
Untuk menghias kediaman mengikut citarasa dan keinginan sendiri bukannya mudah. Perlu ada modal yang banyak dan bukan semua orang sanggup nak berbelanja besar-besaran untuk kediaman. Jadi, bagi membantu menampung kos ubah suai dan menghias rumah, anda boleh cupa kitar semula perabot atau barangan lama menjadi sesuatu yang baru. Kaedah upcycle ini sebenarnya telah banyak diterapkan dikarangan penggemar deko yang lebih sukakan sesuatu yang unik dan dapat mencerminkan keperibadian mereka sendiri. One of a kind!
Kali ini IMPIANA nak kongsikan step-by-step membina bangku panjang sesuai untuk indoor dan outdoor menggunakan kerusi makan yang sudah tidak mahu digunakan lagi. Melalui perkongsian Puan Mastura Mohd Yusoff di laman sosial beliau ini, anda hanya perlukan dua buah kerusi makan lama, span tebal, kain sebagai alas serta spray sebagai coating baru untuk kerusi.
Jom kita tengok langkah-langkahnya.
Selamat Mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal Tak Sampai RM20 Baiki “Compressor” Peti Sejuk Tak Berfungsi

Artikel lalu, IMPIANA pernah kongsikan cara baiki sendiri peti sejuk yang tiba-tiba bahagian beku tak sejuk berpunca dari defrost thermostat. Kali ni, IMPIANA kongsikan cara baikpulih peti sejuk yang langsung taknak sejuk walaupun bila di hidupkan lampu dalam peti menyala macam biasa.
Artikel erkaitan: Modal Tak Sampai RM20 Untuk Baik Pulih Peti Ais Yang Kurang Sejuk
Kalau tak dengar compressor berfungsi, ia mungkin disebabkan oleh socket di dalam litar peti sejuk. Jom tengok cara Fahi Argo baiki peti sejuk lamanya.
Tips freezer tak sejuk, compressor tak hidup, jangan terus hantar kedai repair, Cuba DIY sendiri.
Bukak soket tepi compressor dalam gambar tu, cabut socket “Overload” yang warna putih hitam dan cabut “Relay” warna hitam tu. Pergi kedai komponen elektronik dan tunjukka bahagian socket tu. Harga dalam RM 10.60 atau beli online di sini https://invol.co/cloqny. Kemudian pasang semula.
Insyallah, sejuk beku semula.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nikmati Alam SemulaJadi Di Taman Tugu, Pasti Ramai Yang Tidak Tahu!

Naratif Katalog Alam harus peka terhadap pluraliti alam, namun terarah untuk membingkai momen dan metafora yang mengelilingi latar tropis; ini adalah tempat bagi pendaki untuk berehat, bermeditasi, dan memperluas wataknya sebagai gazebo ke menara pemerhatian di tengah-tengah hutan tropika. Reka bentuknya juga melengkapkan sekitarnya, cara di mana orang mengalami gazebo adalah yang terpenting.
Diliputi dalam rimbunan tebal, gazebo berdiri sebagai analogi geometri untuk memprovokasi interaksi dan renungan melalui artikulasi pengumpulan dan satah. Dengan panggilan ringkas untuk gazebo seluas 9 meter persegi, cadangan itu terdiri daripada 3 bingkai kotak yang saling berkait secara menegak dalam membuat platform bertingkat untuk menyesuaikan keadaan laman landai secara topografi. Konfigurasi pembingkaian gazebo dinyatakan secara menegak yang membolehkan orang ramai menikmati pemandangan kanopi tropika yang sebaliknya tidak dapat diakses.
Ketinggian di antara platform berbeza-beza dengan beberapa ruang memerlukan orang dewasa untuk bebek dan mendekati dengan berhati-hati sementara kanak-kanak dapat bermain dengan bebas di tempat-tempat ini. Dengan had peruntukan ruang, platform adalah elemen penyesuaian yang berfungsi sebagai meja untuk membaca, tempat duduk kantilever di sepanjang lereng, kotak meditasi dan tangga kucing sebagai kiasan rumah pokok di hutan.
Oleh kerana laman ini terletak jauh di hutan tropis, bahan binaan gazebo semuanya dibawa dengan tangan dan dipasang di lokasi untuk mengurangkan sebarang gangguan pada keadaan yang ada dengan setiap pokok dan tanaman ditandakan dan dipelihara dengan teliti.
Kredit: Arkitek Garis
Lokasi: Taman Tugu, Kuala Lumpur
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasangan Ini Tunjuk Cara DIY Wainscoting Untuk Satu Ruang Tamu Betul-Betul Mudah

