Siapa sangka dengan menggunakan barang-barang terpakai yang ada di rumah, boleh menghasilkan hiasan dinding yang cantik sebegini. Dengan idea kreatif pemilik kediaman, ruang yang kosong boleh digantung ‘centerpiece’ unik dan hiasan dinding yang menarik sekaligus dapat menaikkan lagi seri pada ruang kediaman.
Boleh cuba DIY hiasan dinding mudah ‘Texture Art Kaabah’ seperti yang dilakukan oleh Fatinhochakk ini sebagai panduan.
Kalini Diy ain guna barang yang memang dah ade kat rumah ja. Ain memang tak jual, buat suka-suka ja..senang ja nak buat kome. Zupzapzupzap siap. Bahan Ain pakai apa yang ada di rumah ja sebab DIY. Kalau nak lebih kemas boleh ikut step bawah ni.
Bahan-Bahan:
Styrofoam (Boleh tukar pada kotak keras/ canvas)
Cat Putih (Boleh tukar pada arcylic paint)
Kaabah ( Ambik kotak cat warna hitam kemudian cat warna gold pulak)
Masking tape
2 botol Gam+ Air Secukupnya
Cadar Lama (Putih)
Cara Membuat:
1. Guna apa yang kita suka sebagai base frame.
2. Bancuhkan air + gam lebihkan gam.
3. Celup kain basahkan semua dalam bancuhan gam tersebut.
4. Kemudian, letak atas frame dan buat je bentuk apa-apa.
5. Dah siap design tunggu kain kering semalaman.
6. Dah kering boleh cat pakai berus. Kalau rasa kain macam tak keras lagi, campurkan gam pada cat (jika cat terlalu pekat tambah air).
7.Letakkan kotak Kaabah ditengah-tengah dengan gam (saya pakai gam gajah)
Note: Lepas kering kain tadi sepatutnye keras dan terletak. Kalau tak terletak bermaksud gam kurang dan kena tmbah lagi gam masa mengecat.
Setakat ini, walaupun hanya DIY cara ni ain guna untuk art sebelum ni masih tahan elok sampai sekarang.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri
Baca Lagi Di Sini: “Makeover” Meja Kopi Lama Guna Kertas Dinding Hiasan Sahaja
Artikel Menarik:Ubah Suai Dinding Polos Dengan 9 Cara Kreatif. Terus Naik Seri Rumah!
IMPIANA: Menarik juga DIY sendiri hiasan dinding rumah, menggunakan barang-barang terpakai yang ada sahaja. Tak perlu keluarkan kos yang besar, namiun hasilnya tetap cantik dan puas hati dapat buat sendiri.
Sumber: Fatinhochakk
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI