DIY Panel Kain RM 20 Untuk Rumah Konsep Scandinavian

Share

Adakalanya, benda yang murah akan tampil cantik jika kena pada penataan nya. Seperti perkongsian puan Muniyati di laman sosial, dinding yang kosong dan kelihatan bosan perlukan sentuhan yang unik. Maka pencarian ilham melalui pinterest dilakukan.

Ilham asal panel kain ini memerlukan bingkai atau kotak untuk dilekatkan kain tersebut. Namun olahan jimat dan bijak puan muniyati hanya memperuntukkan RM 20 untuk mengindahkan dindingnya yang bosan. Yang paling penting pilihan corak bagi setiap panel harus sesuai supaya tidak kelihatan murah.

Bahan-bahan:

3 helai kain (lerang 45 dengan ukuran 1 meter setiap satu)
1 batang kayu 1 inci
Tali

Cara-cara:

1. Jahit biasa keliling kain dan buat poket untuk masukkan batang kayu 1 inci sebagai pemegang.

2. Potong batang kayu 1×1 inci tadi mengikut lebar kain

3. Masukkan batang kayu yang telah siap dipotong ke dalam poket pada kain yang telah disediakan

4. ikat tali pada batang kayu sebagai tempat gantung

Sumber: Muniyati Mohamad

Published by
Impiana