DIY

DIY Penyidai Tuala Bertingkat, Buat Sendiri Jimat Ruang Rumah Kecil!

Share

Tempat penyidai tuala sangat diperlukan untuk menggantung tuala yang telah digunakan. Namun kebanyakannya tempat penyidai tuala yang dijual mempunyai ‘kaki’ dan memakan ruang rumah yang terhad.

Jika berhasrat nak buat penyidai tuala bertingkat dan jimat ruang di rumah boleh buat sendiri ikut idea kreatif yang dikongsikan ini.Memang cantik dan kemas hasilnya.

Apabila dibuat secara bertingkat di dinding, ia lebih jimat ruang dan tak memerlukan kawasan yang luas. Bahan asas penyidai tuala ini menggunakan lebihan kayu terpakai yang ada di rumah je serta boleh beli rod besi chrome di kedai hardware.

Ikut panduan ini sebagai rujukan;

“Tempat sidai tuala 4 beranak. Isteri bagi idea,kita tukang buat..ha tak payah banyak-banyak tempat. Jimat ruang rumah kecil.

Saya pakai kayu lebih-lebih je, besi chrome beli dekat hardware/kedai besi.
Beza antara selisih atas masing-masing saya buat 1 1/2 inci. (tapi nak cantik lagi better buat 2 inci).

Kayu untuk letak di dinding saya tebuk. Tak berlubang sampai bawah dan kayu untuk letak rod tu saya pahatkan dan masukkan dalam lubang tadi.

Supaya kedudukan kayu lebih kukuh, letak gam, skru lagi. Kemudian saya filler pakai wood filler, baru cat.Kalau tak nak pahat atau tebuk pun takpe, tapi tak pasti kekukuhannya ya.Atas kreativiti masing-masing.

Saya tebuk pakai router dan rod tu saya isikan kayu sama padat (maaf takde gambar).Ni untuk tebuk lubang dan skru, supaya rod tak bergerak.

Tapi kalau takde masa nak buat sendiri, boleh juga beli je penyidai tuala ‘stainless steel’ di shopee. Lebih mudah.

Moga perkongsian ni bermanfaat. Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:Tuala Keras Kejung Kembali Lembut Dan Gebu Dengan 2 Bahan Ini
Artikel Menarik:Bapa Ini DIY Rak Penyangkut Tuala Guna Lebihan Paip PVC Untuk Anak-Anak, Kreatif Sangat!


Mesti Baca:DIY Column Divider, Kos Tak Sampai RM1K, Beli Barang Terus Pasang Sendiri

IMPIANA:Menarik juga idea penyidai tuala bertingkat ni. Buat sendiri memang puas hati malah menjimatkan ruang rumah yang kecil.

Sumber:Tan Sri Dato Mexon

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab