Bagi mengisi kekosongan pada cucur atap di ruang anjung, Gantungkan beberapa tanaman berpasu untuk memberi sebuah panorama yang menyegarkan. Selain memilih pasu yang direka khas untuk digantung, apa kata anda DIY sendiri tali gantung yang dihiasa rona ceria benang bulu.
Tak sangka, kacang walnut tinggi khasiat ini berupaya menghilangkan kesan calar pada permukaan perabot kayu. Caranya mudah sahaja. Hanya gosok lembut kacang walnut pada permukaan perabot yang calar dan lap dengan kain bersih. Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk permukaan calar yang tidak dalam sahaja.
untuk ketahui caranya dengan lebih khusus, sila tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada apa yang mustahil sekiranya kita kreatif dan rajin mencuba. Bukan sahaja anda dapat jimatkan masa dan juga wang, malah jika berjaya fikir keluar kotak, anda juga dapat menukar sesuatu yang tidak berharga menjadi lebih berfungsi dan dihargai. Begitulah contoh DIY bakul mainan yang ditunjukkan oleh Puan Azuana Sajahan melalui perkongsian beliau dilaman sesawang fb.
Beliau pada mulanya berhasrat membeli rak atau almari buat menyimpan mainan anaknya yang semakin banyak tetapi menukar fikiran kerana harga rak yang tidak masuk akal mahalnya. Jadi, berbekalkan duit kurang RM50 Puan Azuana telah bejaya membinakan rak bakul buat menyimpan alat permainan ‘hero’ kesayangannya.
Menurutnya, tempoh yang diambil untuk menyiapkan rak bakul ini tidak sampai 2 jam pun! Dan anda hanya perlukan bakul, wallpaper bercorak dan batang paip.
Yang penting kena tahu saiz (panjang dan lebar) bakul sebelum memotong batang paip.
Rak bakul tiga tingkat ini amat mudah untuk dibina, mungkin anda bleh cuba DIY pada hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Si kecil juga ‘excited’ nak bantu ibu bina rak bakul mainannya.
Kertas dinding atau wallpaper dari kedai eco untuk menceriakan rak bakul anda.
Pada bahagian bawah boleh diletakkan lagi bakul untuk mengisi mainan.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kotak tanaman francais atau french planter box memang jadi idaman ramai peminat-peminat taman inggeris. Ia sesuai diletakkan di hadapan pintu masuk, laluan dan sebagainya. Hadirnya lebih memberi dimensi yang berbeza kerana kotak tanaman ini mempunyai karakter nya yang tersendiri.
Tapi untuk memiliki sebiji kotak tanaman ini harganya agak merunsingkan. Apa kata sahabat laman yang sentiasa rajin, buat sendiri. Kalau susah untuk potong kayu atau tak ada peralatan memotong yang mudah, bawa sahaja ukuran yang telah diberikan ke kedai barang tukanggan. Upah lah adik tu potong kan. Balik nanti tinggal paku sahaja.
Apa ukuran atau saiz kayu yang anda perlukan?
sisi: (12 keping)papan 1″x6″ dipotong 21.5″ panjang Kaki: (4 batang) Kayu 2″x2″ dipotong 24″panjang Bingkai atas dan bawah: (8 batang) 1″x3″ dipotong 16.5″ panjang Sokongan bahagian dalam: (2 keping) 1″x2″ dipotong 16.5″ panjang dan (2 keping) 1″x8″ dengan panjang 16.5″ Untuk bentuk pangkah : (4 keping) kayu bersaiz 1″x2′ dipotong panjang 22.5″ dengan sudut 42 darjah pada hulu dan hilir kayu dan (8 keping) 1″x2″ dipotong dengan ukuran 10.5″ dan hulunya dipotong serong 45 darjah dan hilir 7 darjah.
Dah dapat semua ukuran, sediakan kayu mengikut keperluan yang telah disenaraikan. Apa lagi, mulakan menukang
1. Cantumkan kesemua 4 sisi kayu dan kukuhkan dengan paku
2. Jika anda merancang menggunakan skru, tebuk lubang siap-siap menggunakan kreg jig untuk kelihatan lebih kemas
3. Cantumkan ke semua sisi pada kaki yang berukuran 24″panjang
4. Selesai bentuk struktur utama kotak tanaman, Sediakan lantainya pula dengan menggunakan (2 keping) 1″x2″ dipotong 16.5″ panjang dan (2 keping) 1″x8″ dengan panjang 16.5″
5. Selesai keseluruhan struktur kotak tanaman, buat pula bantuk pangkah dengan menggunakan (4 keping) kayu bersaiz 1″x2′ dipotong panjang 22.5″ dengan sudut 42 darjah pada hulu dan hilir kayu dan (8 keping) 1″x2″ dipotong dengan ukuran 10.5″ dan hulunya dipotong serong 45 darjah dan hilir 7 darjah.
6. Siap sudah kotak tanaman. Bagi yang minat warna asalnya, hanya pelu lapiskan dengan sapuan perlindungan kayu seperti syelek kayu atau untuk memberi warna yang lebih menarik, gunakan cat khas untuk kayu.
7. Bagi megelak kayu terdedah kepada kelembapan yang tinggi dan akan mengakibatkan masalah cepat reput, letakkan satu lapisan plastik hitam atau landscape fabric di dalam tempat yang akan anda meletakkan tanah.
Sumber: https://centsationalstyle.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.