DIY Mudah Bersihkan Sinki Dapur Berdaki dan Berkerak

Share

Setelah bertahun-tahun menggunakan sinki di dapur, lama kelamaan pastinya akan  kelihatan kedam, kusam dan berdaki. Memang berbeza berbanding sinki yang baru dipasang. Kebiasaannya sinki stainless steel mempunyai permukaan bersinar, licin dan juga berkilat.

Jika sinki anda sudah mula bertukar warna dan kelihatan kotor, jangan lah membazir duit menukar yang baru. Ini adalah proses normal stainless steel bertukar warna kerana ia telah digunakan selama bertahun-tahun. Ada kaedah mudah sebenarnya untuk menggilapkan balik sinki yang kotor dan berdaki ini. Hanya guna 2 bahan yang mudah dibeli di kedai.

 

Bahan-bahannya ialah:

       1.Soda bikarbonat

       2. Hidrogen peroxide

       3. Cuka

 

  1. Mula-mula sekali masukkan soda bikarbonat di dalam bekas kemudian tambahkan hydrogen peroxide ke dalam baking soda sehingga ia melarut di dalam bekas tersebut.
  2. Kemudian curahkan larutan tersebut pada keseluruhan sinki dan biarkan selama 15-20 minit.
  3. Kemudian menggunakan berus dawai, sental keseluruhan sinki tersebut sehingga tanggal kesemua kotoran dan daki yang melekat selama bertahun-tahun.
  4. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
  5. Setelah itu lakukan kaedah yang sama tetapi kali ini campurkan soda bikarbonat dengan larutan cuka pula. Biarkan dalam 10 minit.
  6. Setelah itu sental lagi dengan berus dawai sehingga tanggal saki baki kotoran.
  7. Bilas dengan air. Kini sinki anda kelihatan berkilat seperti baru. Lakukan rutin ini setiap setahun atau 6 bulan sekali.

 

Published by
Impiana