Cornice board atau curtain cornice adalah bahagian kemasan yang berbentuk seperti kotak digunakan pada bahagian atas langsir atau pun tingkap. Ia menjadi pengganti kepada scallop langsir. Namun, kebiasaannya ia diperbuat dari kayu dan menelan kos agak tinggi. Namun, wanita dari Yoduvh essantials ini menunjukkan cara DIY cornice board dari kotak terpakai. Yang paling best, Ia tidak memerlukan peralatan khas.
https://youtu.be/V9J7lJZMswE?list=PLToYwS113hPOhqUNDK4_W1pWYpvTN8Nft
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Betul Membasuh Kain Langsir Dalam Mesin Basuh
Bergantung kepada jenis material kain langsir tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP LANGSIR DARI IMPIANA
1.Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2.Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3.Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4.Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5.Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6.Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7.Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8.Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal RM94 Sudah Boleh Miliki Open Shelves Kabinet Dapur
Ramai yang beranggapan untuk memiliki sebuah kabinet dapur, mereka harus berbelanja lebih sehingga ribuan ringgit. Disebabkan itu, dapur tidak mempunyai sistem storan yang bijak untuk menyimpan segala bahan serta perkakas dapur hingga menyulitkan segala urusan kerja.
Minggu lepas IMPIANA ada menyiarkan bagaimana memiliki counter table di dapur dengan bajet RM550, kali ini kami akan kongsikan bagaimana anda boleh DIY Open Shelves Kitchen Kabinet dengan modal RM94.
Ia dikongsikan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli di laman facebooknya bagaimana untuk membina sendiri dapur kabinet terbuka dengan bajet yang rendah.
Sebagai permulaan, anda memerlukan:
1) Rak Buku
– RM14.90 x 6 set
2) Steel Angle Brackets (Kedai D.I.Y @ hardware)
– RM3.60 (12 pcs)
3) Paku Dinding (tak pakai drill)
– RM1 (sebungkus)
4) Sedikit tenaga pertukangan
JUMLAH PERBELANJAAN = RM94.00
Cara pemasangan adalah:
a) Setiap rak, diletakkan dua 2 Steel Angle Brackets (atas dan bawah) tepat pada tulang tengah.
b) Tingkat atas tidak perlu diikat, hanya letakkan baki rak buku di atasnya.
c) Setiap rak, diletakkan dua 2 Steel Angle Brackets (atas dan bawah) tepat pada tulang tengah. Tingkat atas tidak perlu diikat. (Pemasangan Steel Angle Brackets di bahagian atas adalah pilihan, nak pasang boleh, tidak mahu pasang pun boleh)
Hasilnya:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasang Sendiri Lantai Vinyl Di Rumah Dengan Modal Tak Sampai RM1K!
Sudah pasti ramai yang beranggapan untuk menukar lantai di kediaman akan menelan belanja yang besar kerana kerja yang leceh dan mengambil masa.
Tetapi berbeza bagi lelaki ini. Menerusi perkongsiannya di lama facebook, Encik Khairul Ezuwan telah berjaya menukar lantai diruang tamu kediamannya dengan kos kurang dari RM1000!
Hanya dengan menggunakan kepingan vinyl yang dibelinya sendiri, lantai di ruang tamu berukuran 300 kaki persegi milik Encik Khairul yang lusuh dan bosan telah bertukar wajah dengan serta merta.
Di antara bahan yang dibeli olehnya adalah seperti 13 kotak (1 kotak berharga RM 58) Luxury PVC Plank berketebalan 3mm dan panjangnya 3 x 6 inci serta Gam khas Vinyl Glue (satu tong berharga RM68).
Vinyl jenis PVC Plank ini merupakan antara alternatif baharu dalam dekorasi melibatkan lantai kediaman yang mana tidak semestinya kita harus mengekalkan lantai jubin yang dipasang oleh pemaju kerana segalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman tersebut.
Malah tidak perlu berbelanja besar jika ingin menukar penampilan lantai kerana segala-galanya boleh dilakukan sendiri, apa yang penting rajin dan sabar seperti yang telah dibuktikan oleh pemilik kediaman ini.
Untuk maklumat, sebarang pengubahsuaian yang beliau lakukan adalah secara DIY tanpa mengupah mana-mana syarikat kontraktor. Disebabkan melakukan sendiri kerja-kerja memasang lantai vinyl maka beliau dapat menjimatkan kos renovasi yang bernilai RM3000-RM4000 dengan hanya mengeluarkan harga kos membeli barang-barang sebanyak RM1000 sahaja.
Antara peralatan yang digunakannya adalah seperti Pembaris L, Pisau, Pensel, Berus Cat, Gunting dan Kain buruk untuk membersihkan sebarang kotoran sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemasangan.
“Saya banyak merujuk video tutorial di youtube tentang proses pemasangan lantai vinyl ini dan rasa bertuah kerana anak saya yang berumur 8 tahun juga turut membantu serta menyatakan bahawa lantai ini kalis air” ujar Pengurus Insuran ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI