DIY Mudah, Si Ayah Bina Minimarket dari Paip PVC Untuk Si Cilik

Share

Sekarang, memang tengah trend ibu ayah DIY kitchen stove untuk anak-anak kan. Ada yang buat dari bekas plastik, meja kayu dan paling kreatif dan habis rajin guna kotak terpakai.

Tapi kali ni kita bukan nak buat kitchen stove. Apa kata cuba bina mini market untuk anak anda. Bertemu dengan sebuah blog kraf kepunyaan Hayley So You Think You’re crafty

, wanita ini berkongsi cara bagaimana suaminya membina sebuah mini market dari batang PVC buat anaknya yang berusia 5 tahun.

Bahan-bahan:
4 batang PVC sebagai bumbung (ikut keperluan ruang)
2 batang PVC (ikut ketingian tiang yang diperlukan)
2 batang paip PVC 3 inci panjang
2 biji 90 degree penyambung
2 biji 45 degree penyambung
2 biji penyambung “T”
4 biji Hook “U”
1 buah rak buku

1. Sambungkan 4 batang PVC dengan menggunakan penyambung 90 degree dan “T” untuk membentuk bumbung.

2. Untuk membentuk bahagian kaki, sambung batang PVc panjang 3 inci pada bahagian penyambung “T” dan diikuti penyambung 45 degree pada kedua-dua bahagian dan sambung kan kaki.

3. Dengan menggunakan 4 biji hooks bentuk ‘U” sambungkan bahagian atas bumbung pada dinding dengan menggunakan paku atau lebih kemas skru.

4. Untuk menyambungkan bahagian tiang pada rak buku, anda boleh gunakan gam atau cari sambungan tapak yang bersesuaian.

5. Bila struktur dah kukuh, boleh lah letakkan kain sebagai bumbung. Sebelum hamparkan kain menjadi bumbung, Hayley telah menjahit tape bias pada kain dan letakkan bahagian lawan nya pada batang PVC. Jadi bila nak tukar atau cuci, hanya perlu tarik sahaja. Selebihnya, susun aksesori mengikut kreativiti anda.

 

Published by
Impiana