Tempat penyidai tuala sangat diperlukan untuk menggantung tuala yang telah digunakan. Namun kebanyakannya tempat penyidai tuala yang dijual mempunyai ‘kaki’ dan memakan ruang rumah yang terhad.
Jika berhasrat nak buat penyidai tuala bertingkat dan jimat ruang di rumah boleh buat sendiri ikut idea kreatif yang dikongsikan ini.Memang cantik dan kemas hasilnya.
Apabila dibuat secara bertingkat di dinding, ia lebih jimat ruang dan tak memerlukan kawasan yang luas. Bahan asas penyidai tuala ini menggunakan lebihan kayu terpakai yang ada di rumah je serta boleh beli rod besi chrome di kedai hardware.
Ikut panduan ini sebagai rujukan;
“Tempat sidai tuala 4 beranak. Isteri bagi idea,kita tukang buat..ha tak payah banyak-banyak tempat. Jimat ruang rumah kecil.
Saya pakai kayu lebih-lebih je, besi chrome beli dekat hardware/kedai besi.
Beza antara selisih atas masing-masing saya buat 1 1/2 inci. (tapi nak cantik lagi better buat 2 inci).
Ads
Kayu untuk letak di dinding saya tebuk. Tak berlubang sampai bawah dan kayu untuk letak rod tu saya pahatkan dan masukkan dalam lubang tadi.
Supaya kedudukan kayu lebih kukuh, letak gam, skru lagi. Kemudian saya filler pakai wood filler, baru cat.Kalau tak nak pahat atau tebuk pun takpe, tapi tak pasti kekukuhannya ya.Atas kreativiti masing-masing.
Saya tebuk pakai router dan rod tu saya isikan kayu sama padat (maaf takde gambar).Ni untuk tebuk lubang dan skru, supaya rod tak bergerak.
Ads
Tapi kalau takde masa nak buat sendiri, boleh juga beli je penyidai tuala ‘stainless steel’ di shopee. Lebih mudah.
Memang untung kalau pandai buat sendiri atau DIY ini.
Antaranya idea dari Mohd Azuan MD Turian , yang menutup pandangan ruang dapur dengan memasang sendiri partition menggunakan besi C dan pintu barndoor yang menarik.
DIY pasang partition untuk sorok dapur
Ini langkah projek DIY PARTITION Sorok Dapur beliau;
Projek diy pasang partition, wainscoating & barndoor. Boleh sorok dapur yang bersepah.
1. Rangka partition guna besi C
Guna tapping screw setengah inci. Untuk bahagian bawah, tebuk lubang screw lantai tile. Set drill dulu sebab tile mudah pecah
2. Dinding guna gypsum board dan kayu untuk railing pintu.
Kayu dipotong ikut ukuran antara besi. Tujuan pasang kayu adalah untuk menguatkan pemasangan skru railing pada dinding agar lebih kukuh. Jika tiada kayu skru susah nak ikat & tak selamat.
3. Siap pasang railing dan pintu.
Paling menguji kesabaran untuk bab adjust pintu & railing. Pintu custom made dengan tukang kayu, harga antara RM700-RM800. Bawah pintu ada track untuk elak pintu goyang. Besi barn door boleh beli di Shopee.
Semoga bermanfaat buat anda yang turut miliki dapur jenis nampak terus dari ruang tamu. Baru lah tak segan kalau tetamu datang, dapur bersepah pun tak nampak!
Jangan pandang sebelah mata pada perabot yang dijual di kedai-kedai secondhand kerana jika nasib menyebelahi kita, mungkin ada “harta karun” yang sedang tunggu untuk diberikan peluang kedua. Tambahan pula, barangan dikedai sebegini biasanya amat limited dan mungkin ada satu saja yang tinggal, justeru meningkatkan lagi nilai estatiknya.
Itulah yang dilakukan pengguna Facebook Fithry Anaqi yang telah berkongsi hasil ubahsuai kerusi dengan rekabentuk retro yang tampak lusuh dan kurang menarik menjadi sebuah set kerusi yang lebih elegan. Kerusi lama yang dibelinya dari kedai perabot terpakai itu telah ditambahbaik dengan menukar cat serta kusyen yang baharu.
Kerusi yang menggamit memori lama itu telah diberi peluang kedua apabila ada yang tahu menilainya.
Dapur kaca meletup, elak lakukan perkara ini untuk keselamatan diri. Ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in. Tarikan utama dapur jenis ini ianya nipis dan kelihatan bergaya, ramai surirumah yang memilih untuk menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan dapur jenis ini cantik tetapi hakikatnya ia agak berbahaya.
Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan? Oleh itu, IMPIANA ingin berikan beberapa tips penjagaan dapur kaca dan kebanyakkan insiden yang berlaku adalah atas kecuaian diri sendiri. Hati-hati!
BAHAYA JIKA PERIUK TERLALU BERAT
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat. Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
JANGAN LAP DAPUR MENGGUNAKAN KAIN BASAH
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
PASTIKAN ADA RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana:https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.