Dulu ramai beranggapan penggunaan wainscoting hanya untuk kediaman mewah sahaja. Namun sekarang, walaupun di zaman gawat wainscoting kelihatan lebih mudah untuk diperolehi dan ramai telah mengunakanya. Kebiasaanya ada kontraktor khas untuk memasang wainscoting ni. Namun dengan sumber yang mudah diperolehi dan cara pemasangan yang tak rumit, ramai mengambil keputusan untuk lakukan sendiri je. Yang penting anda perlu teliti untuk menghasilkan satu produk yang kemas.
Seperti yang dikongsikan oleh pasangan ini, Makeover keseluruhan ruang tamu dengan menggunakan wainscoting hanya menelan belanja RM 419. Dengar macam banyak kan. Tapi jika dibandingkan dengan harga kontraktor mahu mencecah ribuan. Melalui perkongsian facebook, Puan Siti Haszirah Hasan berkongsi cara atau langkah demi langkah pemasangan wainscoting dan barang yang diperlukan.
Barang-barang yang diperlukan :
1. Kayu nyatoh (nyatoh paling murah, sis pilih 3 jenis kayu. Harga berbeza) : RM280
2. Gam kayu ke dinding : RM7x4
3. Filler/plaster : RM2x3
4. Masking tape : Rm2x2
5. Cat minyak : RM29
6. Cat dinding : RM36x2
Total cost : RM419
Langkah-langkah:
1. Ukur keluasan dinding dan rangka kedudukan serta berapa kotak bingkai wainscoting yang diperlukan
2. Dapatkan kayu wainscoting dari hardware. Tapi tak semua hardware ada jual. Kena cari perlahan-lahan, setelah pergi ke 6 kedai baru akak jumpa. Sebab kadang-kadang tu ada design kayu wainscoting yang dijual tidak padan atau tidak mencukupi
3. Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar. Untuk mendapatkan sudut cantuman yang cantik bagi setiap bingkai, gunakan Miter Box. Potong setiap bucu cantuman 45 darjah atau boleh mintak tolong hardware potongkan sebab mereka pakai mesin, lagi mudah
4. Cantumkan ke empat-empat batang kayu menjadi bingkai
5. Untuk cantumkan bingkai ke dinding, buat ukuran betul-betul. Ini lah saat paling mencabar kerana ketelitian diperlukan. Tak boleh pakai hentam nanti senget. Dah gam, ketuk-ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul-betul melekat dan pasangkan masking tape semantara menunggu gam betul-betul kering
6. Isi rongga-rongga kosong terutamanya bahagian bucu wainscotting dengan filler untuk nampak lebih kemas
7. Gosok keseluruhan kayu yang telah kering dan melekat pada dinding dengan kertas pasir. Ia bertujuan untuk menanggalkan saki baki filler yang tak rata. Disamping itu juga, ia dapat memastikan permukaan kayu lebih licin
8. Cat bahagian kayu terlebih dahulu dengan menggunkan cat minyak. Kemudian baru cat keseluruhan dinding. Nak dapatkan kesan yang lebih cantik, sapu cat beberapa lapis
Sempena Hari Raya yang sudah hampir tiba, kalau nak rasa #Betulbetulraya datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam Selangor bermula jam 2.00pm-2.00am. Ada pelbagai aktiviti #betulbetulbest dan jualan barangan raya yang #betulbetulviral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI