DIY Pagar Daripada Cement Board, Jimat Banyak Banding Upah Tukang

Share

DIY pagar daripada cement board, jimat banyak banding upah tukang. Tidak dapat dinafikan, pagar menjadi elemen utama sebagai menjaga privasi pemilik sesebuah kediaman.

Seperti yang kita sedia maklum, pagar dijadikan sebagai halangan bagi mengelakkan pandangan orang luar. Secara tidak langsung, apabila pagar yang dibina untuk lebih privasi maka pemilik kediaman terutamanya wanita bebas melakukan aktiviti luar tanpa rasa diperhatikan.

Melalui perkongsian Nazziatul Nahira  wanita ini berkongsi cara untuk DIY pagar

privasi menggunakan cement board. Pagar daripada material ini juga bukan sahaja hanya berfungsi sebagai penghalang semata-mata tetapi dalam masa yang sama mencantikan pagar rumah.

CARA UNTUK DIY PROJEK PEMASANGAN PAGAR PRIVASI DARIPADA CEMENT BOARD: 

Bagi yang hendak buat projek diy macam ini, kosnya mengikut keluasan rumah. Kos untuk rumah saya adalah seperti berikut:

Cement board: RM300 (5 keping besar)

Skru (stain steel) – RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama-lama akan ada kesan karat

Cat Jotun (wheater shield) 2 tong(5 liter) – RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)

Saiz cement board: 4 ft x 8 ft

Saiz potongan cement board: 30inch x 6inch

Saiz skru (self drill): 1 inch

Tools yang digunakan:
Grinder (mata potong tile),cordless drill, tape, pensil, penimbang air/pembaris

Pastikan alatan semua lengkap barulah mudah buat kerja diy anda.

CARA UNTUK MELAKUKAN PEMASANGAN PAGAR PRIVASI:

  1. Bagi memulakan proses pemasangan pagar privasi ini, tentukan kawasan mana yang anda ingin letakkan cement board untuk dijadikan sebagai pagar privasi di rumah anda.

2. Ini adalah cement board yang telah pun dipotong mengikut saiz yang sesuai.

3. Proses ini dimulakan dengan menganggarkan terlebih dahulu jarak dan bilangan cement board yang hendak diletakkan pada pagar tersebut.

 

 

 

4. Hasil pemasangan pagar privasi ini.

Kredit: Nazziatul Nahira 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi