Banyak yang jenis tak ada cover. So terpaksa la DIY sendiri guna plastic container ni. Sebab ramai dok tanya macam mana nak buat dan potong kemas macam tu hehe siap minta video maaflah sebab masa husband buat saya terlelap kejap bangun bangun la dah siap tebuk dah 🥱

Bahan Diperlukan:

Box Plastik saiz 107 Liter
Steel plate strip
Pasir

Cara Membuat:

1. Beli box plastik dari Mr DIY saiz 107 litter RM55 sebiji.


2. Guna marker pen tanda bahagian nak potong ikut saiz kucing. Seeloknya buat sebesar boleh la mana tau tahun depan dia jadi anak hippo pulak 🤭
3. Potong guna gergaji kecil.
4. Bahagian dah potong tu cover dengan steel plate strip.Guna ni untuk tutup bahagian kita gergaji tu supaya kucing tak tercedera dan nampak kemas.


5. Isi 2 pack pasir.


6. Dah siap litter box kucing macam setaraf see through bathroom kat hotel.

Yang tanya adakah toilet DIY ni cukup tinggi untuk kucing.. Tinggi ya ada space lagi atas tu. Tapi ada juga kotak ni jenis rendah. Jadi pilih betul betul ya.. Maaf muka pemberak kena cover demi menjaga aib beliau. – bibik

Siap! Selamat Mencuba.

Mesti Baca: Atasi Bau Kucing Di Rumah Guna Bahan Dapur Ini, Berkesan & Mudah


Baca Lagi Di Sini:10 Tip Ini Berkesan Hilangkan Bau Kucing Di Dalam Rumah
Artikel Menarik:Sayang Kucing Biar Bertempat, Jangan Bela Hingga Susahkan Jiran Tetangga!

IMPIANA: Menarik cara yang dikongsikan ini, jadi bagi yang mempunyai ‘anak bulus’ yang besar, boleh cuba buat sendiri Litter Box guna Plastic Container ini. Supaya anak bulus lebih selesa, malah elok bertutup pasir tak bersepah serta dapat kurangkan bau.

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Suhaidah Wahab